Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 10, 2015

"Ala... ustaz... Parlimen pun ponteng.. buat malu saja, nak bising-bising,".

Nik Mohamad Abduh kena bantai dalam facebook sendiri
 OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 10 APR 2015

Tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz memuat naik status berhubung keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan Akta Hasutan di Parlimen awal pagi tadi mengundang kecaman daripada rakan-rakan dalam laman sosial facebook beliau.
Dalam kenyataan yang dimuatnaikkan kira-kira jam 8 malam semalam itu, beliau menyatakan: "Malang bagi BN, mereka tidak tahu Akta Hasutan akan jadi punca utama kejatuhan mereka nanti. Kalaulah mereka tahu rakyat terlalu benci akta ini..,".
Kata-kata Nik Mohamad Abduh itu ternyata kurang disenangi kebanyakan orang ramai yang kemudian memberi komen menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu hanya tahu mengkritik melalui laman sosial sahaja, sedangkan peluang yang ada tidak digunakan untuk berbahas.
Berikut ialah sebahagian daripada komen orang ramai berhubung posting Nik Mohamad Abduh:
Hasan Maulana: "Ustaz, Akta Hasutan perlu ada untuk kawal mereka yang menyuarakan pendapat melampau batas sehingga menghina agama dan sebagainya. Cuma pelaksanaannya yang perlu diperkemas,".
Zaki Ahram: "Akta Hasutan amat penting setelah ketiadaan ISA. Kekalutan sekarang hasil dari ketiadaan ISA, dulu aku pun rasa ISA zalim, tapi setelah ia dihapuskan barulah aku tau betapa pentingnya ISA dalam menjaga keharmonian kaum di Malaysia,".
Sofwan Sharifuddin: "Ala... ustaz... Parlimen pun ponteng.. buat malu saja, nak bising-bising,".
Z-Lann Ahmad: "Orang tak suka akta ni sebab dia suka menghasut. Kalau tidak salah buat apa takut,".
John Bro: "Yang ni saya tidak setuju. Sebab dihasutlah banyak negara bergolak. Ia boleh membawa kebaikan, tetapi mendapat banyak keburukan. Macam api dicurah minyak petrol makin besarlah apinya, tapi kalau dicurah pasir insya-Allah kurang atau padam apinya. Terpulang pada niat seseorang… sekadar pendapat,".
Hazri Ryder: "Akta Hasutan adalah benteng akhir setelah ISA. Manusia tidak boleh diberikan kebebasan mutlak dalam bersuara Ustaz, nanti agama pun akan dipermain-mainkan. Fikir untuk jangkamasa panjang, bukan setahun dua... Wallahu'alam,".
Kamal Chin Rasu: "Jangan berlakonlah Nik badut (Nik Mohamad Abduh), pagi kutuk UMNO, malam dinner (makan malam) dengan Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).. berhenti berlakon la..,".
Hairul Anuar: "Ustaz, rakyat Malaysia jenis macam mana yang bencikan Akta Hasutan?,".
Mohd Razif Jalaludin: "Akta Hasutan ini penting… mungkin sebagai parti pembangkang memandang ia sebagai satu penghalang, tapi seandainya bila sudah jadi pentadbir atau kerajaan baru kita tahu pentingnya akta sebegini lebih-lebih lagi bila hidup dalam negara yang berbilang bangsa dan agama,".
Azlan Yusof: "Ustaz asyik cakap dalam facebook saja. Dalam Parlimen tanya pasal reffre (pengadil) bola,".
Qyna Sinclair: "Hanya penghasut saja tidak mahu Akta Hasutan,".
Muhamad Hassbi: "Kena sangka baik ustaz dengan UMNO.. (Pas) nak laksana hudud ni, kritik BN nanti tidak dapat undi. PKR dan DAP tidak boleh harapkan,".
Che Khairul Azli: "Bersyukurlah BN tumbang. Buat apa lagi nak jaga tepi kain orang!,".
Muhamad Biran: "Kalau tidak ada akta, orang akan bermaharajalela. Keganasan sana sini. Bila sudah berlaku nanti salahkan polis. Siapa terorrist biar dia tanggung... untuk keamanan negara,".

# Ni saja aku attachkan senarai MP PR yang ponteng semasa perbahasan Pota: klik di sini.

8 comments:

  1. Yang komen bersama admin serta admin cai pkr sama2 tonggong.

    ReplyDelete
  2. semua komen2 macai umno bodoh. masalahnya akta hasutan ditargetkan kpd pihak pembangkang supaya tidak kritik kerajaan. jika akta hasutan tu dilaksanakan pada tahap keadilan Rasulallah saw, aku pun sokong. ini tidak, kebanyakkan berat sebelah

    ReplyDelete
  3. jawablah nanti disana apa kerja anda semua bila diberi amanah
    jangan buat buat lupa ayat ayat dari Allah kepada jin n manusia

    ReplyDelete
  4. Nik Bodoh apa ada kesah pon yang penting tiap2 bulan duit MP masok.

    Jadi ustaz pun tak boleh pakai gaji MP pun.

    Nik Bodoh bukan bahalol , Rakyat yang bahalol

    ReplyDelete
  5. Dah...dah jangan gaduh

    ReplyDelete
  6. Lebih baik ponteng parlimen..bukanya nik abduh faham apa yg di bahaskan kt parlimen tu..

    ReplyDelete
  7. Blog mountdweller penuh dgn perkataan BODOH. BANGGANG, BAHALOL....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sesuai pon perkataan tu utk penjilat ug
      Kemaruk nak jadi menteri sampai membelakangi jemaah
      Ulamak jenis apa mcm ni
      Ni ulamak fulus ni...

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa