Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Jenis Mak mengong!

CCTV rakam detik akhir kanak-kanak jatuh
 | April 4, 2015
Dalam rakaman berdurasi seminit itu, kelihatan seorang wanita yang berada berhampiran sambil asyik menggunakan telefon bimbit.
jatuh
PETALING JAYA: Detik-detik akhir seorang kanak-kanak enam sebelum terjatuh di sebuah kompleks membeli belah di ibu negara berjaya dirakam litar kamera tertutup (CCTV).
Dalam kejadian pada jam 3.04 petang Jumaat, mangsa kelihatan bermain di eskalator kemudian terjatuh dari tingkat dua.
Dalam rakaman berdurasi seminit itu, kelihatan seorang wanita yang berada berhampiran sambil asyik menggunakan telefon bimbit.
Ketika itu kelihatan mangsa asyik bermain dengan seorang lagi yang hampir sebaya dengannya.
Kanak-kanak malang berkenaan, Nurhayada Sofia Musa dikatakan datang ke Kenanga Wholesale City Mall dengan ditemani ibu bapanya.
Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Rakaman di sini:
Visual dari CCTV kanak2 yang terjatuh dari tingkat 2 kompleks Kenanga siang tadi. Kita boleh lihat yang bermain di celah2 tangga seperti itu adalah sangat berbahaya. Justeru itu ibu bapa mohon ambil perhatian..Kiriman: Ahmad Mustaqim Ahmad Fuad
Posted by Siakap Keli on Friday, April 3, 2015

1 comment:

  1. Sama-samalah kita lihat sama ada pihak berkuasa akan terus berdiam diri tanpa ada membuat arahan mengkaji penambahbaikan struktur perlindungan, dalam hal melibatkan keselamatan orang awam seumpama ini. Jikalau ada arahan baru dikeluarkan supaya satu bentuk hadangan yg boleh mengelak kejadian ini dari berulang di pasaraya ini dan juga bangunan2 yg lainnya, maka percayalah pihak yg perlu dipersalahkan adalah pihak berkuasa tersebut kerana selama ini telah mengambil mudah terhadap risiko bahaya kpd orang awam. Cubalah kita bayangkan situasi dimana ibu tersebut bukan sedang menggunakan handphonenya tetapi sedang pening akibat GST memicit-micit kepalanya sambil memejam mata sebentar dan anak2 di luar kawalan ketika itu, apakah ibu itu perlu dipersalahkan sebagai cuai? Satu lagi cubalah bayangkan juga, jika itulah kali pertama mereka pergi membeli belah di pasaraya yg disediakan eskalator, manakah mungkin boleh terlintas difikiran ibu itu pd risiko bahayanya?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa