Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 17, 2015

Pegawai bank maut: Orang gila diambil jadi Pengawal Keselamatan?

Pegawal keselamatan mengamuk: Pegawai bank maut, rakan sekerja cedera
DI JOHOR BAHRU - 17 APR 2015 (1 HOUR AGO)

Seorang pegawai bank maut manakala seorang rakan sekerjanya cedera akibat ditikam seorang pengawal keselamatan yang tiba-tiba mengamuk di sebuah bank di Taman Molek, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Abdul Samad Salleh berkata kejadian berlaku kira-kira 3.30 petang ketika pelanggan sedang menunggu giliran untuk berurusan di bank itu.
Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 40-an menggunakan pisau untuk menikam pegawai lelaki itu di bahagian leher dan muka sebelum menyerang seorang pegawai wanita.
"Bagaimanapun, wanita itu hanya cedera dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan," kata Abdul Samad kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya suspek yang merupakan warga tempatan sempat ditahan di tempat kejadian susulan tindakan pantas orang awam memaklumkan kejadian itu kepada pihak polis.
"Polis anggap kes ini selesai kerana sudah berjaya menahan suspek dan senjata yang digunakan juga telah dirampas.
"Soal berapa lama dia (suspek) berkhidmat (sebagai pengawal keselamatan) dan apakah motif dia berbuat demikian, semua itu sedang disiasat dan (rakaman) kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dalam bank akan diambil untuk membantu siasatan," katanya dan menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sementara itu, menurut saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 53, semasa kejadian, dia sedang menunggu giliran untuk berurusan dengan pegawai di kaunter bank berkenaan.
"Semasa saya datang, dia (suspek) sempat beri saya nombor giliran dan kemudian dia berlalu.
"Selepas itu, selang 10 minit saya terdengar bunyi bising di bahagian belakang sebelum pengawal itu datang ke arah kami mundar-mandir sambil memegang pisau. Semua pelanggan yang ada terkejut ketika itu dan terus lari keluar menyelamatkan diri," katanya.
Wong berkata beliau selalu berurusan di bank itu dan tidak pernah melihat suspek sebelum ini.
"Mungkin dia (suspek) masih baru di sini dan dia juga tidak dibekalkan dengan apa-apa senjata api berbanding dengan seorang lagi pengawal keselamatan," katanya. - sumber

6 comments:

  1. siasat motif tak penting yang penting penjenayah dah ditangkap

    ReplyDelete
  2. Ini bank omputeh kan ??

    Macam mana boleh jadi ???

    Kesian mangsa dan waris


    Pening kepala pasal GST lah tu , apa lagi

    ReplyDelete
  3. hahaha...siasat apa motif..x penting. aku setuju aku setuju hahaha..

    ReplyDelete
  4. HSBC Bank Taman Molek, JB. Sblum ni mangsa kerja Cit Bank. Ini FB mangsa yg terbunuh https://www.facebook.com/kivenho

    ReplyDelete
  5. Hakim dk bawah pdmerintahan Kjm Kl Jib kata MOTIF TAK PENTING. Lepas sontot kapau banyak song

    ReplyDelete
  6. nasib baik dia tak ada senjata api. klu tidak tak boleh bayangkan apa yg akan terjadi

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa