SULTAN PERAK SEPATUTNYA MURKA KEPADA MB DAN SETIAUSAHA KERAJAAN
HUBUNGAN MAHATHIR NAJIB DI TINGKAT PALING GENTING (lihat di bawah)
Siapakah yang bersalah dalam kekecohan anggota pembangkang menghadiri Istiadat Pembukaan Rasmi Dewan Undangan Negeri Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tanpa berpakaian istiadat sebaliknya hanya berpakaian serba hitam.?
Menteri Besar Perak Datu Seri Dr. Zambary Abdul Kadir mendakwa Sultan Perak murka terhadap sikap wakil -wakil rakyat pembankang itu.
Apakah Sultan hanya murka terhadap pembangkang dan tidak kepada Menteri Besar dan juga anggota- anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dan juga Polis Bantuan yang tidak menyekat kemasukan mereka itu tanpa berpakaian rasmi mengikut arahan pada kad atau surat jemputan.
Sewajarnya MB dan anggota- anggota BN bersama menyekat kemasukan mereka dengan bantuan Polis Bantuan sekalipun boleh menimbullkan kekecohan yang akan menggangu upacara perasmian itu tetapi dari segi moral ini adalah lebih baik dari kejayaan anggota pembangkang menggambarkan sewaktu keadaan tidak hormat kepada Sultan Perak .
Berita kekecohan mempertahankan kehormatan Sultan sebelom diceroboh adalah lebih baik dari berita membelanya setelah diperhinakan.
Sekiranya mereka ada "kelakian" maka tentulah mereka akan menyekat anggota-anggota pembankang itu bersikap biadab,menyekat mereka masuk ke dalam Dewan Negeri dipintunya tetapi setelah nasi jadi bubur barulah ditangisi dan mengajak orang lain juga turut menangis bersama.
Apakah Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mengingatkan pegawai-pegawainya terutama Polis Bantuan tentang tugas mereka terutama bagi suatu upacara Istiadat rasmi.Tidak ada SOP ke?
Perlu disebutkan dalam awal tahun 60an telah berlaku kekecohan di pintu masuk Parlimen Malaya apabila Singa UMNO Syed Jaafar Albar dan beberapa orang lagi anggota Parlimen Perikatan telah menahan anggota-anggota pembangkag dari Barisan Sosialis Rakyat Malaya yang diketuai oleh V.David dari masuk ke bangunan Parlimen kerana hanya berpakaian biasa,tidak memakai kot dan tali leher.Tetapi "kelakian" ini sudah tidak ada lagi sekarang di kalangan anggota- anggota DUN Perak atau mungkin di negeri- negeri lain. Semunya hanya tersimpan dalam seluar.
Apa yang berlaku di DUN Perak memang memalukan kerana menunjukkan kelemahan semangat BN sekarang yang tidak mampu untuk menunjukan komitmen yang tegas dan berani walaupun sah dari segi undang-undang dan pada masa yang sesoai dan bila diperlukan.
Tidaklah sewajarnya Perkasa dan juga lain- lain pertubuhan NGO membiarkan diri mereka diperalat untuk menutop kelemahan orang lain.
HUBUNGAN MAHATHIR DAN NAJIB DI PERINGKAT PALING GENTING.
Apabila membaca posting terkini Tun Mahathir Chedet hari ini yang menyentuh tentang hubungan kes pembunuhan Altantuya dengan bekas Pengawal Peribadi Datuk Seri Najib maka saya sebagai seorang tua yang mengenali peribadi Mahathir dari dekat sekian lama dan juga mengetahui peribadi Datuk Seri Najib gementar dengan perasaan bahawa hubungan antara mereka telah sampai ke peringkat paling genting dan tiada lagi jalan yang cerah di hujung terowong.
Apakah ini reaksi dari kenyataan Najib mengatakan ada jemuan di Kedah menyebabkan Mahathir benar -benar mahu membuktikan dirinya sebagaijemuan. Saya tahu Mahathir sanggup untuk jadi apapun dan sedia untuk apapun terjadi kepadanya kerana kepercayaannya.

pasal warna pakaian pun nak gadoh ker?? Rakyat miskin kat bawah nun banyak yang tak tukar pakaian...Ada budak sekolah pakai baju putih dah tukar warna kuning....lagi mau kecoh pasal warna pakaian...
ReplyDeleteOtak otak bahalol gred 3
ReplyDeleteEkonomi negeri tak seberapa , bebende remeh kechik di bisingkan
Bahalol
Nasib baik ada Cina Cina bayar gaji elaun ; kalau tak papa kedana saja
Orang orang jual nasi lemak bangsa kaya kaya ke ?
Bahalol saja