Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 10, 2015

Altantuya: Nape Pak Lah jawab? Mahathir tanya jer!

Sepanjang yang aku baca berkenaan kes ni.......tak ada pun Mahathir tuding jari kat Najib
Mahathir hanya tanya.......Sirul seorang pegawai rendah bertindak mengikut arahan pihak atasan. Maka arahan siapa?

Korang jangan pula salah faham.......aku tak sokong sape-sape dalam hal ni. Aku cerita dari apa yang aku faham

Baca kat sini

Pak Lah kata Najib tak bersalah kes Altantuya
Published: 10 April 2015 2:36 PM
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu berdasarkan laporan siasatan pada 2006. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 April, 2015. 

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini mempertahankan penggantinya, mengatakan Datuk Seri Najib Razak tidak ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, lapor portal The Star Online.
Katanya, beliau dimaklumkan mengenai hasil siasatan polis berhubung kes pembunuhan yang berlaku pada 2006 itu.
"Berdasarkan penemuan daripada siasatan menyeluruh yang dijalankan Polis Diraja Malaysia yang disampaikan kepada saya, disahkan yang Najib tidak ada kaitan sama sekali dengan kes itu," beliau dipetik berkata oleh The Star.
Bekas komando polis Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Persekutuan pada bulan Januari tahun ini.
Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, salah seorang individu kepercayaan Najib, yang juga didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, dibebaskan Mahkamah Tinggi pada 2008 tanpa dipanggil membela diri.
Kerajaan tidak merayu terhadap pembebasannya.
Walaupun sabit kesalahan, motif pembunuhan Altantuya itu tidak pernah didedahkan.
Sirul, yang ketika ini ditahan pihak berkuasa imigresen Australia di Sydney, mendakwa beliau bertindak menurut arahan daripada pihak atasan apabila membunuh Altantuya.
Akibatnya, ahli politik termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menuntut pihak polis untuk membuka semula kes itu.
Keterangan dalam mahkamah mendedahkan Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan pada 18 Oktober 2006, di pinggir bandar raya Shah Alam. – 10 April, 2015. - sumber

9 comments:

  1. Pak Lah buat lawak pulak

    Pak Lah baru bangun tidor terus merapu pasal Mat Mongol....


    Pak Lah mana ada kredibility asyik tidor makan gaji buta saja masa kerja nya

    Tu sebab Rakyat masih papa kedana zaman PM tapi anak menantu kaya ber gaya , semua orang tau....


    Kesian lah Pak Lah waktu Chairman MAS pun tidor jugak senyap saja MH370 & MH17 hilang bungkus.

    Gaji tidor waktu kerja kira halal ke ????

    Ini mungkin Ulamak Hadi boleh bagi Tazkirah di Parlimen.

    ReplyDelete
  2. Tidur-tidur pun dapat free sahaja RM400 juta hasil pembatalan Jabatan Bengkok Tambak Johor oleh menantu yang licik. Singapura amat bijak memanipulasi kan kepimpinan di Malaysia yang telah menetapkan bahawa seorang PM mempunyai kuasa hampir seperti Namrud (Raja Firaun) Mesir suatu masa dahulu.

    Aduhai Pak Lah, kamu ingat Tun Mahathir boleh dibodohkan macam Mok Cik Felda ke dengan jawapan begitu? Jawapan bodoh kamu seperti menambahkan minyak ke dalam api yang sedang marak......(Nak ajar penyangak cara menjadi pencuri?)

    ReplyDelete
  3. Ni sume bersusra demi kepentingan.terima laporan buta jer

    ReplyDelete
  4. Pak lah zzzz......zzzzzz......menantu zzzzzzzz Batu Putih zzzzzzzzz.......apalak singapura? Zzzzzzzzzzz! Selamat malam Pak Lah zzzzzzzzzzz!

    ReplyDelete
  5. lagi tambah kelangkabut

    ReplyDelete
  6. Kalau PM xde kena mengena dgn Altantuya bolehlah arah siasatan semula SIAPA YANG ARAH BUNUH ALTYANTUYA!!!!!!!!!. Susah sangat ke nak siasat semula. Kes liwat yg makan masa bertahun-tahun beriya kau siasat?????????? Apa daaaaa, dey pooodah.

    ReplyDelete
  7. siasatan kes liwat tk makan bertahun. Tapi peliwat yg drag minta tangguh lebih 60 kali. Njib hanya TPM waktu kejadian pada Ogos 2006 manakala sirul bukan pengawal peribadi najib

    ReplyDelete
  8. Jangan kamu pula cuba nak cipta fitnah baru megat oii! Nampak sangat kamu itu sebagai panjilat, apakah kamu fikir rakyat masa kini bangang2 belaka mcm macai UMNO tu?

    ReplyDelete
  9. Megat penjilatalam. Biorkan le Kulup Rani, bomoh lempang boya melawak. Kome pula dan join same. Lebih baik tengok cat kering.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa