Mukhriz jadi 'tebusan' politik Najib?
mk - 1:35PM - 15 Apr 2015
Selepas berdepan dengan serangan bertubi-tubi daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, nampaknya penyokong Datuk Seri Najib Razak bertindak balas.
Dalam perkembangan terbaru, penyokong perdana menteri itu menyasarkan serangan mereka kepada anak Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz.
Sebelum itu ada bayangan bahawa Najib akan menyerang balas ketika dia ditemu bual stesen televisyen TV3 pada Khamis lalu.
Perdana menteri mendakwa kemarahan Mahathir berpunca daripada keengganan kerajaan meneruskan projek jambatan bengkok yang dibatalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.
Sebelum dan selepas temubual itu disiarkan, beberapa pemimpin Umno tampil menyatakan sokongan mereka kepada presiden mereka seperti yang banyak disiarkan media arus perdana setiap hari.
Malah, timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berada di Indonesia untuk lawatan rasmi turut menyuarakan sokongannya kepada Najib.
Selepas menunjukkan kawalan beliau pada Umno, jentera Najib secara rasmi menyerang balas dengan menyasarkan Mukhriz yang kini berkhidmat sebagai menteri besar Kedah.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin mendahului serangan itu dengan mendesak Mukhriz menyatakan sokongan terbuka kepada Najib atau meletak jawatan jika enggan berbuat demikian.
Langkah itu dituruti sepupu Najib sendiri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan, Mukhriz akan gagal sebagai menteri besar jika Umno Kedah berpecah disebabkan isu berkenaan.
Keadaan itu meletakkan Mukhriz benar-benar tersepit dan perlu membuat pilihan - sama ada menyatakan sokongan kepada Najib sebagai bos, atau menurut rentak bapanya.
Jika Mukhriz memilih untuk menyertai kumpulan Mahathir, ia bukan saja bermakna beliau memisahkan dirinya daripada pemimpin Umno Kedah, malah jawatannya sebagai menteri besar juga terancam.
Jika itu berlaku, Mukhirz akan menjadi korban pertama dalam perang Mahathir – Najib.
Apabila Ahmad menggesa Mukhriz menyatakan sokongan kepada Najib, wakil rakyat itu sebenarnya mengingatkan menteri besar berkenaan bahawa dia berada di kerusi ketua kerajaan negeri itu adalah atas lantikan perdana menteri.
Perlu diingatkan juga, Khairuddin Abu Hassan disingkirkan daripada jawatannya sebagai Naib Ketua Umno Batu Kawan selepas dia membuat laporan polis terhadap agensi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Jika diandaikan Mukhriz terselamat dalam konflik ini, timbul persoalan mengenai bagaimana dia akan meneruskan langkahnya dalam parti ketika ramai tokoh utama lain berpihak kepada Najib.
Mukhriz sudah terlepas peluang keemasannya untuk menjadi Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti itu yang lalu apabila kalah tipis kepada Hishammuddin.
Apakah yang berlaku jika Mukhriz mengalah kepada tekanan parti dan mengumumkan kesetiaannya kepada Najib?
Jika itu berlaku, Mukhriz meletakkan bapanya dalam keadaan amat janggal.
Sebelum ini Mahathir menyuarakan kecamannya terhadap ancaman parti yang mengancam sesiapa yang tidak menyokong Najib. Namun jika Mukhriz sendiri membelakangi bapanya, bekas perdana menteri itu akan bersendirian dalam misinya.
Andainya Mahathir mengambil langkah menghentikan serangannya terhadap Najib, adakah itu bermakna pengaruhnya dalam Umno akan terjejas?
Perlu diingatkan ketika Mahathir meninggalkan Umno dalam usahanya menyingkirkan Abdullah pada 2008, Mukhriz tidak mengambil langkah sama, sebaliknya dia kekal dalam parti dan mengumpul kekuatan untuk pemilihan akan datang.
Namun sejarah menunjukkan, Mahathir bukanlah tokoh yang mudah menyerah kalah.
Apabila berada dalam situasi terdesak, Mahathir tidak pernah teragak-agak mengambil langkah drastik dan biasanya akan menyebabkan seterunya mati langkah.
Antara langkah yang pernah diambil Mahathir ialah memecat timbalannya, Anwar Ibrahim yang ketika itu sangat popular dalam Umno ketika negara berdepan krisis ekonomi pada 1990-an.
Beliau juga pernah keluar dari Umo sebagai protes terhadap Abdullah.
Kali ini, apakah yang akan berlaku kepada "lone ranger" itu?
# Kesian Mukhriz (1) kat sini
Tarikh 24 April masa tu Mat Mongol sudah pencen dapat TUN
ReplyDeleteTak payah jawab layanan Sokong Siapa Siapa dah.
Kesian??? Sikit aku tak kesian... sama saja sapa pun dari umno... menipu dalam pru13... tipu dakwat kekal... wajar dikesian adalah mejar zaidi... mangsa kerana berkata benar.
ReplyDeleteKesian lagi anak2 yatim melawat zoo negara, haus nak beli air botol... tak cukup duit sebab gst. Wajarnya anak yatim, oku (tak kira miskin dan kaya, agama), kanak2 dan orang miskin memiliki pas khas untuk membeli brgan dgn kadar diskaun. Kenapa tak kira miskin dan kaya? Itu namanya kebaktian dan kasih sayang kita kepada golongan yang diuji dengan ketiadaan ibu/bapa.
teruskan perjuangan tegak keadilan
ReplyDeleteno mo omno
Mad maslam kata kalu tak nak kena gst minum ayaq longkang
ReplyDeleteInilah salah satu masalah besar orang orang Melayu terutamanya, bila membaca sesuatu tulisan terus saja mengeluarkan komen dengan menggunakan kepala lutut dan bukannya "kepala" yang sepatutnya.
ReplyDeleteDia kena buang Dari jawatan MB Kedah pun tak apa.jgn kesian.bapak Dia duit main timbang kilo.
ReplyDeleteUmno umpama kumpulan anjing-anjing yang akan taat kepada tuan yang beri makan kepada nya dan sedia menyalak bahkan sanggup menggigit sesiapa saja sekira disuruh oleh tuannya walaupun sebangsa anjing juga.
ReplyDeleteLone ranger apabila didalam situasi terdesak akan mengambil tindakan drastik. Kali nie mungkin dia akan masuk MIC pulak kalau tidak dapat mengetuai PKR.
ReplyDelete