Diterbitkan: Ahad, 5 April 2015 12:22 AM
PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan mengesahkan identiti enam mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, petang Sabtu
.Mereka yang terlibat adalah seperti berikut:
* Pengerusi PRIMA, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis
* Pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan Seran
* Ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang
* Juruterbang, Kapten Clifford William Fournier
* Pembantu Operasi Pesawat, Aidana Baizieva
Mayat semua mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pengecaman dan bedah siasat.
gambar dari fb
PETALING JAYA: Mayat enam individu termasuk bekas menteri, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam kejadian nahas helikopter di kawasan ladang getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang Sabtu kini dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Proses pengecaman oleh ahli keluarga mangsa serta bedah siasat akan dijalankan di HKL.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, operasi sudah ditamatkan kira-kira pukul 9.30 malam.
"Mayat terakhir yang dikeluarkan dari tempat helikopter itu terhempas pada pukul 8.15 malam," katanya.
Berdasarkan maklumat yang diterima, helikopter jenis AS 3655N2 Dauphin (9M-1GB) itu dipandu Kapten Cliff Fournier itu meletup di udara.
Azlin Alias
Selain Dr Jamaluddin, helikopter tersebut turut dinaiki Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, seorang ahli perniagaan dari Kedah, Datuk Robert Tan, seorang yang dikenali sebagai Ajdiana Baiziera yang dipercayai pembantu juruterbang dan pengawal peribadi Jamaluddin, Mohd Raskan Seran dari Sabah yang turut terkorban dalam nahas itu.
Mohd Razkan Seran
Sebentar tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Jamaluddin juga Ahli Parlimen Rompin serta ahli Majlis Tertinggi Umno yang berada dalam pesawat yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Subang itu terkorban bersama lima yang lain.
Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dijangka akan disembahyangkan dan dikebumikan sebelum solat Zuhur.
Jenazah sebelum ini akan dibawa pulang ke rumahnya di Mines Resort Golf & Country Club, Sri Kembangan.
Jenazah sebelum ini akan dibawa pulang ke rumahnya di Mines Resort Golf & Country Club, Sri Kembangan.
Maka itu akan diadakan juga PRK untuk kerusi parlimen Rompin, mujur juga tiada PRK kerusi DUN Bukit Ibam. Minta SPR mempercepatkan proses mengganti ahli parlimen Rompin, jangan dibiarkan ia kosong terlalu lama.
ReplyDelete