Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Amanat Nik Aziz: Ini penafian Nik Amar

Kalau tidak betul, aku harap Nik Amar tuntut maaf atau saman akhbar itu untuk membersihkan lidah!

Amar nafi laporan akhbar berhubung amanat Nik Aziz
Published: 3 April 2015 9:46 PM
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan berkata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggalkan pesanan supaya berbaik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan melalui Facebook miliknya. – Gambar Facebook, 3 April, 2015.

Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menafikan kenyataannya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini, berhubung amanat terakhir Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dikaitkan dengan isu hudud di Kelantan.
Timbalan menteri besar Kelantan itu menafikan berkata yang Nik Aziz meninggalkan pesanan mengingatkan ahli PAS supaya mewujudkan hubungan baik dengan Umno bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.
Beliau membuat penafian tersebut melalui media sosial, mengatakan laporan itu "tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah."
"Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan 'amanah Tok Guru Nik Aziz'.
"Dukacita dimaklumkan laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah," katanya dalam satu posting di laman Facebook miliknya petang tadi.
Justeru, beliau menyarankan pembaca mendapatkan maklumat yang tepat dan benar dengan merujuk ucapan penuhnya yang terlebih dahulu dirakam oleh pihak penganjur.
Beliau dipercayai merujuk ucapannya dalam satu majlis ceramah penjelasan isu hudud yang diadakan pada 1 April jam 9 malam di Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan.
Lapor Berita Harian hari ini memetik kenyataan Amar yang selain mendedahkan apa yang dikatakan amanat mursyidul am PAS itu, beliau juga dilaporkan mengingatkan ahli PAS agar tidak mengkritik Umno kerana parti Melayu itu merupakan pihak yang perlu berurusan bagi membolehkan hasrat kerajaan negeri tercapai.
“Hari ini, saya membuka rahsia dan menceritakan amanat Allahyarham kerana timbul isu yang dibangkitkan ahli PAS dengan mendakwa PAS sudah masuk perangkap Umno kerana kita mengadakan perbincangan bersama mengenai hudud.
"Kenapa isu ini perlu dibangkitkan kerana hubungan antara PAS dengan kerajaan persekutuan sudah lama terjalin. Malah, sepanjang pemerintahan Allahyarham Nik Aziz juga, hubungan itu sudah terjalin.
“Perlu ingat, Umno mempunyai kunci besar dalam kerajaan. Jadi, tidak perlu pertikaikan isu hubungan baik PAS dengan kerajaan persekutuan, sebaliknya beri keyakinan kepada pimpinan PAS, kerana apa yang kita mahu lakukan ini untuk kebaikan rakyat,” beliau dipetik berkata akhbar itu.
Kerajaan negeri Kelantan bulan lalu meluluskan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (2015) yang mendapat sokongan sebulat suara semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) termasuk daripada Umno dan PKR.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan kerajaan negeri Kelantan melaksanakan peraturan syariah itu. – 3 April, 2015.

2 comments:

  1. Sifat munafik yang nyata ada kepada setiap geng-UG ini adalah cakap selalu U-turn dan fakta selalu flip-flop. Heran juga kita kerana semakin bergelar ustaz atau ulama' maka semakin galak mereka mempermainkan amanah dan tanggung jawab agama Allah SWT. Adakah mereka ini tak pernah takut akan azab Allah SWT? Atau adakah mereka ini tak pernah percaya janji Allah SWT kerana mereka ini hanya "broker" yang hanya isi perut dengan hanya menjual nama "Islam" aje?

    ReplyDelete
  2. Ini baru layak dipanggil 'Lidah Biawak!'

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa