Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 7, 2015

Aidana Baizieva: Kenalan Pilot dan Polis ambil sampel DNA dari apartmenya

Aidana Baizieva is acquaintance of pilot
BY KALBANA PERIMBANAYAGAM - 7 APRIL 2015 @ 3:58 PM

SEMENYIH: Police strongly believe that the unidentified woman who died in the helicopter crash on Saturday is a 25-year-old acquaintance of the pilot, Aidana Baizieva from Kyrgyzstan.

Selangor police chief Satuk Seri Abu Samah Mat said based on evidence gathered, police had visited her apartment located in Pantai Dalam, Kuala Lumpur and found evidences linking pilot Clifford Fournier and her.

"We found air flight tickets with both their names on it dated Mar 21 to Langkawi for LIMA (Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition) in her apartment.

"Police also gathered evidence for DNA sampling from the apartment," he said speaking to reporters at the scene here today.

Abu Samah said police are in the process of conducting DNA on the samples collected from Aidana's apartment.

Berita dari TRP: Aidana Baizieva rakan juruterbang helikopter, tiada kaitan empat mangsa lain

KAJANG, 7 April: Identiti mangsa keenam yang maut dalam nahas helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) yang statusnya “tidak diketahui” sebelum ini, sudah dikenal pasti dan disahkan polis sebagai rakan kepada juruterbang helikopter yang turut terbunuh dalam nahas itu, Kapten Clifford William Fournier.

Aidana Baizieva, wanita berusia 25 tahun yang berasal dari Kyrgystan itu, dikatakan datang ke Malaysia sejak 2010 untuk menyambung pengajian di Universiti Sunway.

Mangsa kemudiannya bertukar ke Universiti Lim Kok Wing, sebelum sekali lagi bertukar ke Kolej SEGI di ibu negara.

Difahamkan, mangsa berjaya menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pelancongan di kolej berkenaan, pada Oktober tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, berdasarkan keterangan rakan dan siasatan di kediaman mangsa di Pantai Dalam, polis menemui bukti meyakinkan bahawa mangsa adalah kenalan Kapten Clifford dan beberapa kali mengikut juruterbang warga Amerika Syarikat itu melakukan penerbangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lokasi nahas, pada Selasa.

Abdul Samah turut memaklumkan, hasil siasatan polis mendapati, tiada bukti lain yang menunjukkan wanita itu mempunyai hubungan dengan empat mangsa lain yang turut terkorban dalam tragedi berkenaan.

Mangsa lain yang terkorban dalam nahas itu adalah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran; Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias dan Ketua Pegawai Eksekutif SP Baiduri Sdn Bhd, Datuk Tan Huat Seang.

Kesemua mangsa dalam perjalanan menuju ke Subang, Selangor, selepas menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang, sebelum helikopter milik sebuah syarikat swasta yang dinaiki mangsa terhempas di Semenyih, pada petang Sabtu lalu.

4 comments:

  1. kalau tak kenai macam mana nak tumpang naik
    ini yang diajar oleh ugama Islam jangan suka dedah diri kepada keadaan yang boleh mendatangkan fitnah
    dah mati pun orang duk kata
    prima n pemaju prima

    ReplyDelete
  2. KPS jgn melulu buat andaian awek escort ni ada 'projek' dgn kapten... Kalau ya pun kat hotel pun boleh bikin bukan atas heli.

    Cuba KPS siasat kapten ni ada part time biz bapak ayam. Customer adalah org umno...

    Orang awam yg buduh ni pun kena bagi tips cara nk menyiasat betul...

    Malaysia dah jd tempat kapir harbi jadi hero..

    Customer adalah umno jugak..

    ReplyDelete
  3. Boleh ker kenalan dlm pesawat.???jd driver krete yg disewa pon pelanggan x akn bg org lain tumpang.ni heli yg bwk vvip.bole main tumpang2 lak.pelik lak aku.hentam la labu.yv pasti org lupa pasal jet rosmah POTA gst haper2 laaaa

    ReplyDelete
  4. qoluinnalillahi wainnailaihi rojiun kepada roh mangsa yang beragama islam..kejadian tempohari adalah kada dan kadar dari Allah saw..sebagai umat islam kita harus melihat ianya adalan ketentuan dari Allah saw..sekurangnya hendaklah kita menghadiahkan alfatihah dan doa sekurang kurang allahummaghfirlahu warhamhu waafihiwaqfuanhu kepada yang beragama islam..elakkan dari membuat andaian yang yang belum tentu kesahihannya..yang akan menambah dosa kita dan tiada lagi peluang untuk memohon maaf dengan simati..yang jelas mereka yang beragama islam telah menjalankan tuntutan islam iaitu memenuhi jemputan sahabat menghadiri majlis dan mengeratkan silaturrahim hingga keakhir hayat..ya Allah ya tuhanku ampunkan segala dosa saudara islamku ini..himpunkan mereka dikalangan para solihin..amin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa