Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, April 6, 2015

Senjata Paksa Najib Turun Dari PM?

Monday, April 06, 2015
Ini Senjata, Paksa Najib Turun Dari PM? (8)

Posted by 

PUTRAJAYA: Former Corporal Sirul Azhar Umar’s defence team will ...  

pendedahan ini, Perdana Menteri Najib Perlu Letak Jawatan?   

Siri 2: PM Najib Perlu Letak Jawatan -Dr Mahthir...
Siri 4: Gempar! Bongkar PM Letak Jawatan 'Pembunuh Ke...   
Siri 5: Jasa, Benteng Pertahan Najib Akan Serang Balas Pel...  
Siri 6: Najib Lebih Teruk Dari Pak Lah, Siapa Gantinya?
Siri 7: PM Letak Jawatan: Khairy Berpihak Kepada Tun M? 
Siri 8:

INI Senjata,Paksa Najib Turun Dari PM? 

DIRAMALKAN, inilah senjata atau kunci rahsia yang boleh memaksa Najib turun dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.. Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu.

Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa. Sebagai makluman,  ketika didakwa melakukan pembunuhan Altantuya, Sirul adalah salah seorang pengawal peribadi ditugaskan menjaga Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tiada sesiapa tahu atau sedar bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Tun Mahathir sebelum ini.

Ia tidak pernah disebut di mana-mana atau didedahkan oleh sesiapa, termasuk ketika perbicaraan di mahkamah. Dengan pendedahan Tun Mahathir ini bukan saja  menunjukkan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan berganjak sedikit pun daripada apa yang telah dimulakannya. Bahkan akan meneruskan dengan maklumat-maklumat baru lebih menarik lagi, yang mungkin itu menjadi kunci azimat  rahsia peluru kekuatan tembakannya.

Ramai yang mula meneka-neka ketika ini mengenai hubungan Tun Mahathir dengan Sirul, termasuk tindakannya melarikan diri ke Australia yang dilihat semata-mata untuk mengelakkan hukuman mati keatasnya. Tidak disangkal juga bahawa apabila Tun Mahathir mengatakan Sirul tidak pernah membunuh sesiapa ketika bertugas dengannya, ia adalah isyarat paling jelas bahawa anggota polis itu melakukannya semata-mata kerana menurut arahan.

Siapa yang memberi arahan itulah yang perlu disiasat? Jika Sirul menerima arahan daripada ketuanya, siapa pula yang memberi arahan kepada ketuanya itu? Tidak syak lagi pendedahan Tun Mahathir bahawa Sirul pernah bekerja dengannya adalah sesuatu yang dikatakan tambah memeningkan lagi kepala Najib ketika ini.

Tambahan lagi dengan ayat maut yang dilontarkannya, "Dia tak bunuh sesiapa pun ketika bertugas dengan saya".

Persoalannya kini ialah apakah Tun Mahathir mempunyai lebih banyak maklumat mengenai Sirul?  Apakah selepas ini maklumat itu akan didedahkan satu persatu untuk menekan Najib? Selain isu 1MDB yang digembar-gemburkan, apakah isu Sirul ini sebenarnya yang lebih dulu membuatkan Najib makin terhenyak kebingunan, ditembak oleh peluru kental Tun Mahathir itu.

Lalu akhirnya Najib meletak jawatan?  (IH)

4 comments:

  1. Kalau BIK Mama tak bagi pencen , Najib tak boleh pencen

    Lawan BIK Mama dulu sebab simpan banyak BON BON....

    BON BON kuat tu sebab semua gagal jadi orang normal

    ReplyDelete
  2. Amat setuju dgn Tun M, Sirul tidak pernah membunuh sesiapa semasa berkhidmat dibawah Tun M. Begitu juga Sirul didapati bersalah membunuh Altantuya, tentunya kerana ada arahan dari individu yg lebih berkuasa.

    Tapi jangan dilupa, semasa pemerintahan Tun M dulu, siapa pula yg telah memberi arahan kpd polis untuk menembak Ibrahim Libya dan rakan-rakannya?

    ReplyDelete
  3. ungkit kisah atantoya ni patutnya dari dulu lagi kalau untuk tegak keadilan lah tapi kalau simpan untuk jadi senjata tekan kawan yang tak sehaluan itu pekara biasa matde ni buat
    tengok kes anwar dulu punya nak pekena orang sampai tarikh didakwa berlaku pun salah.bangunan tempat tu pun belum siap lagi
    bila tak sehaluan macam macam jampi disebut
    matde yang dikenali

    ReplyDelete
  4. Pasal LUBOK BACIN semua Rakyat tanggung dosa bala dan bahalol

    Macam mana boleh jadi begini ????

    Hanya sebab LUBOK BACIN sudah hancur kepala otak pemimpin

    Baik Orang Pekan , Orang Bandar , Pak Ulsmak , dan Budak Bahalol...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa