Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 9, 2015

Pemuda UMNO diam, kenapa pula SAMM yang menyibuk?

Nampaknya SAMM pun juga suka dengan Akta Hasutan 1948? 

Laporan polis seluruh negara pada Dr M
mk - 2:12PM - 8 Apr 2015

Sebuah kumpulan merancang membuat laporan polis di seluruh negara bagi menggesa pihak polis menyiasat mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bawah Akta Hasutan 1948.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata tindakan itu diambil susulan kenyataan Mahathir, antaranya berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Laporan polis sedang dibuat di seluruh negara.

"Semalam ada sekumpulan (buat laporan polis) di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Rembau, pagi ini di Kuantan dan Hulu Selangor.

“Dan petang ini di Pulau Pinang dan Melaka," kata ketua SAMM Badrul Hisham Shahrin ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebelum ini Dr Mahathir mempersoalkan mengenai siapa yang mengarah wanita itu dibunuh ekoran kenyataan Sirul Azhar Umar yang mengatakan beliau hanya menjalankan arahan supaya berbuat demikian.

Namun Ketua Polis Negara Tan Sri Abu Bakar berkata, bekas perdana menteri itu tidak melanggar Akta Hasutan berkaitan kritikannya terhadap Najib mengenai kes pembunuhan Altantuya dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Badrul Hisham mempersoal bahawa sebelum ini beliau ditahan dan disiasat bawah akta itu berhubung tulisannya mengenai misteri kematian wanita Mongolia itu sedangkan Dr Mahathir tidak.

SAMM Hulu S'gor lapor polis

"Saya sendiri pernah ditahan hanya kerana bertanya dan tulis buku bercakap soal Altantuya. Tapi Dr Mahathir pula tidak (ditahan dan disiasat)," kata pemimpin PKR yang mesra dipanggil Chegubard. 

Sementara itu, SAMM Hulu Selangor pula pagi tadi membuat laporan polis dan memberi tempoh 10 hari kepada polis untuk memanggil Mahathir supaya memberi kenyataan berhubung serangannya terhadap Najib.

Dalam laporan polisnya, wakil kumpulan itu, Megat Khairul Anuar Razali mendakwa beberapa kenyataan Mahathir sebelum ini berbaur hasutan kepada orang ramai supaya membenci Najib.

"Kenyataan Dr Mahathir tanpa selindung merupakan hasutan kepada orang ramai (supaya) membenci perdana menteri Malaysia," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

Dalam laporan itu juga, Megat turut mempersoalkan penangkapan beberapa pemimpin pembangkang yang disiasat bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan yang didakwa hampir sama dengan Dr Mahathir.

"Soalnya sekarang, kenapa Dr Mahathir tidak terusik, bebas mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat membenci perdana menteri?" katanya yang juga ahli PKR Cabang Hulu Selangor.  

Dalam laporan polisnya, Megat juga berkata jika tidak tindakan dalam tempoh itu, maka tindakan supaya membenci Najib selepas ini dianggap "halal".

Malah, tambahnya, pihak yang membangkitkan isu seperti yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir melalui pelbagai medium juga tidak harus diganggu polis selepas ini.

1 comment:

  1. Sbb SAMM berani & nk cari kebenaran. Bukan stkt yesman...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa