MH370: Penduduk Maldives dakwa penyiasat tak endah pengamatan mereka
OLEH MIRROR - 04 APR 2015
Penduduk sebuah pulau kecil di Lautan Hindi percaya mereka boleh membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 milik Malaysian Airlines (MAS).
Bagaimanapun, penduduk Pulau Kudahuvadhoo di Maldives berkata, sebuah pesawat penumpang yang dilihat terbang rendah oleh penduduk pulau itu pada hari kehilangan kehilangan pesawat MAS telah tidak diendahkan penyiasat.
Saksi di pulau yang mempunyai penduduk seramai 3,500 orang itu berkata, mereka melihat sebuah pesawat dengan jalur bewarna merah dan biru, sama seperti pesawat Boeing, B777 malang itu, terbang pada ketinggian yang rendah melintasi pulau tersebut pada 8 Mac tahun lalu, sesuatu yang tidak biasa berlaku.
Cerita mereka berbeza daripada pengiraan pakar penerbangan yang menganggarkan lengkung zon kemalangan adalah kira-kira 1,800 kilometer selatan Perth.
Bagaimanapun, para penyiasat masih tidak menolak getaran yang diukur pada masa jangkaan kemalangan berlaku adalah di sekitar Maldives, 470 batu (756 kilometer) di barat daya Sri Lanka.
Nelayan tempatan, Abdu Rasheed Ibrahim, 47 memberitahu The Australian: "Saya melihat sebuah pesawat besar menyeget sedikit dan saya melihat warnanya, jalur merah dan biru, di bawah tingkap, kemudian saya terdengan bunyi yang kuat,".
"Ia adalah luar biasa, sangat luar biasa. Ia besar dan terbang rendah.
"Saya telah melihat gambar-gambar pesawat yang hilang ini, saya percaya saya melihat pesawat itu. Pada masa ia hilang, saya berpendapat mereka yang mencarinya perlu datang ke sini,".
Pelajar, Humaam Dhomamk, 16 menambah, beliau juga melihat jalur merah dan biru ketika mendongak melihat pesawat yang terbang pada ketinggian rendah dari bilik darjahnya.
Beliau berkata: "Saya melihat sedikit warna biru dan merah pada bahagian tepi. Saya terdengar bunyi yang kuat selepas ia melintas. Saya juga memberitahu polis mengenainya.
Gesaan itu dilakukan hanya beberapa hari selepas Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss membayangkan pencarian pesawat yang hilang itu mungkin diberhentikan dalam beberapa minggu lagi.
Ia mungkin dilakukan pada mesyuarat menteri-menteri dari China, Australia dan Malaysia bertemu di Kuala Lumpur dalam tempoh dua minggu lagi bagi membincangkan masa depan misi pencarian pesawat terbabit.
Para penyiasat telah mencari di kawasan berkeluasan 60,000 kilometer persegi di Lautan Hindi dalam jangka masa tujuh bulan, 1,800 kilometer dari pantai barat Australia.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa