Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 9, 2015

Laporan terhadap Tun M: Kenapa Astro Awani tak tanya IGP?

Laporan terhadap Tun M: Biarlah pihak polis teliti dahulu - Musa Hassan
Hamzah HamidAstro Awani |Kemas kini:April 09, 2015
(Diterbitkan pada: April 09, 2015 08:40 MYT)

Laporan terhadap Tun M: Biarlah pihak polis teliti dahulu - Musa Hassan
MUSA: Sesiapa sahaja boleh membuat laporan polis, tetapi pihak polis akan meneliti dahulu kandungan laporan.
KUALA LUMPUR: Biarkan pihak polis menjalankan siasatan terlebih dahulu dalam apa juga perkara.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan ketika dihubungi Astro AWANI bagi mendapatkan pandangan mengenai tindakan Pertubuhan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Sesiapa sahaja boleh membuat laporan polis, tetapi pihak polis akan meneliti dahulu kandungan laporan tersebut. Biarkan polis menjalankan tugas mereka,” kata Musa.

Menurut beliau, terdapat prosedur yang perlu diikuti bagi menguruskan sesuatu perkara mengikut saluran undang-undang dan cepat atau lambat sesuatu tindakan selepas laporan itu dibuat bergantung kepada penelitian terhadap isi laporan itu sendiri.

“Jika bercakap tentang Akta Hasutan, masih ada pengecualian-pengecualian tertentu. Maka, pihak polis akan menilai dahulu sama ada ia termasuk dalam pengecualian-pengecualian itu.

“Pihak polis akan meneliti sama ada kehendak laporan yang dibuat itu benar-benar mempunyai sebab seperti yang didakwa ataupun ia sekadar untuk mendapatkan penjelasan,” ujar Musa.

SAMM hari ini melancarkan satu siri laporan polis terhadap Mahathir atas dakwaan menghasut.

Antara cawangan SAMM yang telah berbuat demikian termasuk Pahang, Selangor dan Pulau Pinang.

SAMM Pahang dan SAMM Selangor telah membuat laporan polis pada sebelah pagi manakala SAMM Pulau Pinang membuat laporan polisnya pada petang tadi.


ARTIKEL BERKAITAN:

SAMM lancar siri laporan polis seluruh negara terhadap Tun M.

SAMM memang spesies organisasi batu api - GGMM


# Bukankah sosok ini pembodek tegar Mahathir semasa berkuasa?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa