Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 8, 2015

Nahas Heli: Kalau DNA itu bertepatan, ini dia Aidana Baizieva

Terlalu sukar untuk bapa Aidana Baizieva hadapi 2 tragedi
Published: 7 April 2015 8:34 PM
Bapa kepada Aidana Baizieva menghadapi tragedi kali kedua dalam hidupnya dengan nahas helikopter ini, selepas isterinya meninggal dunia dalam kemalangan keretapi semasa anak perempuannya baru berusia 8 tahun. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.

Ketika tersebar berita mengatakan anak perempuannya mungkin salah seorang penumpang dalam nahas helikopter di Semenyih, pada Sabtu, bapa mangsa, Aidana Baizieva sukar mempercayainya.
Itu adalah tragedi kedua menimpa keluarganya, selepas isterinya, ibu kepada Baizieva meninggal dunia dalam kemalangan keretapi pada 1998. Baizieva berusia 8 tahun ketika itu.
Duta Kyrgyzstan ke Malaysia, Kylychbek Sultanov hari ini berkata kepada The Malaysian Insider, bapa kepada penumpang malang itu kini masih cuba menerima hakikat tragedi berkenaan.
"Ya, kami maklumkan kepada keluarga di Kyrgyzstan... dia (bapanya) sudah dimaklumkan, tetapi sukar baginya menerima berita itu, sebaliknya percaya Baizieva masih hidup," katanya, yang enggan mendedahkan nama bapa mangsa itu.
Katanya, kedutaan bekerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti 6 penumpang helikopter tersebut dan setakat ini berkeyakinan DNA yang diambil milik Baizieva.
"Apa yang kami tahu ibunya meninggal dunia ketika dia berusia 8 tahun dalam kemalangan keretapi di Kyrgyzstan. Sebab itu bapanya, tidak dapat menerima hakikat apa yang berlaku. Baizieva adalah anak tunggal," katanya.
Sultanov berkata, kali terakhir bapanya menemui anak perempuannya itu 3 bulan lalu ketika melawatnya di Kuala Lumpur.
Setakat ini, berdasarkan maklumat yang diperolehi, Baizieva dipercayai mengenali juruterbang helikopter tersebut dan sedang mengambil latihan penerbangan bersamanya.
Beliau turut mengesahkan polis pergi ke apartmen mangsa di Pantai Dalam dan mengambil sampel rambut dan kuku untuk membantu siasatan.
"Semalam, polis ketika menjalankan siasatan di apartmennya ada menemui rekod menunjukkan dia sedang belajar asas penerbangan dan berminat menjadi juruterbang helikopter," katanya.
Beliau turut mengesahkan, kakak tiri Baizieva datang ke rumah mayat Hospital Kuala Lumpur semalam bersama pegawai kedutaan untuk proses pengecaman.
"Polis kini mahu melakukan ujian DNA, untuk memadankan dengan sampel sedia ada," kata Sultanov, dan menambah, Baizieva pernah bekerja di sebuah restoran makanan Barat selepas menamatkan pengajian di SEGi Universiti tahun lalu.
Katanya, kedutaan juga menemui beberapa rakan wanita itu namun tidak dapat mengumpul maklumat lengkap kerana mereka masih bersedih atas insiden tersebut.
"Maklumat ini kami perolehi daripada rakan-rakannya semalam, namun mereka tidak mampu memberikan banyak maklumat," katanya.
Beliau berkata, kedutaan juga sedang berusaha mendapatkan kebenaran keluarga untuk menyiarkan gambar wanita itu bagi menjelaskan beberapa laporan di media.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata polis percaya penumpang wanita dalam helikopter malang yang terhempas itu adalah Baizieva, 25.
Beliau turut mengesahkan, sepasukan anggota polis dihantar ke kediaman wanita berkenaan bagi mengumpul sampel DNA.
"Kami turut menemui tiket penerbangan ke Langkawi pada 21 Mac sempena Lima atas nama mangsa dan juruterbang helikopter itu," katanya.
Laporan itu turut berkata, berdasarkan keterangan pihak pengurusan apartment tersebut, juruterbang helikopter yang turut terkorban itu pernah melawatnya di apartmen berkenaan beberapa kali.
Sementara itu, Abdul Samah mengesahkan, mayat juruterbang, Kapten Clifford William Fournier, sudah dituntut dan kini berada di Kedutaan Amerika Syarikat.
Mayat berkenaan dituntut pada 8.15 pagi, Isnin oleh kedutaan.
Fournier merupakan juruterbang helikopter Eurocopter AS365N2 Dauphin yang terhempas di Semenyih, dan mengorbankan 6 penumpangnya, termasuk Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Mangsa lain ialah ketua setiausaha sulit perdana menteri Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran. – 7 April, 2015.
Adakah benar ini wajah Aidana?

Sementara laporan TranungKite pula berkenaan hubungan Aidana dengan Pilot itu:
Gambar Aidena dan Kapten Clifford keluar bersama didedahkan
Posted on Wednesday, April 08 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Hari ini, misteri identiti wanita dalam nahas helikopter yang terhempas di Kajang dirungkai dalam satu sidang media apabila polis mengesahkan wanita tersebut, Aidena Braizieva merupakan rakan kepada Kapten Clifford, juruterbang helikopter malang itu. (Baca disini)

Walaubagaimanapun, pendedahan itu masih tidak menghentikan spekulasi yang bertiup kencang di kalangan pengguna media sosial yang menganggap pendedahan itu tidak lebih daripada menutup kisah sebenar di sebalik kejadian nahas ngeri tersebut.

Namun, satu gambar Kapten Clifford dan Aidena keluar bersama telah tersebar diperolehi daripada instagram rakan mereka berdua, Emitsaa.
Menurut Emitsaa, dia mengenali kedua dua mereka dan merasa sedih serta terkejut apabila mengetahui mengenai kejadian yang menimpa mereka.


Dengan kenyataan daripada rakan dan gambar Kapten Clifford bersama Aidena ini, maka, memang memang benarlah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis bahawa mereka berdua adalah rakan.

Tiada lagi misteri...Namun, cerita ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja kerana "Media Sosial dan Spekulasi berpisah tiada". 

2 comments:

  1. rakan terkorban bersama sehidup semati macam yang selalu orang janji
    dunia dan pelakonnya

    ReplyDelete
  2. DNA test tak match dgn keluarga aidana, so mayat x claim lagi, maka siapa wanita misteri yg guna identiti adiana itu???

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa