Selain umur dan negara asalnya dan tempoh berada di negara ini, perkara lain masih belum terungkap
Akhbar Sinar Harian menyatakan dia adalah Pembantu juruterbang mana kala mStar pula menyatakan dia adalah kenalan Juruterbang
Dan laporan menyatakan dia adalah bekas penuntut SEGI dan seorang wartawan......
Laporan awal pula ada yang menyebut dia adalah pegawai operasi syarikat Heli tersebut
Pembantu juruterbang sah warga Kyrgyzstan
7 April 2015
Antara wakil kedutaan Kyrgyzstan yang hadir ke Jabatan Forensik Hospital Besar Kuala Lumpur, semalam.
SHAH ALAM - Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan Aidana Baizieva, seorang daripada enam mangsa nahas helikopter di Semenyih, Sabtu lalu ialah warganegara Kyrgyzstan.
Menurut wakil kedutaan itu, keluarga Aidana telah diberitahu dan wakil keluarganya telah hadir ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur semalam bagi proses kenal pasti melalui DNA.
“Kami tengah menunggu keputusan DNA. Setakat ini, belum dapat disahkan bahawa mayat itu milik Aidana 100 peratus.
“Kami tidak tahu berapa lama keputusan itu akan mengambil masa tetapi kami akan tetap menunggu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut jurucakap kedutaan itu, Aidana bekerja di Malaysia.
Bagaimanapun, Kedutaan Kyrgyzstan tidak dapat mengesahkan pekerjaan dan umur mangsa namun hanya memaklumkan mangsa beragama Islam.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat berkata, polis juga masih mengesan identiti Aidana yang dipercayai pembantu juruterbang helikopter tersebut.
Menurutnya, individu yang menuntut mayat pembantu juruterbang pada jam 11 pagi semalam di Hospital Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai kakak tiri mangsa.
“DNA adik beradik tiri mangsa tidak cukup kuat untuk membantu siasatan, kita berharap ahli keluarga mangsa tampil untuk membantu siasatan,” katanya.
Katanya, beg tangan yang ditemui kelmarin di lokasi nahas dipercayai milik Aidana.
Jurucakap Hospital Kuala Lumpur pula mengesahkan wakil kedutaan Kyrgyzstan hadir ke hospital berkenaan pagi semalam.
Bagaimanapun, status mayat tersebut masih diklasifikasikan sebagai sebagai tidak diketahui.
“Namun tidak pasti bila mayat mangsa akan dituntut,” kata jurucakap hospital itu.
Dan ini pula laporan mStar: Polis Yakin Aidana Mangsa Keenam
Diterbitkan: Selasa, 7 April 2015 2:59 PM
Oleh: AUSTIN CAMOENS
SEMENYIH: Polis hampir pasti bahawa mangsa keenam nahas helikopter terhempas di sini pada Sabtu itu sebagai Aidana Baizieva.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata walaupun bukti ujian DNA masih belum disahkan, polis berpuas hati dengan siasatan itu.
"Berdasarkan siasatan, kami yakin wanita tersebut adalah Aidana Baizieva, 25, dari Kyrgyzstan.
Sebuah pasukan penyiasat telah pergi ke apartmennya di Pantai Dalam dan mengambil beberapa barang untuk mendapatkan DNAnya.
"Kami turut menjumpai bukti dalam bentuk tiket kapal terbang ke Langkawi pada 21 Mac sempena LIMA dengan namanya dan juruterbang helikopter tersebut," katanya kepada pemberita di lokasi nahas pada Selasa.
Beliau berkata berdasarkan keterangan pihak pengurusan apartmen tersebut, juruterbang pernah berkunjung ke apartment tersebut beberapa kali.
"Berdasarkan siasatan setakat ini, kami percaya gadis itu adalah kenalan kepada juruterbang terbabit.
"Dia menunjukkan minat dengan dunia penerbangan dan mahu menjadi juruterbang.
"Berdasarkan keterangan syarikat helikopter itu, wanita berkenaan pernah menyertai juruterbang tersebut di dalam penerbangan lain beberapa kali," katanya.
Abdul Samah berkata sekiranya ujian tersebut tidak meyakinkan, polis perlu memanggil bapa wanita itu dari Kyrgyzstan untuk memberikan sampel DNA miliknya.
Beliau turut mengesahkan mayat juruterbang helikopter tersebut sudah dituntut dan kini berada di Kedutaan Amerika Syarikat (AS).
"Mayat juruterbang itu dituntut pada pukul 8.15 malam Isnin oleh kakitangan kedutaan tersebut," katanya.
LAGI BERITA BERKAITAN: Jasad juruterbang nahas helikopter Semenyih dituntut keluarga
Dalam satu sidang media, Ketua Polis Selangor Datuk Abu Samah Mat berkata berdasarkan bukti-bukti yang dikumpul dan siasatan di premis kediaman mangsa di Pantai Dalam, Aidana juga didapati telah turut mengiringi juruterbang itu dalam beberapa penerbangan sebelum ini.
Aidana juga dilaporkan telah berada di Malaysia sejak 2010 lagi dan merupakan seorang bekas pelajar Sunway University.
Sepanjang berada di negara ini wanita yang berusia 25 tahun itu juga pernah menjalani pengajian di beberapa institusi pendidikan termasuk di Universiti Lim Kok Wing dan Kolej SEGI Kuala Lumpur.
Sehingga petang tadi, jasad Aidana masih belum dituntut bagi menunggu pengesahan DNA oleh pihak Hospital Besar Kuala Lumpur.
Dalam nahas helikopter Sabtu lalu, selain Aidana dan Clifford, turut terkorban adalah Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alias, pengawal peribadi Razakan B Seran, dan ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang.

Sudah sudah lah
ReplyDeleteAdriana sudah KIOK dan sedang kena seksa kubor sekarang ini
Dah tak boleh tolong dah , ada sebab ALLAH SWT musnah kan helikopter dan semua penumpanh tu
Yang belum KIOK dan GAH! aniaya Rakyat tunggu saja masa KIOK datang.