Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Sirul berkata pembunuh sebenar Altantuya masih bebas

Mungkin dia merepek kerana dah nampak Tali Gantung di hadapannya kot?
Pada aku, kalau dah dia mengaku dia yang tembak......siapa lagi pembunuhnya?

Cuma yang peliknya sehingga sekarang, tidak didedahkan pun siapa yang arah, kalau benar dia buat mengikut arahanlahkan.......ini pastinya bohong atau rela nak mati kerana orang lainlah yang tetap disembunyikan namanya itu

Kalau ikutkan kes Mona Fendi, semuanya kena.......pembunuh dan yang mengarahkan bunuh
Nak dikirakan Juraimi (sipembunuh) pun juga tiada motif
Walau apa pun soal dan alasannya kes Sirul ni dah dimuktamadkan oleh Mahkamah Persekutuan......talian hayat terakhir

Semua dakwaan Sirul Azhar sudah disiasat - KPN
Hilal Azmi,Astro Awani |Kemas kini:April 03, 2015
(Diterbitkan pada: April 03, 2015 21:26 MYT)

Semua dakwaan Sirul Azhar sudah disiasat - KPN
KHALID: Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan. - Gambar Fail
SEPANG: Pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap semua dakwaan baharu yang dibangkitkan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan merumuskan tidak mempunyai apa-apa asas untuk meneruskan siasatan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu tulisan di blognya yang mahu kenyataan Sirul sebelum ini bahawa beliau mengikut arahan untuk melakukan pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, disiasat.

Sirul juga berkata pembunuh sebenar Altantuya masih bebas.

Khalid memaklumkan pihak polis telah mengadakan pertemuan dengan Sirul yang berada dalam tahanan pihak berkuasa Australia untuk diambil keterangan berhubung semua dakwaan yang dibuatnya itu.

"Sebenarnya kami telah pun menjalankan siasatan terhadap apa jua kenyataan yang dibangkitkan Sirul Azhar...mungkin, dan sudah tentu Tun (Dr Mahathir) tidak tahu apa tindakan dan siasatan yang kami jalankan.

"Semua dakwaan termasuk yang baharu, telah kami jalankan siasatan dan selepas meneliti hasil siasatan, kami berpendapat tidak ada apa-apa perlu kami buat untuk meneruskan siasatan," katanya.

Beliau turut menambah, perkara yang dibangkitkan oleh Sirul itu telah meliputi perkara yang diketahui polis sebelum ini.

Khalid juga berpendirian bahawa kritikan bekas Perdana Menteri menerusi blognya chedet.cc itu tidak melanggar Akta Hasutan.

Khalid ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bas daripada AirAsia kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Sirul, 43, yang sebelum ini dijatuhi hukuman mati setelah didapati bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, Australia selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari berikutan amaran merah dikeluarkan Polis Antarabangsa, Interpol.

7 comments:

  1. PDRM dah pegi interview Sirul di Australia...bior betul Yeop KPN. Kenapa bila balik kou diamkan jer pertemuan itu tidak diwar-warkan di TV 3 1/4 dan lain-lain channel selama 7 hari 7 malam, bahawa kenyataan Sirul tidak benar dan Najib adalah suci murni putih bersih seperti kanak-kanak yang baru lahir. Siapa cakap kotor lagi pasal Najib sontot Tuya akan ditangkap dan didakwa di bawah berbagai-bagai akta yang ada sekarang termasuk akta pindaan menggunakan bahan letupan C4.

    Juga KPN sepatutnya memberitahu rakyat malaysia berapa jumlah tawar menawar yang dibuat supaya Sirul mengikut jejak langkah mendiang P. balasubramaniam menarik balik segala kata-kata kurang indah bahawa beliau membunuh Altantuya di atas arahan pihak berkuasa.

    Orang orang yang mempercayai kenyataan KPN ini adalah tergolong di dalam golongan mereka yang percaya bahawa BABI BOLEH TERBANG, Rosmah Mansor tidak obese dan Din Ayam menantu Haji Hadi adalah ulamak maksum.

    Takkan nak charge saya dibawah akta hasutan pulak kut...ini adalah cuma perbincangan terbuka dan isu ini sedang diperkatakan di seluruh pelusuk tanah air dari kedai kopi di kampung Felda Sungai Tiang, Pendang Kedah hinggalah di cafeteria Alamanda, Putrajaya, tidak terkecuali di tingkat atas Perdana Leadership Foundation. Takkan nak tangkap semua kut....

    ReplyDelete
  2. Yang belum disiasat atau belum didedahkan hasil siasatan ialah bagaimana Sirul boleh terlepas ke Australia dan siapa yang membiayai perjalanan serta sara hidup sepanjang di Australia sebelum ditangkap imigresen Australia. PDRM tak mahu siasat ke?

    ReplyDelete
  3. sembang kuat la hangpa ni ...
    pi la ganti Ghani Setahil tu

    ReplyDelete
  4. Permainan wayang paling hebat pada zaman ni...

    ReplyDelete
  5. Há varias opções para como ganhar dinheiro nas redes sociais!

    ReplyDelete
  6. Pretty nice post. I just stumbled upon your blog
    and wished to say that I have truly enjoyed browsing your blog posts.

    After all I will be subscribing to your rss feed and I hope you write again very soon!

    ReplyDelete
  7. Hmm is anyone else encountering problems with the images
    on this blog loading? I'm trying to find out if its a problem on my end or if
    it's the blog. Any responses would be greatly appreciated.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa