08:30PM Apr 07 2015
oleh V Shuman
KOMEN: Dalam penulisan blog terbaru Dr Mahathir Mohamad, beliau mempertahankan kritikannya baru-baru ini terhadap Najib Razak.
Ini di sebalik pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Mahathir oleh penyokong-penyokong Najib, dan beberapa menteri kabinet semasa.
Dalam tulisan terbaru, Dr Mahathir telah membalas setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan menjelaskan rasional di sebalik isu yang dibangkitkan.
Dia berkata, "…saya tidak menuduh Dato Seri Najib melakukan apa-apa jenayah. Itu boleh ditentukan jika polis dapat membuat siasatan. Yang saya pohon ialah jawapan kepada soalan-soalan yang disuarakan oleh ramai rakyat.
"Saya akui dimasa saya juga ada kehilangan wang negara. Tetapi rakyat dan dunia tahu bagaimana wang ini hilang. Kerugian yang dialami oleh Perwaja diketahui. Demikian juga dengan salah urus Bank Bumiputra oleh pengurusannya.
"Yang nyata ialah negara tahu dimana pergi wang yang dilabur semasa saya. Dalam perniagaan adakala untung, adakala rugi. Yang tidak boleh diterima ialah duit itu hilang tanpa diketahui kemana."
Mahathir kemudian menyentuh mengenai kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini, sebanyak 70 sen.
"Tiap satu Ringgit jatuhnya matawang kita, negara, Kerajaan dan rakyat kerugian berbillion.
"Tetapi apabila Ringgit diselamatkan dari penyangak matawang, berbillion Ringgit duit Kerajaan diselamatkan. Dan ramai peniaga yang muflis dan hampir muflis terselamat pada tahun 1998," jelasnya, merujuk kepada keengganan Malaysia untuk mengambil pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk selamat dari krisis ekonomi Asia.
Mahathir kemudian mengulangi soalannya mengenai 1MDB, dan berkata yang adalah tidak adil untuk membandingkan Jho Low dengan Daim Zainuddin, yang merupakan menteri kewangan semasa pentadbiran Mahathir.
"Saya bukan tuduh Dato Seri Najib. Saya bertanya beberapa soalan kerana hutang berbillion ini akan ditanggung akhirnya oleh rakyat. Jawapan tidak juga diberi oleh mereka yang mengecam saya selain daripada berkata saya punyai kepentingan atau saya juga buat kerja yang sama.”
Ahli politik veteran itu juga mengkritik mereka yang mempersoalkan mengapa beliau memainkan semula isu model Mongolia Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh, selepas lapan tahun.
Bekas perdana menteri itu menempelak komen-komen yang adalah tidak adil baginya meminta PM Najib, yang dipilih melalui proses demokrasi, meletakkan jawatan.
(Terjemahan) "Tun Abdullah (Ahmad Badawi) juga telah dipilih tetapi Najib memainkan sebahagian peranan yang penting dalam meminta beliau meletak jawatan.
"Berhubung dengan agenda politik saya, apa yang tak kena dengannya? Seorang perdana menteri mesti dilihat bersih dan dapat menerangkan dan menjawab soalan-soalan, dan baik untuk negara. Najib tidak dapat menjawab dan belum menjawab apa-apa soalan, dan hanya berdiam diri secara elegan atau berkata yang dakwaan-dakwaan itu tidak benar."
Mahathir menolak anggapan bahawa beliau menyebelahi pembangkang, disebabkan serangannya terhadap Najib.
"Jika mengatakan hal-hal sebegini menjadikan saya pembangkang, maka Najib juga adalah pembangkang kerana dia bersetuju dengan mereka untuk memansuhkan ISA, undang-undang pencegahan jenayah dan mengabaikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
"Beliau juga mahu memansuhkan Akta Hasutan seperti yang dituntut oleh pembangkang. Jika Umno tidak membantah, ia pastinya telah dimansuhkan. Jadi adakah Najib ahli pembangkang?" tanyanya.
Mahathir menjelaskan bahawa perbezaan pendapatnya adalah dengan pemimpin Umno itu, dan bukannya dengan parti itu.
"Ia hanyalah kerana saya mahu melihat parti itu menang. Ia tidak akan menang jika Najib memimpinnya," ulangnya, sambil menambah bahawa dia mempunyai harapan yang tinggi terhadap Najib apabila beliau mengambil alih dari Abdullah.
"Dalam hal anak-anak saya, jika saya mahu mereka untuk berjaya dalam politik saya boleh melakukannya apabila saya masih perdana menteri. Jika mereka berjaya, ia adalah ataus usaha mereka sendiri. Jika rakyat tidak sukakan mereka, mereka tidak akan mendapatkan sokongan ini," katanya.
Selepas membaca kesemua ini, kita boleh menjangkakan hari-hari mendatang yang "menarik" bagi Umno dan terutamanya Najib.
Pengkritik Mahathir pasti menyangka bahawa dia mungkin berundur disebabkan sokongan yang ditunjukkan bagi Najib, tetapi pastinya mereka tidak menjangkakan bahawa warga emas yang berhati waja itu akan melawan kembali.
Persoalannya, adakah semua kritikan ini akan membawa apa-apa perbezaan?
InsyaAllah Tun akan berjaya. Da adlah negarawan terulng negara dan dapat selamatkan keadaan negara sekarang dari bangkrap.
ReplyDeleteNajib naik atas restu Mahathir juga..masa tu semua kutuk Pak Lah kata Pak Lah macam macam semata mata nak naikkan Najib..kenapa baru sekarang bising nak suruh Najib jawab itulah inilah..selepas kekayaan Negara dipunggah sewenang wenangnya baru nilah nak bincang hilang duit berbilion billion...ke ini lakonan dalam filem P Ramlee membahagi bahagi harta rompakan dengan ungkapan diolog...Satu untuk kau satu untuk aku...dua untuk kau dua untuk aku...dunia ..dunia..
ReplyDeleteSebenarnya Madey ni takut jugak. Sbb dh puas balon ms jd PM tentulah dia tak nak BN/UMNO tumbang. Nahas lah dia anak beranak. Nmpknya doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor menjdi kenyataan.. Hebat manapun perancangan dia.. ALlah maha hebat lagi.
ReplyDeleteMalaysia akan mengalami kerugian lebih besar lagi, jika auta Mahathir dipercayai bulat2. Yg patut perlu diutamakan adalah penggembelingan usaha melenyapkan UMNO dari persada politik negara. Itu sahaja.
ReplyDelete