Published: 9 April 2015 5:01 PM
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau hanya memberikan soalan mudah kepada Najib tetapi beliau tidak menjawabnya, sebaliknya meminta orang ramai menyatakan sokongan terhadapnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 April, 2015
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyoal mereka yang menyerang beliau kerana terus mengkritik Datuk Seri Najib Razak, bertanya mengapa perdana menteri itu tidak dapat menjawab soalan mudah yang diajukannya.
Bekas perdana menteri itu berkata, beliau hanya memberikan soalan mudah kepada Najib tetapi beliau tidak menjawabnya, sebaliknya meminta orang ramai menyatakan sokongan terhadapnya.
Dr Mahathir mengambil contoh isu yang dibangkitkannya mengenai hutang RM42 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
"Saya ingin bertanya kepada penyokongnya sama ada sokongan mereka itu bermakna kehilangan RM42 bilion itu tidak mengapa? Tidak perlu paling kurang pun dijelaskan di mana wang itu?
"Kalau anda rasa tidak mengapa, pergilah suruh (Tun) Daim (Zainuddin), Tengku Razaleigh (Hamzah), (Datuk Seri) Shahrir Samad dan Khairy Jamaluddin diam," katanya merujuk kepada beberapa pemimpin Umno yang juga pernah membangkitkan isu itu sebelum ini.
Dr Mahathir berkata susulan pendedahan mengenai kes Altantuya dan 1MDB, Najib dilaporkan media menerima ikrar sokongan dan taat setia dari ketua Umno bahagian, pemimpin Barisan Nasional, MIC, Gerakan, ahli Dewan Negara dan berbagai lagi kumpulan.
Katanya, beliau bukan mahukan sesiapa menyokongnya tetapi meminta mereka yang menyokong Najib juga mengisytiharkan sokongan mereka kepada 1MDB, hutang RM42 bilionnya dan kegagalan Najib menjawab di mana wang itu apabila ditanya.
"Adakah anda juga menyokong simpanan berbilion ringgit di Kepulauan Cayman? Adakah anda juga menyokong yang setelah membawa pulang wang itu, ia mesti disimpan di dalam Bank Swiss di Singapura? Adakah anda juga menyokong penjelasan yang wang itu tidak boleh dibawa balik ke Malaysia oleh perdana menteri dan menteri kewangan kerana Bank Negara akan bertanya terlalu banyak soalan?" soal Dr Mahathir.
Bekas perdana menteri itu juga bertanya sekiranya penyokong Najib juga setuju dengan pembelian tanah kerajaan di Kuala Lumpur pada harga yang jauh lebih rendah dari pasaran sambil pada masa sama membeli logi tenaga dari sektor swasta pada harga lebih tinggi dari pasaran.
Beliau juga berkata mereka yang menyokong Najib tentu juga menyokong ahli perniagaan Low Taek Jho yang dikatakannya menguruskan kewangan 1MDB dan kawan kepada Najib.
Dr Mahathir dikritik kerana tidak henti-henti menyerang Najib dan menggesa perdana menteri itu meletak jawatan sedangkan semasa zaman beliau juga, kata pengkritiknya, beliau turut terlibat dalam skandal kewangannya tersendiri.
Dua hari lepas Dr Mahathir cuba mempertahankan beberapa keputusan yang dibuatnya semasa 22 tahun pentadbirannya dalam usaha menjawab balik hujah yang beliau tidak sepatutnya mengkritik kesilapan dalam dasar Najib seperti skandal 1MDB.
Dr Mahathir mengakui "saya juga ada kehilangan wang negara" ketika zamannya menerajui pentadbiran negara tetapi ia tidak seteruk berbilion yang hilang di bawah pentadbiran Najib. – 9 April, 2015. - sumber
# Soalan-soalan Mahathir sepenuhnya di sini
Mereka yg menyokong najib membuta tuli adalah sekor binatang yg bodoh. Sbb apa binatang sbb binatang tak ada akal.
ReplyDeletetapi pada masa matde hilang duit tu masa tu dikira banyak la
ReplyDeletememang depa ni suka buat hal
kes bank bumi pun ada yang hilang nyawa
tak bole pakai lagi puak ni
depa buat kecoh tak perasan kita terbeban dengan cukai
PKFZ, Perwaja Steel, Tajudin Ramli dan beberapa lagi yg melibatkan kehilangan jumlah besar wang negara, kenapa Mahathir tidak mahu bertanyakan usaha untuk merungkaikannya? Siapa yg memberi arahan kpd polis untuk membunuh Ibrahim Libya serta yg lain-lain lagi di Memali dulu? Sebenarnya sama shj taraf dua ekor ni mungkin dlm berbeza skala, untuk membuatkan rakyat sibuk berbicara isu nih dan melupakan isu GST yg mencekik rakyat. Tentu akan ada tawar menawar yg mereka rundingi di belakang tabir, apakah masih lagi ada yg tidak kenal semua malaun tersebut?
ReplyDeleteMahathir rasa tanggung jawab anak murid kencing nya dan aniaya 30 juta Rakyat siang malam
ReplyDeleteSenagai Cikgu yang gagal , pasti tak sensng hidup dalam alam kubor pun