Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 10, 2015

Tidak ada rekod jenayah di Malaysia, adakah orang itu dianggap bersih?

Phua tidak ada rekod jenayah di M'sia, kata Zahid
mk - 11:15AM - 9 Apr 2015

Putrajaya hari ini mendakwa bahawa Paul Phua Wei Seng tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.

Dalam jawapan bertulis sebaris kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, menurut rekod polis, Phua tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini.
 
Gobind telah meminta kerajaan menyatakan laporan polis terhadap Phua dan sama ada dia mempunyai sebarang rekod jenayah di Malaysia. Gobind juga bertanya sama ada Phua telah didakwa dan apa hukuman yang dijatuhkan terhadapnya.
 
Phua dilaporkan telah ditangkap dalam satu serbuan pada 4 Julai 2004 semasa perlawanan Piala Euro.
 
Dia didakwa telah menjalankan rangkaian pertaruhan dalam talian apabila dia ditangkap oleh pihak berkuasa.
 
Phua menjadi tajuk utama berita selepas dia ditahan dan didakwa oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat berkaitan operasi perjudian haram dalam talian secara besar-besaran di Caesar's Palace, sebuah hotel lima bintang di Las Vegas pada bulan Julai lalu.

2 comments:

  1. Masing2 ada habuannya masing2, jalankan saja peranan masing2 itu asalkan jejak jenayah dapat ditutup. I help you and you help me, just that simple. Jika ada siapa berani bantah, korek lubang kubur sendirilah jawabnya.

    ReplyDelete
  2. kritik KERAjaan SAHAJA dianggap ada rekod & penjenayah ? ABU !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa