Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 22, 2015

Mat Maslan...Mat Maslan......berhentilah mempamerkan bangang!

Mat Maslan kata GST telus........
Sape tahu dari kilang@pengeluar sampai ke pemborong sehinggakan ke peruncit berapa kali dikenakan GST?

Aku pernah hadir di majlis penerangan GST oleh pihak Kastam dan kalau nak ikutkan caj yang betul, semua barangan akan turun setelah ditolak Cukai Jualan dan Perkhidmatan.....
Tetapi kenapa boleh dikatakan semua harga barang naik setelah GST?

Kalau diikutkan congak bodoh pun boleh dikatakan kebanyakan barangan akan turun sekiranya perkiraannya betul. Kalau tidak ditolak cukai perkhidmatan 10% dan ditambah GST 6% pun rakyat masih untung. Tetapi kenapa sebaliknya berlaku?

Pokok pangkalnya tamak......dan kelemahan penguatkuasaan pihak kerajaan
Pembangkang rosakkan minda rakyat?........Tapi sedarkah kerajaan merobek poket rakyat!

Harga naik: Ahmad Maslan salahkan peniaga pro pembangkang
 | April 22, 2015
Peniaga pro pembangkang sengaja menaikkan harga barangan supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengagalkan hasrat baik kerajaan memperkenalkan GST.
ahmad-maslan-facebook
PETALING JAYA: Datuk Ahmad Maslan mendakwa peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan adalah peniaga yang menyokong pakatan pembangkang.
Timbalan Menteri Kewangan itu mendakwa, peniaga pro pembangkang sengaja berbuat demikian supaya rakyat marah kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Katanya, tindakan peniaga itu hanyalah bertujuan mahu mengagalkan hasrat baik kerajaan BN melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Peniaga-peniaga yang sokong pembangkang tidak akan jayakan inisiatif baik kerajaan BN. Mereka suka ‘sabotaj’ ekonomi negara ini,” katanya di status Facebook.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, pelaksanaan GST adalah telus kerana ia dimasukkan dalam resit tiap kali membeli berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak telus kerana ia telah termasuk dalam harga barang harga yang rakyat Malaysia tidak perasan.
“Rakyat Malaysia tiba-tiba menjadi tambah celik kewangan bermula (1 April). Dulu tidak pernah simpan resit barang-barang yang dibeli, sekarang dibaca, disimpan dan di WhatsApp ke seluruh dunia,” katanya.
Ahmad Maslan sekali lagi menegaskan, tidak semua barang dikenakan GST, apabila peniaga yang pendapatan kurang RM500,000 setahun tidak dikenakan GST, malah perkhidmatan asas seperti pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam, sewa rumah dan urusan kerajaan juga sifar GST.
Tegas Ahmad Maslan, beliau tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya beliau berhenti bercakap dan menghapuskan GST, kerana tindakan sedemikian akan memberikan kemenangan kepada pembangkang untuk terus merosakkan minda rakyat.
“Saya tidak akan berhenti menjelaskan yang GST lebih baik daripada SST. Anda boleh ikuti penjelasan GST saya dlm twitter @ahmadmaslan,” katanya.

7 comments:

  1. Ya Allah Ya Rab, Adakah ujudnya sibodoh bingai ini sbgai ujian utk hambamu yg jadi rakyat Msia dan kau panjangkan umurnya utk kami lebih teruji. Jika ia adalah ujianmu Ya Allah kami redha. Sesungguhnya Ya Allah kami telah tidak lagi mampu utk diuji dgn ujudnya sibodoh bingai ini. Adakah berdosa sekiranya kami mendoakan agar Ahmad Mazlan ini dipendekkan usianya dgn kau cabut nyawanya. Ini jln terakhir bagi kami yg teranaya oleh Ahmad Mazlan setelah sekian lama bersabar dan berharap dia bertaubat dari melakukan anaya kpd rakyat terutama yg miskin spt kami ini dan akhirnya kami terpaksa memohon kpd mu agar kau cabut shj nyawanya Ya Allah.

    ReplyDelete
  2. Babi hutan tak kena gst ...bagi pd mat maslan buat babi panggang sambut kenduri kempen drompin

    ReplyDelete
  3. letak jawatan lah en.maslan dari dimaki hamun serta sumpah seranah berjuta rakyat malaysia am nya.

    ReplyDelete
  4. Hoi Ahmad Maslan!!! Kamu tolong beritahu pd kami, kedai mana pula yg pro UMNO/BN supaya senang kami pergi membeli belah di situ. Kalau dah bangang tu, tetaplah bangang juga!

    ReplyDelete
  5. Cakap berdegar-degar, ekor penuh tahi....

    ReplyDelete
  6. Menteri bingai ni pantang buka mulut klu buka je keluarlah kenyataan2 yg haru biru...pemimpin2 dan penyokong2 UMNO/BN x malu ke punyai org sebegini dkm satu kapal.

    ReplyDelete
  7. Budak Bahalol Melayu dalam UMNO memang tiada batasan nya

    Ada juta juta macam Mamat Pontian ini pon

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa