Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 9, 2015

Kebarang kalian Mahathir

Kunjungan takziah Dr M semasa pengebumian bapa Anwar cetuskan desas-desus 
6:30PM Apr 08 2015
oleh Jay Tee

KOMEN: Dr Mahathir Mohamad mengenali allahyarham bapa Anwar Ibrahim, yang menyebabkan beliau menziarahinya, tetapi desas-desus telah tercetus bahawa ia bukan hanya dilakukan atas rasa simpati.
Mahathir adalah seorang ahli politik yang licik: setiap langkah, setiap kenyataan, setiap isyarat telah dipertimbangkan nilainya bagi memenuhi matlamat dan tujuannya.
Beliau dianggap sebagai seorang ahli politik yang sentiasa berada dua langkah di hadapan musuhnya, kerana dia melihat jauh ke hadapan untuk mencapai cita-citanya, mengkaji halangan-halangan yang berada di sana, dan melakukan perancangan awal mengenai cara untuk menghapuskan atau mengatasi mereka.
Kekuatan yang menjadikan beliau menggerunkan ialah dia bersedia apabila dan jika keadaan bertukar buruk; dia akan mempunyai penyelesaian untuk kebarangkalian itu.
Sifat yang membantu beliau dalam melakukan pengiraan kebarangkalian dan bagaimana untuk menanganinya, adalah tabiat saintifik menggunakan fakta bagi mencari penyelesaian.
Mahathir menghormati fakta tetapi tidak setia kepadanya. Mungkin kualiti ini berpunca daripada latihan intelektualnya dalam bidang sains.
Beliau adalah perdana menteri pertama Malaysia yang tidak memiliki latar belakang bidang kemanusiaan; tiga perdana menteri sebelum beliau adalah graduan undang-undang, sebuah bidang yang membuatkan pengamalnya menghormati peraturan dan dikekang olehnya.
Untuk Mahathir, peraturan hanya berguna jika ianya membantu dan memberi kelebihan kepada matlamat kita. Apabila ianya tidak membantu, ia dibuang atau diubah untuk disesuaikan.
Beliau mempunyai sikap yang hampir sama terhadap pakatan politik. Beliau menganggap mereka sebagai terikat kepada kepentingan, dan jika kepentingan itu bertukar dan berubah, begitu juga pakatan itu.
Oleh itu, apabila Mahathir menziarahi Ibrahim Abdul Rahman, bapa kepada pemimpin PKR yang dipenjarakan Anwar Ibrahim pada pagi kematiannya pada 5 April, penjelasan mengenai lawatan ini adalah Mahathir telah mengenali Ibrahim dari masa kedua-duanya merupakan ahli Parlimen dalam tahun 1960-an.
Tidak syak lagi, kematian seorang kenalan adalah alasan yang cukup kuat untuk berziarah, tetapi Mahathir telah melakukan banyak kerosakan terhadap peluang anak Ibrahim, sehinggakan satu-satunya sebab yang munasabah bagi ziarah itu adalah pasti nilainya sebagai paparan rasa penyesalan.
Tetapi penyesalan adalah perkataan yang menghina terhadap ahli-ahli politik yang berhati batu; ia berbunyi lembik dan lemah, kualiti-kualiti yang ahli politik veteran itu lihat sebagai tanda-tanda kelemahan.
Kematian Lee Kuan Yew dua minggu sebelumnya sekalipun tidak dapat menyebabkan Mahathir memaparkan sentimen; pada majlis itu, Mahathir mengehadkan dirinya kepada keterangan terus terang mengenai rasa bimbang Lee kepadanya, apabila beliau mengalami serangan jantung pada bulan Januari 1989, dan percubaannya untuk membalasnya.
Oleh itu selepas ziarah Mahathir ke majlis pengebumian Ibrahim, yang ditamatkannya sebelum Anwar tiba dari Penjara Sungai Buloh, kilang-kilang spekulasi mula membincangkan motif Mahathir.
Tidak dapat tidak, ia berkisar mengenai usahanya memaksa Perdana Menteri Najib Razak meletakkan jawatan atas alasan tindakan ekonomi yang bodoh, dan kelemahan politik.
Percubaan ini tidak berjaya kerana Najib telah memanfaatkan kuasanya sebagai penyandang yang telah dikumpulkan di pejabat presiden Umno merangkap Perdana Menteri Malaysia sejak zaman Mahathir, untuk memperkukuhkan cengkamannya ke atas kedudukan itu.
Sekarang Mahathir mungkin memerlukan bantuan daripada pembangkang, yang masih dipimpin oleh Anwar yang dipenjarakan, untuk memaksa Najib meletakkan jawatan.
Mahathir adalah jenis ahli politik yang boleh bertukar daripada musuh ketat, kepada sekutu yang sesuai, apabila keadaan memaksa.
Dan dia mempunyai keberanian untuk membuat pusingan-U ini kelihatan masuk akal dan, apa yang lebih penting, dilakukan demi kepentingan negara.

5 comments:

  1. Sejak Anwar dipenjarakan kali pertama dahulu dan kali kedua ini, agaknya berapa kali TM berhubung dengan Allahyarham bapa Anwar atau menziarahi beliau semasa terlantar sakit? Setiap langkah TM adalah langkah yang calculated. Kenapa baharu sekarang TM membangkitkan kes Sirul? Semasa perbicaraan dulu, TM senyap sunyi.

    ReplyDelete
  2. Mahsthir adalah Bapak Kehancuran Bangsa Malaysia

    Mahathir sedang menyesal teruk sangat

    Mahathir perlu ubah keadaan negara ke tahap lebih baik , jauh dari Rasuah dan Khianat


    Mahathir sedar Anwar Ibrahim saja mampu bawa negara ke arah kemajuan dan professoonal

    Najib sudah hancur bangsa

    Mohideen tidak ada wibawa dan lembab

    Hanya Anwar Ibeahim saja yang ada kekuatan dan karisma tahap antarabangsa


    Anwar Ibrahim ada lah Mandela dan Suk Kyi Malaysia


    Mahathir hanya lah anak kerala yang menipu tuk kaya ber gaya mentedarah harta rakyat yang miskin


    Itu lah legasi Mahathir

    ReplyDelete
  3. jgn mudah terperangkap oleh mamak kutty. anwar mesti hati2. jgn masuk lubang sama 2 kali. klu boleh anwar mesti 'kill 2 birds with one stone'.

    ReplyDelete
  4. Kpd anon yg mengatakan 'Mahathir sedang menyesal teruk sangat' di atas, sedarlah bahawa ayat itu tidak benar sama sekali. Mahathir sedang menyesal??? Dikerat 18 pun aku tetap tidak akan percaya! Apa yg diidamkan oleh Mahathir adalah UMNO terus boleh berkuasa, supaya peluang untuk anaknya mendaki sentiasa terbuka luas, itu shj. Pd masa yg sama segala rahsia busuknya selama dia berkuasa akan terjamin tidak terdedah sampai bila2.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih admin kerana ini merupakan respon kpd komen pertama dan ketiga pd artikel bertarikh Monday, April 6, 2015. Orang yg tidak jujur/ikhlas bukannya dgn mudah saja boleh dipercayai begitu shj lakonannya. Hanya pepat di luar tapi rencong di dlm. Macam dialog yg ditutur bapa Rohani perihal Si Jamil, "Baikkk, baik ada makna tu..."

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa