Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 1, 2015

Muhammad Faiz seru tolak pemimpin yang merugikan rakyat

Anak Fadzil Noor seru tolak tokoh PAS 'api' isu hudud
mk -9:43AM - 1 Apr 2015



Anak lelaki bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor menyeru perwakilan PAS agar menolak pemimpin parti yang diangggapnya "mengapi-apikan" isu hudud sehingga boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berpecah.

Sebaliknya, Muhammad Faiz menyarankan supaya perwakilan PAS memilih pemimpin parti itu yang "mahu meneruskan legasi" allahyarham ayahandanya dan berjaya menempatkan diri dalam arus perdana politik negara.

Sambil menegaskan kenyataannya itu "bukan kempen" dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung, Muhammad Faiz menyebut nama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa antara pemimpin yang berjaya dilahirkan oleh almarhum ayahandanya.

"Ini pemimpin dalam PAS yang patut kita julang. Kenapa nak lihat beberapa pemimpin dalam PAS yang mengapi-apikan isu hudud ini, sedangkan mungkin mereka tidak ada kredibiliti di mata masyarkat.

"Seperti yang disebutkan oleh YB Liew Chin Tong, kenapa kita tidak meneruskan perjuangan Fadzil Noor. Jadi, marilah menyokong pemimpin PAS yang mahu meneruskan peruangan Fadzil Nor. (Ada) ramai," kata Muhammad Faiz sebagai ahli panel dalam sebuah forum hudud malam tadi.

Forum bertajuk Pro-Kontra Hudud Kelantan di pejabat Malaysiakini itu, turut membariskan MP Kluang Liew Ching Tong, Majlis Pimpinan Pusat PKR Khalid Jaafar dan Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin. Ia dimudahcarakan oleh Eekmal Ahmad.

Sebelum itu, Liew menjelaskan terdapat dua versi dokumen negara Islam dalam PAS iaitu versi Allahyarham Fadzil Noor yang mahu melaksanakan syariah Islam - tanpa menyebut hukum hudud - secara berperingkat dan versi Datuk Dr Haron Din bahawa hukum hudud mesti dilaksanakan.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata kedua-dua pemimpin itu antara pemimpin arus perdana dengan memberi contoh Mohamad Sabu yang bakal mengetuai kempen rakyat anti-GST suatu hari kelak.

Pada masa yang sama, beliau tidak menafikan wujud kumpulan tertentu dalam parti itu yang lantang menyuarakan hasrat untuk keluar daripada Pakatan Rakyat, bahkan ada yang cuba mempertahankannya sepertimana wujud dalam DAP.

'Terus atau bunuh harapan rakyat'

"(Jadi kita (juga perlu) memberi teguran kepada ketiga parti. Ada yang masih mahu pertahanankan Pakatan Rakyat.

"Perwakilan (juga) bijak untuk menentukan mana pemimpin PAS yang mahu meneruskan harapan rakyat atau membunuh harapan rakyat," tegasnya.

Sebelum itu, Muhammad Faiz yang juga seorang peguam turut menjelaskan kekeliruan yang tercetus akibat permainan media massa berhubng Enakmen Kanun Jenayah Islam yang ingin dijalankan oleh Kelantan.

Menurutnya, kerajaan negeri ingin melaksanakan peruntukan kesalahan jenayah syariah yang sudahpun wujud dan dilaksanakan sebekum ini iaitu zina, qazaf, mabuk arak dan murtad yang mana sebelum ini ia hanya terhad kepada hukuman denda RM3,000, penjara lima tahun dan enam kali sebatan.

"Kita mahu menaikkan hukuman mengikut kehendak syara'. Kalau zina, sebat seratus kali.

"Empat kesalahan ini tidak menjadi isu, kerana telah diamalkan dan diteima oleh masyarakat.

"Yang tiga lagi, tidak akan dilaksanakan kerana masih memerlukan penelitian, kajian, dari sudut perlembagaan, ekonomi, maqasid dan kesesuaian.

"Ia terletak bawah kuasa federal yang memerlukan pindaan perlembagaan dan perlu mendapat sokongan majoriti dua pertiga," katanya.

Beliau yang juga ahli panel jawatankuasa penyediaan draf pindaan enakmen hudud Kelantan berkata pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah perlu dibuat bagi membolehkan kerajaan negeri itu melaksanakan empat hukuman itu.

5 comments:

  1. Iman yang tidak diwarisi dari bapanya...sebaliknya sosialisma Liew Ching Tong yang dibanggakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah silapnya makhluk melayu ... asalkan yang cakap itu adalah orang kafir makan babi maka yang keluar dari mulut mereka adalah dusta walau apa yang dikatakannya adalah kebenaran. Tapi kalau mulut tu keluar dari mulut melayu semua yang dikatakannya adalah benar walaupun kata-katanya adalah penuh dusta. MAKA ITULAH NAMANYA ASSABIYAH.

      MEMANGLAH IMAN AYAH TIDAK DAPAT DIWARIS OLEH SI ANAK, NAMUN IMAN SI ALIM, WARAK DAN ZUHUD JUGA TIDAK SEMESTINYA KEKAL SELAMANYA, SEBAGAIMANA BINASANYA SI AZAZIL DAN BINASANYA BATISTA DAN BAL’AM BIN BA’URA’.

      Delete
  2. Wahai Melayu, sebenarnya apa yang dikata oleh Liew Ching Tong adalah benar belaka bagi mereka kerana mereka kafir yang mementingkan kebendaan. Apabila Melayu Islam berkata demikian sama saja Melayu ni dengan Liew Ching Tong.

    Matlamat kaum cina hanyalah untung dan rugi. Penentangan terhadap hudud bukan disebabkan hukuman hudud itu sendiri tetapi hudud boleh menyebabkan kerugian ekonomi yang besar bagi kaum cina.

    Hudud akan menghalang Melayu Islam daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam. Kalau Melayu Islam dibawah hudud, siapa yang akan jual nombor ekor? Siapa yang akan melayan tetamu dipub dan club malam? Siapa akan menghidangkan arak? Siapa yang akan jadi pelacur, siapa pula yang akan jadi pelanggan? dan banyak lagi perkara yang dilarang oleh Islam berhubung kait dengan ekonomi mereka.

    Hanya Melayu yang tiada akal sahaja yang akan menjadi lalang apabila dibelai dan ditiup angin sosialisma sehingga tergadai iman dan hilang teras kekuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan selama TGNA perintah tak ada masalah loteri, tak ada isu arak, tak ada kelab malam dan lain-lain. Cina di sana tak kisahpun nak berniaga benda-benda tu. Kenapa sekarang baru timbul? Nampak sangatlah kepimpinan PAS Kelantan sekarang tak kompeten... hudud cuma alasan sebab UMNO tahu apa yang sensitif kepada PAS dan DAP.... Apabila dua parti yang ekstreme dapat bergabung atas satu ikatan keadilan untuk rakyat, tiada bujur yang boleh lalu dan tiada lintang yang patah. Namun PAS telah terperangkap dengan isu yang penting tapi tidak perlu disegerakan... kena penting sebab hudud adalah sebahagian dari Islam, dan kenapa tidak perlu disegerakan kerana Pakatan Rakyat masih tidak menguasai kerajaan. Tanpa kuasa pemerintahan segala usaha membentuk undang2 baru akan gagal.

      Sehingga kini PAS gagal memberikan pemahaman dan penerangan yang jelas tentang hudud. Malah sehingga sekarang, apa yang ingin dicapai di dalam Private Bill masih tidak jelas. ALHAMDULILLAH jika private bill menerima sokongan, namun adakah undang-undang ini tidak bertindan dengan undang-undang persekutuan yang menyebabkan dan mengakibatkan LARANGAN LELAKI BERPAKAIAN WANKTA MENDAPAT KEBENARAN SECARA MUTLAK DARI MAHKAMAH UNTUK DIAMALKAN. Persoalannya adakah undang-undang hudud yang dibentangkan akan mengakibat kesan yang sama berlaku? Zina di kalangan orang Islam akan mendapat kebenaran dari mahkamah, begitu juga dengan minum arak. Jika perkara ini berlaku maka siapa pesalah utama di dalam perkara ini? JADI FIKIR-FIKIRKAN SECARA MENDALAM PERKARA INI.

      Delete
  3. Sedara hanya beralasan dek kerana mengikut perasaan marah dan dendam terhadap seseorang atau sesuatu. Sedara fikir balik apa yang saya nyatakan diatas, kalau masih tak faham memang sedara ni melayu ynag hilang akal. Maaf la, sedar sebelum terlambat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa