Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 2, 2015

Mamat ni lupa atau tak tahu: Tahun 1990 bangkit sendiri atau bertongkat?

Atau saja nak cakap besar?
Atau juga jenis lupa budi orang lain?

PAS mampu berjuang sendiri, kata timbalan menteri besar Kelantan
Published: 1 April 2015 10:21 PM
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata DAP dan PKR perlu belajar bertolak ansur serta menghormati dasar parti rakan dalam Pakatan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 April, 2015. 

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada pakatan pembangkang.
Amar yang juga anggota Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata PAS pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada Barisan Nasional, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan pada pilihan raya umum ke-8 pada 1990.
"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah.
"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita nak berbangga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di Kota Baru, hari ini.
Beliau mengulas krisis pakatan pembangkang kini berikutan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Ini disusuli tindakan drastik DAP Sarawak yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu minggu lepas atas alasan sama, manakala PKR dan DAP Sabah turut mengumumkan keputusan sama, kelmarin.
Amar berkata DAP dan PKR perlu belajar bertolak ansur serta menghormati dasar parti rakan dalam pakatan itu.
"Sebagaimana PAS bertolak ansur dalam isu PBT (pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang), maka kita harap DAP pun bertolak ansurlah.
"Menyerang Presiden PAS ini sikap tidak bijaksana dalam hubungan, kita tak serang peribadi dan tidak serang pimpinan DAP," katanya. – Bernama, 1 April, 2015. - sumber

16 comments:

  1. Umum dah tahu dan kenal sangat dengan PAS, sikap keras dengan perjuangan yang tidak mudah tunduk dengan desakan dan halangan demi memartabatkan Islam. Itulah PAS, nak kata apa lagi?

    ReplyDelete
  2. Betul tu..aku harap tuan presiden jgn arah kn ahli bantu prk pmtg pauh...sebagaimana tuan presiden arah kn bantu di kajang...jika belaku lg..g.bye pas..biar umno yg menang..dr pkr yg tk tau kenang budi...pi mampos pkr n dap

    ReplyDelete
  3. persetankan dengan puak puak yang tidak mau hukum Allah
    mau tak mau pasti mati
    akan jumpa dihari pengadilan yang
    sungguh menakutkan semua manusia
    sama sama menanti

    ReplyDelete
  4. Nik amar ni tk brapa cerdik. Heran dilantik jd tmb. Ulama ke dia ni?

    ReplyDelete
  5. Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya,
    dengan memalingkan lambungnya untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah. Ia mendapat kehinaan di dunia dan di hari kiamat Kami merasakan kepadanya azab neraka yang membakar.

    jemaah yang nak tegak apa yang diperintah oleh Allah tak ramai
    bersabar walau dicabar

    ReplyDelete
  6. psssttt admin
    ente syudah join sama itu UG ka?...apasal ente kasi lulus sama itu jebon2 barua punya komen saja....hehe...

    ReplyDelete
  7. Sedih lah ada pemimpin macam ini

    Kepala sendiri sudah hantuk ke dinding , kata dinding hantuk kepala nya


    Macam mana boleh jadi orang entah

    Elok saja belajar masok tadika tahun 5 pun elok

    Apa nak jadi dengan PAS ini ?????

    ReplyDelete
  8. otoote

    Ha....saja saya publishkan sebab memang saya akan publish segala komen yang tidak mudarat.

    Cuma...hang perasan tak? Article berkaitan apa dan dia komen apa?

    Hahaa....kan terserlah bijaknya?

    ReplyDelete
  9. Bhai MountDweller...

    Hahaha... pada 1990 ... mamat nih dah aktif dalam parti ker?? Hahaha ... atau baru balik dari ngaji???

    Hahaha

    ReplyDelete
  10. Perasan dan syiok sendiri. Mempergunakan islam untuk perjuangan dunia adalah satu dosa ke atas umat islam sejagat. Sepanjang berjuang atas nama islam, agak-agaknya dah berapa orang bukan yang berjaya diislamkan? ribu, puluh ribu? Kalau puluh ribu sikit, mungkin juta? Umumnya islam di Malaysia akan dirujuk kepada melayu dan umum melihat pas hanyalah parti alternatif melayu selain daripada umno. Anak orang umno berdating tak kenal batasan, anak orang pas pun ada yang terlanjur. Ada orang umno yang minum beer, orang pas pun ada yang tikam nombor ekor. Ada orang umno yang mencerca dan memaki hamun orang(orang bawahan, bukan atasan)atasan, orang pas pun ada yang mencela dan mencaci sesama sesama manusia(tak tahulah kalau-kalau diri kita terlalu mulia seolah-olah kunci syurga kita yang pegang, hinggakan mencela dan mencaci tidak menjadi kesalahan dan menjadi hak kita untuk melakukannya, wallahu a'lam). Jgn perasanlah wooi,tiada beza melayu pas dengan umno. Apa yang pasti, rekod umno dalam pembinaan telah ada. Baik dan buruknya memang ada, pas harus menanti, rapatkan saf jemaah, tekadkan hati, kukuhkan iman, baiki pekerti. Biar keindahan islam terpancar melalui jemaah pas. Saat itu dunia akan melihat murninya islam sebagaimana yang dipertontonkan oleh pemimpin dan ahli parti. Kala itu jangankan Malaysia, seantero dunia akan mengikuti dan mengikhtiraf kepimpinan tuan presiden (insya Allah, andai mendapat restu serta redha Allah)

    ReplyDelete
  11. Apakah sifat yg tidak ditunjukkan dgn bicara semacam itu, sombong, bongkak, takbur, angkuh, jahil politik, riak atau tidak sedarkan diri? Ketika PAS dapat menguasai Kelantan dulu, bukankah kerana mereka menjalinkan kerjasama dgn Semangat46 dan DAP dlm satu team dikenali sebagai Angkatan Perpaduan Ummah? Dia ni lupa barangkali, Presiden DAP dan Presiden S46 itu masih lagi bernafas di muka bumi ini! Tidak pernah sama sekali selepas PAS keluar dari BN, PAS berjaya menguasai pemerintahan mana2 negeri secara perjuangan solo.

    ReplyDelete
  12. Jangan cakap besar.Lihat apa yg jd pd Selangor.Semenjak UMNO sudah tak ada kuasa ada puak UMNO yg dah malu nak mengaku sebagai ahli UMNO

    ReplyDelete
  13. Sabo aje lah Admin.....Banyak dari pengomen di blog tuan ni masih belum membuka minda dan masih menganggap parti PAS adalah Parti Wahyu dari Muhammad SAW. Sedangkan mereka juga adalah parti politik dan pemimpin mereka juga bukannya maksum kan? Adakah Dato Asri dan Dato Nakhaie dahulu sudah menerima wahyu hinggakan keluar meninggalkan PAS dan join UMNO? Selagi nama parti politik dan diletakkan di bawah perundangan Tanah Melayu (Sir Lord W.Reid), maka semuanya adalah di bawah legasi persetujuan kemerdekaan negara ini. Yang penting setiap pengomen mesti tahu bahawa selagi nama manusia tidak akan terlepas dari kilauan emas dan menjaga periuk nasi, apalagi pemimpin Islam yang sudah lebih seribu tahun ditinggalkan Rasulullah SAW. Kalau tak cukup maklumat lagi sila jumpa Mantan Timbalan Presiden PAS, Ust Nasaruddin Mat Isa dan minta air jampi untuk ber-UG dengan UMNO. Sekian

    ReplyDelete
  14. Cuba kalian perincikan parti politik yang mana kat Malaysia ni bercerita pasal akhirat. UMNO ke? PKR ke? Kalau tak boleh perincikan dan nyatakan pendirian kamu parti politik mana yang cakna akhirat bermakna kamu semua berpolitik tanpa had dan melupakan tentang perjalanan terkahir kamu.

    ReplyDelete
  15. Anon 7:31 AM

    Bukan bercerita pasal akhirat (yang kamu sendiripun tak pernah sampai), tapi bagi menakut-nakutkan rakyat tentang akhirat dengan mengundi parti jenama Islam (PAS). Itu pun susah nak faham? Setiap kali Jumaat yang naik mimbar (Khatib) membaca khutbah itu semua orang Parti PAS ke?

    ReplyDelete
  16. Itu bukan menakutkan rakyat itu adalah peringatan kepada mereka yang lalai. Takut dengan kekuasaan Allah swt itu sepatutnya ada dalam hati manusia beriman lain la kalau hati dah disalut dengan sosialisma.

    Ketakukan sedara hanyalah ketakutan duniawi, takut kehilangan kekayaan, takut dengan iman sedara sendiri.

    Sedara perincikan dulu parti politik mana yang ada diMalaysia bercerita pasal akhirat.

    Hanya pemimpin PAS je yang naik atas mimbar berkhutbah. Masjid kerajaan hanya membaca text khutbah yang ditapis oleh imam yang dilantik bukan dari kalangan pemimpin.

    Takkan LGE pulak yang sedara tunggu, nak peluk Islam tunggu LKS KO dulu katanya. Boleh la sedara beramal ibadat dengan LGE nanti....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa