Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Kritikan dari lidah manusia yang anti Hudud dari dulu dan mungkin selamanya!

Entah dia dah baca atau belum draf Hudud tu macam aku juga!

Hudud PAS tidak Islamik hanya politik, kata Dr Mahathir
OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 4 April 2015 11:49 AM
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa forum ‘What Youth Should Know’ di MAGIC, Cyberjaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 April, 2015. 

Hudud dicadangkan PAS tidaklah Islamik, dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Kelantan yang mengundinya tidak sedar pun apa yang sedang mereka sokong, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu berkata, hukum hudud PAS tidak adil kerana ia mewujudkan 2 set undang-undang Islam dan bukan Islam, dan merangkumi hukuman rejam sampai mati, yang tidak disebut di dalam Al-Quran.
Beliau menambah tujuan PAS melaksanakan hudud bukannya untuk menegakkan syiar Islam, tetapi untuk tujuan politik dan memenangi pilihan raya.
“Hudud yang dicadangkan PAS bukan hudud Islam. Itu hudud PAS.
“Adun Umno Kelantan tidak tahu pun apa yang mereka sokong sebenarnya,” kata Dr Mahathir pada sebuah forum di Cyberjaya hari ini. – 4 April, 2015.

3 comments:

  1. Hudud PAS memang politikal

    Kalau tak ada habuan dunia , PAS tak akan kejar hudud pun

    ReplyDelete
  2. hudud omno yang betui punya mana?
    tak kan sampai la satu pun tarak

    hukum rejam takda dalam Quran hukum denda bayar tunai bagi orang zina ada dalam Quran?

    apabila manusia mengadakan tandingan bagi Allah buruk padanhya

    sebagai orang Islam patutnya cari jalan bagi sokongan dimana perlu bukan cari jalan nak halang

    ReplyDelete
  3. Sebagai seorang Islam juga kita jangan terlalu bodoh dan mengikut sahaja apa yang title "ulama'" suapkan kat mulut dan telinga kita. Memang kalau mengikut hudud, hukuman ke atas orang Islam dan bukan islam adalah sama sahaja (jangan mengikut membabi buta yang pendapat mengasingkan hukuman kepada yang bukan Islam). Buat rujukan sikit kerana geng mengaku Ulama tidak akan membaca habis ayat-ayat Al-Furqan atau hadis Rasulullah SAW sekalipun demi menegakkan benang basah atau "matlamat menghalalkan cara". Nak diterangkan atau dihuraikan dalil dan nas-nas? Rajinlah membuat rujukan dan membaca dan jangan hanya rajin mendengar ceramah "Tin Milo" PAS sahaja. Sekian












    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa