Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 9, 2015

Ibu Sirul ada maklumat rahsia?

Ibu Sirul Kongsi Maklumat Dengan Dr Mahathir
IBU Sirul Azhar Umar, Piah Ahmad, telah berjumpa bekas Perdana Menteri (Tun) Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.

Laporan beberapa portal berita bebas berkata beliau diiringi oleh Ketua Penerangan PAS merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Awal pagi ini, dalam jawapan kepada SMS saya, Mahfuz mengesahkan yang perjumpaan itu berlaku semalam (Rabu).
(Dari Kiri) Mahfuz, Dr Mahathir, Ibu dan bapa saudara Sirul (FMT)

Pertemuan itu dikatakan diatur oleh bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, (Datuk Paduka) Khairuddin Abu Hassan. Pada 2 Februari lalu Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad.

Ibu Sirul dikatakan telah berkongsi maklumat dan beberapa fakta rahsia dengan Dr Mahathir berhubung pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Sirul bersama Cif Inspektor Azilah Hadri dijatuhi hukuman gantung oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu atas tuduhan membunuh Altantuya. Sirul tidak hadir mahkamah dan muncul di Australia kemudiannya.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa