Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 8, 2015

Tidak ada tanda Mahathir akan diam.....

Dulu Najib nampak bersih, kata Dr M
mk - 3:58PM - 7 Apr 2015

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau hanya mahu agar persoalan berhubung arahan untuk membunuh Altantuya Shaariibuu terjawab.

Katanya, perkara itu perlu dijelaskan kerana timbul banyak syak wasangka di kalangan masyarakat.

Beliau juga kecewa kerana Najib dilihat sebagai pemimpin yang “bersih” untuk menggantikan perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau seterusnya membangkitkan lagi mengenai dakwaan Sirul berhubung arahan bagi membunuh wanita berkenaan.

“Pada masa itu Najib ternampak bersih. Sekarang ada syak wasangka dikalangan orang ramai yang tidak terjawab..

“Ini bukan masalah (kes pembunuhan) lapan tahun dahulu. Yang saya soal ialah berkenaan masalah hari ini – masalah nyawa dua orang anggota polis yang dihukum bunuh.

“Amatlah tidak adil jika mereka dibunuh sedangkan mereka sebagai pegawai rendah polis hanya mengikut perintah.

“Saya hanya tanya berkenaan siapa yang mengeluar perintah kepada Sirul (Azhar Umar) dan rakannya (Azilah Hadri),” katanya.

Tambahnya, beliau tidak menuduh Najib melakukan jenayah kerana itu dapat disiasat oleh polis.

"Dalam blog saya, saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah.

"Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat," katanya.

Pasukan polis bagaimanapun menolak saranan agar siasatan baru dijalankan ke atas kes tersebut.

Tindakan Mahathir membangkitkan isu kematian Altantuya mengejutkan para pemimpin dalam Umno dan ada pemerhati yang mendakwa negarawan itu berusaha untuk menyingkirkan Najib.

Najib juga masih berdiam diri ke atas serangan baru yang dilancarkan Mahathir.

3 comments:

  1. Lima Perdana Menteri terdahulu kelihatan bersih dari segala macam tohmahan,yang sekarang ni pula macam-macam hal dibangkitkan rakyat di merata tempat seperti warong-warong, kedai gunting, majlis kenduri kahwin dan lain-lain lagi. Lepaskanlah jawatan tu .....

    ReplyDelete
  2. Mahathir sedar silap nya dahulu angkat Najib jadi PM

    Pak Lah lagi baik dari Najib ini

    Hancur negara kerana Mahathir bapsk nya.


    Tok sah mimpi nak ikut gaya Lee Kuan Yew tinggal legasi ter baik.


    Mahathir hanya tinggal kan lahanat tuk hancur bangsa dan agama saja

    ReplyDelete
  3. Bukan berniat memihak kpd Najib dlm hal ini, tetapi pihak yg sepatutnya dipersoalkan oleh Mahathir adalah mahkamah yg membicara serta membuat keputusan dan juga peguam negara. Adakah Mahathir ingin mendedahkan ada campur tangan PM dlm mengendalikan kes? Jika ya, sah dan nyata juga Mahathir sebagai PM dulu turut mencampuri urusan mahkamah. Itulah cerminannya bagi kedua-dua mereka ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa