Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 7, 2015

Pindaan enakmen Akta Hasutan: Kritikan paling pedas oleh Pengerusi PAC

Pindaan enakmen Akta Hasutan seperti membunuh, kata pengerusi PAC 
Published: 7 April 2015 3:54 PM
Peruntukan menghapuskan ikat jamin tertuduh dalam pindaan Akta Hasutan 1948 seperti 'membunuh', kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 April, 2015.

Tindakan Putrajaya meminda Akta Hasutan 1948 dianggap seperti "membunuh" dengan wujudnya peruntukan menghapuskan kuasa ikat jamin bagi mana-mana individu yang dituduh, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan berkata Putrajaya tidak seharusnya meminda akta berkenaan sehingga ke tahap sedemikian dengan beranggapan semua dituduh mempunyai potensi 'flight risk'.
"Apa anda fikir apabila jaminan dihapuskan, ia seperti kes bunuh, pesalah Akta Hasutan tidak boleh dianggap semuanya 'flight risk' jadi bila melaksanakan pindaan tersebut, ia serupa anda membunuh," katanya kepada The Malaysian Insider.
Putrajaya hari ini membentangkan pindaan Akta Hasutan 1948 dalam usaha mengukuhkan undang-undang berkenaan, iaitu meliputi peruntukan menyatakan ikat jamin tidak dibenarkan untuk mereka yang didakwa mengikut akta tersebut.
Cadangan pindaan akta berkenaan akan memasukkan dua seksyen baru - 5A dan 5B - yang mana Seksyen 5A menyatakan, mana-mana individu ditahan mengikut Subseksyen 4(1)(a) dan jika terdapat pengesahan bertulis, jika tidak melibatkan kepentingan awam untuk memberikan ikat jamin kepada tertuduh, ikat jamin tidak akan diberikan.
Seksyen lain pula menyatakan mahkamah berkuasa untuk menghalang mereka yang ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan dan dibebaskan dengan jaminan, daripada meninggalkan negara dengan mengarahkan mereka menyerahkan dokumen perjalanan untuk suatu tempoh masa. – 7 April, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa