Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, April 5, 2015

Siapa yang terdesak dan berbohong : Sirul atau KPN Khalid?

Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar patut berasa malu apabila Sirul Azhar Umar sendiri telah menalipon Malaysiakini untuk menafikan dakwaan KPN yang kononnya telah menghantar orangnya menyoalsiasatnya di Australia.

Sebaliknya Khalid telah menafikan dakwaan Sirul itu malah menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar Sirul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan semuanya.

Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu kenyataan malam ini, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu, sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan itu.Baca lagi di sini 


Siapa yang terdesak sebenarnya? 

Bukankah KPN sendiri yang begitu terdesak untuk menangkis pertanyaan Mahathir, "Siapa yang memberi arahan supaya Altantuya Shaariibuu dibunuh?"   

KPN cuba melindungi dan mempertahankan 'Tok Dalang' episod pembunuhan kejam wanita Monggolia tersebut dengan mengatakan bahawa polis telah menemui Sirul di Australia. 

Wahai KPN, Sirul sudah selamat berada di Australia, suatu negara yang menentang keras hukuman mati.  Sehinggakan Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood mengatakan usaha membawa pulang Sirul sangat sukar dan amat mustahil. 

Dia tidak terdesak. Tetapi Tok Dalang episode pembunuhan yang masih bebas itulah yang kini terdesak kerana Sirul mampu merungkai misteri 'Motif Bunuh Guna Bom C4' yang Mahkamah sendiri tidak mampu lakukan.

Sirul ketika di kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor telah mengeluarkan kata-kata:  “Saya menjadi kambing hitam yang harus dikorbankan” 

Kita semua tentunya mahu tahu mengapa dan kenapa beliau mengatakan dirinya menjadi “kambing hitam” ketika berlangsung perbicaraan ke atas dirinya dan Azilah

Kita semua mahu tahu bagaimana beliau dan rakannya Azilah Azhari menerima arahan membunuh Altantuya Shaariibuu. 

Kes pembunuhan berprofil inggi ini cukup sarat elemen drama seperti rasuah, seks, penyelewengan, pembunuhan dan penganiayaan.

Sehingga kini kita masih mencari jawapan kepada beberapa persoalan : 

Komisen pembelian kapal selam. 

Kenapa rekod Imigresen Altantuya Shaariibuu dipadam

Kenapa mahu dirahsiakan sangat anak kandungan Altantuya pada ketika itu sehingga menggunakan bom C4? 

Bagaimana kelulusan pengunaan bom C4 diperolehi sedangkan ia perlu diluluskan di peringkat tertinggi.

Prosiding mahkamah mengatakan motif tidak penting sedangkan dua polis elit UTK ini sama sekali ada motif untuk membunuh. 

Boleh dikatakan semua kes bunuh di Malaysia ada motif, kes Mona Fendy pun ada motif, Cuma kes bunuh Altantuya Shaariibuu tidak perlu motif? Hebat…..  


Pada tahun 2006, Altantuya telah ditembak mati dan diletupkan dengan bahan letupan tentera selepas kononnya untuk menuntut potongan komisen dalam urus niaga kapal selam.  

Najib, yang juga Menteri Pertahanan pada masa itu, menafikan pernah bertemu Altantuya.

Razak Baginda yang merupakan penganalisis politik dan pembantu rapat Najib Abdul Razak ketika itu, telah turut didakwa bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi telah dibersihkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2008.

~ sumber Malaysiakini dan Berita Semasa via alhusseyn51

2 comments:

  1. Yang arif pandai menyembunyikan fakta dgn mengatakan motif pembunuhan tidak penting, hanya untuk melindungi orang tertentu drp dibicarakan, apakah itu tidak cukup arif?

    ReplyDelete
  2. Ketua Tweeter tak boleh buat kerja nampak gaya nya

    Kena tukar orang lain macam ini

    Sirul nak selamat nyawa nya

    Ketua Tweeter nak jaga gaji nya


    1 Mat Dah Bahalol senyum saya tengok Rakyat papa kedana

    Yang dah KIOK sibuk nak rasuah orang orang Kubor

    Malaysia Boleh !!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa