Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 8, 2015

NST gelapkan fakta, burukkan MP PAS

Akhbar Umno tutup fakta, burukkan ahli Parlimen PAS, kata hakim 
OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 8 April 2015 10:55 AM
Mahkamah Rayuan hari ini menolak pembelaan justifikasi dikemukakan The New Straits Times (M) Sdn Bhd dan Berita Harian terhadap saman fitnah yang difailkan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berhubung artikel 14 tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 April, 2015.

Sebuah penerbit akhbar dan pengarangnya mempunyai niat buruk apabila melaporkan seorang ahli PAS berkelakuan buruk dan menimbulkan kekacauan semasa perbahasan di Parlimen 14 tahun lalu, dengan mencabar seorang penyokong kerajaan untuk bertumbuk, menurut Mahkamah Rayuan.
Hakim Datuk Hishamudin Mohd Yunus berkata ia satu tindakan yang disengajakan iaitu dengan ‘pick and choose’ (membuat pilihan tertentu), dan ‘black out’ (menghapuskan) fakta yang memihak kepada plaintif, Datuk Mahfuz Omar daripada PAS.
Hishamudin berkata, mahkamah juga menolak pembelaan justifikasi dan perlindungan bersyarat yang dikemukakan terlebih dulu pihak defendan - The New Straits Times (M) Bhd (NST) dan bekas pengarang kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Rejal Arbee.
"Mengenai fakta, kita mendapati jelas wujud niat jahat di pihak defendan seperti yang ditunjukkan melalui cara kejadian itu dilaporkan," kata hakim itu dalam penghakiman bertulis yang pada tahun lalu mengekalkan saman fitnah yang dibawa Mahfuz .
Alasan bertulis 25 muka surat itu, bertarikh 17 Mac, kini boleh didapati di laman web badan kehakiman Malaysia.
Defendan mendakwa, laporan mengenai Mahfuz dalam akhbar (Berita Harian) itu kejadian sebenar apa yang berlaku di Parlimen, di mana Mahfuz dikatakan mencabar Shahziman Abu Bakar, ahli Parlimen Tampin, bertumbuk di luar Parlimen.
Hishamudin berkata Shahziman mengemukakan keterangan tetapi menafikan berkelakuan dengan cara yang provokatif.
"Dalam keterangannya, beliau mendakwa plaintif yang membuat cabaran untuk bergaduh. Oleh itu, terdapat bukti yang bercanggah," katanya.
Mengenai keterangan dan fakta yang diterima, Hishamuddin berkata tidak ada justifikasi untuk mengganggu penemuan yang dibuat hakim perbicaraan itu.
Dalam penghakiman itu, Hishamudin berkata defendan gagal menyatakan dalam laporan akhbar mereka tentang tingkah laku Shahziman yang provokatif.
"Hansard itu jelas menunjukkan plaintif bukan pihak yang bertindak dengan cara provokatif. Dia sekadar bertindak balas kepada cabaran untuk bergaduh yang dibuat Shahziman," katanya.
Beliau berkata, Mahfuz mengatakan sebanyak 2 kali yang beliau datang ke Parlimen bukan untuk bergaduh dengan dengan sesiapa, tetapi untuk mengambil bahagian dalam perbahasan.
Hakim berkata, dakwaan tingkah laku agresif terhadap plaintif adalah serius, memandangkan beliau seorang ahli Parlimen.
"Wartawan itu, dan juga defendan pertama, sebagai pengarang, tidak mengambil langkah untuk mengesahkan fakta itu dengan menunggu laporan Hansard," katanya.
Defendan tersebut, menurut hakim, tidak membuat sebarang usaha mendapatkan komen daripada plaintif mengenai kejadian itu, terutamanya, bagi mendapatkan versi beliau tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Mahkamah Rayuan juga mengekalkan ganti rugi RM150,000 yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi kepada Mahfuz pada 2009.
Mahfuz diberikan tambahan RM40,000 untuk kos guaman.
Beliau memfailkan saman sivil terhadap NST dan Rejal pada 2002 berhubung satu artikel di muka depan Berita Harian pada 9 November, 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".
Dalam pernyataan tuntutannya, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, mendakwa artikel itu berbentuk fitnah dan mencemarkan nama baiknya. – 8 April, 2015.

3 comments:

  1. Surat khabar milik lahanat biasa lah nak aniaya orang orang baik

    PAS PKR DAP dah lama sedar dan kenal lahanat lahanat ini

    MP ini ter lupa ke ???

    ReplyDelete
  2. Apa bezanya nst dgn admin, greenboc, alhusyeen, tulang besi dan macai pkr ? Semuanya kaki putar alam !

    ReplyDelete
  3. Anon 9:46 PM

    Sayang sungguh matamu celik sebelah!

    Jadi kami saja yang putar alam, Hj. Hadi, Nik Ammar, Mat Yaacob dan Nik Abduh yang ko dok jilat apa saya yang keluar dari mulutnya tu putar serban ke putar auata?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa