Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Kita tengok siapa yang lebih licik!

Jasa atur strategi 'serang', tangkis persepsi negatif termasuk pandangan Tun M

Tan Su LinAstro Awani |Kemas kini: April 03, 2015
(Diterbitkan pada: April 03, 2015 16:05 MYT)

Jasa atur strategi 'serang', tangkis persepsi negatif termasuk pandangan Tun M
PUAD: adalah tugas Jasa mengurus persepsi masyarakat terhadap kerajaan kerana dibimbangi sekiranya tidak ditangani,ia mampu menjejaskan kedudukan kerajaan. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengatur strategi bagi menangkis segala dakwaan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi media sosial.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata pendekatan 'serang' menggunakan media sosial itu bukan hanya untuk memperbetulkan persepsi masyarakat, malah diharap juga akan membongkarkan kelemahan pihak yang cuba memburuk-burukkan kerajaan.

Beliau diminta mengulas mengenai catatan terbaharu Tun Dr Mahathir yang meliputi pelbagai isu berkaitan pentadbiran kerajaan di dalam laman blognya, chedet.cc. yang dimuat naik pada Khamis.

"Kita tahu kenyataan Tun M dalam blog beliau yang terbaru ini sudah menjadi viral dan kita anggap ia (pandangan) adalah terlalu negatif, jadi Jasa akan berdepan dengan perkara seperti ini dan bukan bersikap defensif tetapi 'serang' (menerusi media sosial)," kata Mohd Puad yang ditemui pemberita selepas seminar Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berhubung pengenalan SPA dan perkhidmatan awam kepada Jasa di ibu negara pada Jumaat.

Jelasnya, adalah tugas Jasa mengurus persepsi masyarakat terhadap kerajaan kerana dibimbangi sekiranya tidak ditangani, ia mampu menjejaskan kedudukan kerajaan.

"Ada kerajaan terdahulu yang pernah kalah dalam pilihan raya akibat media sosial. Ini telah berlaku di negara lain, jadi kita tidak hendak media sosial ini digunakan untuk terus memfitnah kerajaan yang ada," katanya.

Dalam catatan blog berkenaan, Tun Mahathir antara lain menyentuh tentang isu kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 1MDB, pembelian jet kerajaan dan kes Koperal Sirul Azhar Umar yang didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Kenapa beliau (Tun Dr Mahathir) hendak membangkitkan isu Sirul yang sudah diputuskan mahkamah? Bagi saya, ini tidak wajar, seolah-olah beliau ingin mengatakan bahawa beliau mempunyai bukti baharu. Tetapi pada saya, beliau hanya ingin mengaitkannya dengan Perdana Menteri.

"Jadi Jasa mempunyai tugas mengurus persepsi negatif seperti ini," katanya lagi.



1 comment:

  1. Mahathir sebenarnya memegang banyak rahsia pemimpin2 dan dgn rahsia yg dipegangnya itulah digunakan untuk mengancam atau tawar menawar bagi memenuhi kehendak peribadinya. Adakah sesiapa yg tahu mengapa Pak Lah boleh menyerahkan tiga blok telaga minyak kpd Brunei? Dulu semua ADUN UMNO Kedah menolak Sanusi Junid dilantik sebagai MB Kedah menggantikan Othman Arof, sebaik shj dipanggil oleh mamak pedukang ini habis semuanya kecut telur lalu akur. Tentu ada file rahsia dlm simpanan mamak pedukang ini. Hanya Anwar shj mamak pedukang tidak ada file keburukannya, maka diciptanya pula fitnah keji yg langsung tak masuk akal, kecuali pd hakim2 yg bacul itu. Rahsia hakim2 pun dipegangnya juga, correct correct correct. Persoalannya sekarang, siapakah yg memberi idea supaya Sirul lari ke Australia? Siapakah yg menanggung sara hidup Sirul selama berada di Australia? Ketika pembantaian di Memali, mamak pedukang ini dikatakan pergi ke China, betulkah begitu? Musa Hitam juga diancamnya begitu juga Ghafar Baba dan terkini ketika kenduri anak Najib bernikah, mamak pedukang ini ke Jepun untuk merawat mata. Ini semuanya adalah auta keling kerala, ada fahammm? UMNO sememangnya busuk sampai ke usus!!!

    ps: Ini merupakan tulisan melayu yg bukan pelupa dan tiada unsur membela Najib, semua mereka adalah sama kategori haprak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa