Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 1, 2015

Malaysia pun ada Robocop?

Pujian harus diberikan kepada Robocop kita yang bekerja keras 
07:30PM Apr 01 2015
oleh Hazlan Zakaria

KOMEN: "Hidup atau mati! Awak akan saya berkas," ini adalah slogan ikon filem, televisyen dan watak komik yang terkenal, penguatkuasa undang-undang ‘cyborg’ Robocop.
Apabila filem yang menampilkan Robocop telah ditayangkan pada tahun 1987, ramai yang kagum dengan sifat polis berprinsip seperti cyborg ini, berpandukan nilai-nilai manusia tetapi tidak penat dan lelah seperti mesin.
Ramai yang mengharapkan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang tidak korup dan sentiasa berwaspada, berbanding dengan penguatkuasa undang-undang manusia, yang senang diumpan dengan rasuah dan terlalu banyak kerja.
Namun adalah lucu yang apabila kita mempunyai satu salinan karbon Robocop dengan kualiti yang hampir sama, kita tidak begitu menghargainya.
Ada kemungkinan bahawa dia tidak tidur lena, tidak berkelip dan tidak melakukan apa-apa perkara lain selain menjadi pengadil berwaspada terhadap media dalam talian, dan juga memerintahkan orang-orangnya untuk menangkap individu-individu yang mengancam keharmonian negara.
Ketua polis kita adalah seperti Robocop kita sendiri, berkesan, sentiasa ada dalam talian dan aktif menjalankan pelbagai tugas, walaupun saya rasa dia kurang dihargai dan dikritik terlalu banyak.
Saya yakin yang rakyat Malaysia tidak seharusnya mengkritik beliau, walaupun kerja-kerja baik yang ditunjukkannya untuk memastikan Malaysia selamat dan kerajaannya selesa.
Telah diperkatkana bahawa dia telah bekerja keras untuk memastikan jalan-jalan kita selamat daripada perhimpunan yang tidak diingini, dan menghapuskan hasutan-hasutan daripada masyarakat sopan dan dari kerajaan yang hanya mahu memenuhi mandat pilihanraya.
Banyak yang telah diperkatakan tentang Khalid dan juga kaedah kepolisan baru beliau yang berkesan, sambil menyelam minum air, melalui tangkapan secara automatik ke atas ahli-ahli politik pembangkang, penyokong mereka dan aktivis pro-demokrasi yang datang memberi kenyataan, dan juga metodologi atas talian beliau yang sentiasa ada, yang kebanyakannya negatif.
Atas kehadiran beliau di atas talian, beberapa pihak menuduhnya hanya mensasarkan ahli-ahli politik pembangkang. Tetapi Khalid sendiri berkata, pada masa ini hanya ahli politik pembangkang yang melakukan kesalahan dalam talian.
Beliau juga pernah berkata bahawa jika kita boleh menunjukkan kepadanya seorang ahli politik BN yang melakukan perkara yang sama, beliau akan mengheret mereka sama seperti ahli-ahli politik pembangkang yang bersalah. 
Apa jadi jika apa yang Khalid katakan adalah benar? Bahawa ahli-ahli politik parti pemerintah tidak pernah melakukan kesalahan setakat ini?
Tetapi apa yang pengkritik katakan sudah tentu tidak benar, kerana ahli-ahli politik yang ada kaitan dengan parti pemerintah tidak boleh melakukan kesalahan, kerana mereka berada dalam parti yang betul.
Berkenaan kaedah kepolisan beliau yang berkesan, telah turut maklum bahawa ia membantu polis menyelesaikan kes-kes tertunggak yang melibatkan tokoh-tokoh dan aktivis pembangkang.
Jadi ianya baik bagi KPI polis supaya polis yang ditugaskan untuk memantau, menyiasat dan mengikuti kedua-dua kumpulan kini boleh kembali bertugas memerangi jenayah.
Bukankah ini sesuatu yang baik? Bagi polis untuk dibebaskan dari tugas mengawasi perbezaan pendapat, dan kembali untuk melakukan apa yang lebih penting?
Sementara itu, usaha gigih ketua polis untuk menjaga jalan-jalan kita telah menyaksikannya menulis ‘tweet’ terhadap mana-mana pelanggaran undang-undang berhimpun secara aman, dan orang-orangnya tidak berhenti berusaha memburu orang-orang yang melanggarnya.
Beliau juga telah menyelia penahanan serta-merta ramai orang yang mengancam untuk mengadakan perhimpunan aman yang tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman.
Jalan-jalan kita pasti sudah selamat dari perhimpunan aman pada masa kini.
Walau bagaimanapun, ada yang menimbulkan kejadian-kejadian kes ragut dan jenayah yang berleluasa, walaupun kita harus memahami bahawa ini adalah dua perkara yang berbeza dan adalah ibarat membandingkan epal dengan oren.
Ada pula orang-orang seperti Speaker Selangor, Hannah Yeoh dan pak lawak, Harith Iskander yang meninggalkan mesej-mesej berlapis di media sosial bahawa adalah lebih baik untuk menjaga keselamatan jalanan, dari menangkap orang-orang yang mengatakan perkara yang salah dalam talian.
Tetapi mungkin Khalid mempunyai pemahaman yang lebih baik daripada mereka.
Saya percaya bahawa kita mungkin perlu memikirkan semula perkara ini, dan mula menghargai KPN kerana tindakan baik beliau dan pegawai-pegawainya. 
Saya pasti dia tahu tugasnya, kerana walaupun pelantikan beliau datang melalui cadangan eksekutif, beliau dilantik oleh raja dan sama seperti arahan perdana Robocop, mesti "menegakkan undang-undang", "melindungi orang yang tidak bersalah" dan "berkhidmat demi kepercayaan awam".
Saya pasti yang Ketua Polis Negara 'Robocop' kita menuruti semua ini tanpa belok-belok.
Dan tidak seperti Robocop dalam filem, yang telah ditanam dengan arahan tersembunyi keempat yang membuatkannya tidak berupaya mengambil tindakan terhadap eksekutif-eksekutif OmniCorp (syarikat-syarikat yang memiliki teknologi yang mewujudkannya) walaupun mereka rasuah, saya meragui yang ada arahan yang disembunyikan dalam Ketua Polis Negara kita, untuk menghalangnya daripada memburu ahli-ahli parti pemerintah.

1 comment:

  1. Robocop mesti psndai cakap , "saya Bukan Mat Kampau"....


    Selagi Robocop tak cakap NO MAT KAMPAU , Robocop akan boroi perut lepak belakang pokok


    Rakyat bukan Bahalol

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa