Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 9, 2015

TUC Mendekati dosa dan merosakkan hubungan dalam jamaah

Elak perpecahan PAS, Tuan Ibrahim nasihatkan Facebook hantu tutup akaun
Astro Awani|Kemas kini:April 08, 2015
(Diterbitkan pada: April 08, 2015 17:54 MYT)

Elak perpecahan PAS, Tuan Ibrahim nasihatkan Facebook hantu tutup akaun
Elak perpecahan PAS, Tuan Ibrahim nasihatkan Facebook hantu tutup akaun (Gambar: fail)
KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama samaran supaya menutup akaunnya demi mengelak berlaku perpecahan dalam parti.

Tuan Ibrahim menamakan akaun Facebook Tok Usin Ceroi (TUC) yang didakwanya mengajak orang ramai mendekati dosa dan merosakkan hubungan dalam jamaah.

"Wahai TUC, Saya tidak mengenali anda. Tetapi anda kata anda menulis kerana sayangkan jamaah.

"Hakikatnya, tulisan anda banyak merosakkan hubungan dalam jamaah dan mengajak ramai mendekati dosa dengan membuka ruang fitnah dan su'zan di kalangan anggota jamaah. Anda cuba membeza-bezakan sesama di antara ahli PAS," tulis Tuan Ibrahim di laman Facebooknya hari ini.


Wahai TUC,
Saya tidak mengenali anda. Tetapi anda kata anda menulis kerana sayangkan jamaah.
Hakikatnya, tulisan anda banyak merosakkan hubungan dalam jamaah dan mengajak ramai mendekati dosa dengan membuka ruang fitnah dan su'zan di kalangan anggota jamaah. Anda cuba membeza-bezakan sesama di antara ahli PAS.
Sekalipun ia benar (kalaulah ia benar sekalipun), belum tentu ia mengundang kebaikan.
Berapa banyak hati yang pecah, berapa ramai orang yang buruk sangka sesama sendiri, berapa keluarga yang rosak hubungan mereka dengan tulisan anda?
Oleh itu di sini, saya nasihatkan agar anda tutuplah akaun anda. Atau buatlah apa yang anda suka, kerana yang menanti kita di akhir adalah kematian.
Wassalam.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tulisan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di laman Facebooknya yang menasihatkan akaun Facebook hantu ditutup kerana memecah belahkan PAS

Katanya, akibat tulisan yang disiarkan pemilik akaun facebook hantu itu, ramai ahli PAS yang menaruh buruk sangka sesama sendiri dan keluarga yang rosak perhubungan mereka.

"Oleh itu, di sini saya nasihatkan agar anda tutuplah akaun anda. Atau buatlah apa yang anda suka, kerana yang menanti kita di akhir adalah kematian," tulis beliau lagi.

Laman Facebook yang menggunakan nama Tok Usin Ceroi dikatakan antara penyebab berlaku perpecahan dalam PAS

Menjelang pemilihan PAS Jun nanti, beberapa akaun Facebook yang tidak dikenali pemiliknya sangat aktif mengkritik pemimpin parti itu yang dikatakan tidak sehaluan dengan golongan agamawan dalam PAS.

El-Haraki, Tok Usin Ceroi (TUC) dan Keli Laut merupakan antara yang dinamakan sebagai akaun Facebook hantu yang mengkritik kumpulan pemimpin pro Pakatan Rakyat dalam PAS.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa antara pemimpin PAS yang pernah mendakwa akaun Facebook hantu sebagai antara punca berlaku perpecahan dalam PAS hari ini.

9 comments:

  1. Tengok songkoknye....kan sah dia geng songkok tinggi....(DR.G)

    ReplyDelete
  2. Terang terang TUC tu geng songkok tinggi....(Dr.G)

    ReplyDelete
  3. Apa kata tutup juga tranungkite .. macai ayoh ping hadi

    ReplyDelete
  4. Tutup semua lagi bagus termasuk mountdweller....

    ReplyDelete
  5. Anon 11:38 AM

    Lihatlah betapa cerdiknya penyokong/ahli PAS yang wala' bodoh.

    Apa hak engkau ke atas hak orang lain?

    ReplyDelete
  6. Wa'la pun biar bertempat, jangan memburukkan ulamak...buang la gambar keluarga yang tak tutup aurat sama macam TITM cakap mengajak orang mendekati dosa apabila melihat gambar tu....dan juga memburukkan ulamak merosaklan hubungan dalam jemaah....sama je mountdweller dengan TUC.....TUC memburukkan golongan profesional, mountdweller memburukkan ulamak, tak ke sama tu....jangan marah admin ini teguran.

    ReplyDelete
  7. Anon 2:00 PM

    Aku nak tanya sikit "Nenek, Mak dan bini kau bertudung ke?

    Satu lagi kenapa nak menyebuk kay rumah aku? Rumah kau sendiri dah kemas dan teratur ke?

    Berkata yang betul tu, memburuk ke?
    Kalau dah melabel orang dengan macam2 gelaran dan cakap berpusing-pusing tu wajib akur ke?

    Nak bodoh pun jadilah bodoh sorang2, jangan nak bawa orang lain sekali!

    ReplyDelete
  8. Sebenarnya yang bodoh kamu la admin, aku tegur je, aku nak tanya satu soklan, elok ke menunjuk2 ahli keluarga yang tak menutup aurat? Kalau elok bagi kamu, itulah kebodohan sebenarnya. Perasaan RIAK lah tu, buat apa nak menunjuk-nunjuk rumah kita dan keluarga kita? TITM pun difitnah oleh jebon dan pasma.....TITM tak keluar pun kenyataan kat atas tu, fitnah semua tu. So, jangan tabur fitnah kalau berita belum pasti.

    ReplyDelete
  9. Sebenarnya yang bodoh kamu la admin, aku tegur je, aku nak tanya satu soklan, elok ke menunjuk2 ahli keluarga yang tak menutup aurat? Kalau elok bagi kamu, itulah kebodohan sebenarnya. Perasaan RIAK lah tu, buat apa nak menunjuk-nunjuk rumah kita dan keluarga kita? TITM pun difitnah oleh jebon dan pasma.....TITM tak keluar pun kenyataan kat atas tu, fitnah semua tu. So, jangan tabur fitnah kalau berita belum pasti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa