Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 7, 2015

Aidana Baizieva masih misteri dan dua mayat masih belum dituntut

Siapa Aidana?
April 6, 2015
Kehadiran Aidana menaiki helikopter menjadi misteri selepas usaha mendapatkan maklumat mengenainya.
waris
PETALING JAYA: Aidana Baizieva, salah seorang mangsa nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu, disahkan warga Kyrgyzstan.
Pejabat Kedutaan Kyrgzstan di Kuala Lumpur dilapor telah memaklumkan pegawainya serta kakak wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses pengecaman dan menuntut jenazahnya.
Pihak media yang menunggu di HKL bagaimanapun gagal mendapat sebarang reaksi atau komen daripada mereka.
Aidana dilaporkan masih lagi bujang dan berada hampir setahun di Malaysia.
Identiti wanita itu menjadi misteri kerana dia bukan pembantu pilot yang dilaporkan terkorban malah kehadiran Aidana dalam helikopter menjadi tanda tanya.
Dalam kejadian 4.45 petang pada Sabtu lalu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Dato’Azlin Alias antara enam yang terkorban selepas helikopter yang mereka naiki terhempas di Semenyih.
Empat mangsa lain iaitu, juruterbang, Kapten Clifford Fournier, pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran, usahawan dari Kedah, Datuk Tan Huat Seang dan Aidana Baizieva.

Laporan terbaru Malaysiakini:

Mayat dua mangsa masih belum dituntut
11:38PM - 6 Apr 2015

Mayat dua mangsa kemalangan helikopter di Semenyih Sabtu lepas masih belum dituntut.

Menurut jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL), sehingga jam 6 petang hari ini, pihak pengurusan belum menerima laporan tentang kehadiran waris terdekat mangsa bagi menjalankan proses pengecaman dan penuntutan mayat.

Katanya, wakil dari Kedutaan Kyrgyzstan hadir kira-kira pukul 10.30 pagi di bilik mayat HKL bagi membantu siasatan ke atas satu daripada mayat berkenaan, seorang wanita yang disebut sebagai 'pembantu operasi' dari negara berkenaan.

"Bagaimanapun pihak pengurusan tidak dapat memberi sebarang pengesahan sehingga kemunculan waris terdekat dan disusuli proses bagi pengesahan mayat berkenaan," kata jurucakap itu.

Dipercayai usaha sedang dibuat bagi menghubungi waris mangsa itu.

Beliau berkata, wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat yang hadir semalam untuk proses pengecaman mayat dan dokumentasi juruterbang warga negara itu Kapten Clifford William Fournier, telah menghubungi waris mangsa.

Kedutaan AS ketika dihubungi bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumat mengenai ketibaan waris berkenaan atas alasan privasi.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa