TMI - Published: 6 April 2015 10:04 AM
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa menyampaikan amat berbeza, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 April, 2015.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti mengambil jalan mudah mengkafirkan kira-kira 5 juta ahli PAS dan Umno apabila mengeluarkan amanat berbeza pada 1981 dan 2003, kata Tan Sri Abdul Rahim Noor.
Bekas ketua polis negara (KPN) itu berkata, Hadi menerusi amanat yang diluahkannya pada 7 April, 1981 di Terengganu mengungkapkan 3 ‘hukum’ yang sama sekali berlawanan dengan amanat diberikan pada 22 tahun kemudian.
“Bercakap tentang Hadi, saya tidak patut mengelak daripada membicarakan beliau tentang soal konsistensi. Maksud saya, ketekalannya daripada segi pegangan fahaman.
“Saya ada mendengar rakaman ucapan beliau menyampaikan amanat itu. Hadi mengungkapkan 3 ‘hukum’: penentangan PAS terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana didakwa mengekalkan undang-undang kafir, peraturan jahiliah dan perlembagaan penjajah (Perlembagaan Persekutuan).
“Kemudian, beliau memberi hukum lagi: Perjuangan ucapan dan derma oleh ahli PAS adalah jihad. Diamanatkannya, kalau ahli PAS terkorban dalam gerakan menentang ‘puak-puak’ itu (maksud beliau tentulah musuh politik PAS), mereka dianggap mati syahid.
“Hukum ketiga Hadi dalam amanat pada April 1981 itu ialah: ‘Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tetapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’,” katanya menerusi wawancara bersama akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Rahim berkata amanat Hadi yang kedua dinamakan Amanat Perdana Pemangku Presiden yang diisytiharkan pada 18 Januari, 2003 yang bersifat 2 lapis – lapis Persekutuan dan lapis negeri (seperti Kelantan).
Katanya, ia seperti memberi gambaran pemikiran politik Hadi sudah terbalik mahu menikam dan mengkafirkan ahli dan penyokong PAS sendiri.
“Perbuatan songsangkah ini? Sangat jelas menurut amanat itu, kerjasama dalam kalangan parti pembangkang untuk menjatuhkan atau mengurangkan kekuatan parti lawan iaitu Umno dan BN.
“Jadi, kata Hadi ‘…PAS perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat Persekutuan’.
“Kata Hadi lagi, ‘…Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Persekutuan’,” katanya.
Beliau berkata dalam amanat perdana pada Januari 2003 itu, Hadi memberi hukum boleh dipakai undang-undang dan Perlembagaan negara yang menurut Amanat 1981 dihukumkannya sebagai penerusan amalan kafir.
Katanya, perlu diingat Hadi masih belum menarik balik amanat itu dan pada pandangannya, tidak mungkin ahli Parlimen Marang itu akan menariknya.
“Saya hendak bertanya kepada pembaca tidakkah perbuatan PAS bersekongkol dengan parti bukan Islam iaitu DAP adalah perbuatan mengkafirkan ahli PAS seperti yang dihukumkannya pada 1981?
“Jadi, sudahlah ahli Umno (yang berjumlah lebih 3 juta orang) menjadi kafir gara-gara hukum Hadi, jumlah ini ditokok pula dengan seluruh ahli PAS seramai lebih sejuta itu.
“Jadi, Hadi semacam mengkafirkan senang-senang 4 atau 5 juta orang Melayu di negara ini,” katanya menerusi rencana bertajuk Hudud dan Keutuhan Persekutuan. – 6 April, 2015.
Hadi ini kan MUNAFIK
ReplyDeleteApa ada kesah kafir kan 7 billion penduduk dunia pon boleh.
Itu kan Hadi , siapa tak kenal nya.
Tan Sri Abdul Rahim Noor sendiri menunjukkan sifat kefasikannya dgn memberi maklumat palsu pd 1998, adakah boleh diterimapakai hujahnya itu? Dia sendiri bersekongkol membuat tuduhan DSAI meliwat Azizan Bakar tanpa ada cukup 4 orang saksi, maka sewajarnya dia itu:
ReplyDeletea) Disebat 80 kali sebatan DAN
b) Kesaksiannya tidak boleh diterima lagi DAN
c) Telah menjadi seorang fasik.
Adakah dia telah bertaubat? Sehingga kini, belum pernah dilakukannya.
Tan Sri Abdul Rahim Noor ni....duduk diam2 sudahlah.....ingat orang lupa apa yang telah kamu lakukan beberapa tahun lalu....
ReplyDelete