Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad meneruskan lagi serangannya kepada Najib Razak dengan mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar, anggota polis yang didapati bersalah membunuh Altantuya tetapi kini melarikan diri ke Autralia, pernah menjadi pengawal peribadinya suatu ketika dahulu.
Kata Tun Mahathir, sewaktu bekerja dengannya, Sirul tidak pernah pula membunuh sesiapa.
Sebagai makluman, ketika didakwa melakukan pembunuhan Altantuya, Sirul adalah salah seorang pengawal peribadi yang ditugaskan menjaga Najib Razak yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Tiada sesiapa tahu atau sedar bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadi Tun Mahathir sebelum ini. Ia tidak pernah disebut di mana-mana atau didedahkan oleh sesiapa, termasuk ketika perbicaraan di mahkamah.
Dengan pendedahan Tun Mahathir ini bukan saja menunjukkan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda akan berganjak sedikit pun daripada apa yang yang telah dimulakannya, bahkan meneruskan dengan maklumat-maklumat baru yang lebih menarik lagi.
Ramai yang mula meneka-neka ketika ini mengenai hubungan Tun Mahathir dengan Sirul, termasuk tindakannya melarikan diri ke Australia yang dilihat semata-mata untuk mengelakkan hukuman mati keatasnya.
Tidak disangkal juga bahawa apabila Tun Mahathir mengatakan Sirul tidak pernah membunuh sesiapa ketika bertugas dengannya, ia adalah isyarat paling jelas bahawa anggota polis itu melakukannya semata-mata kerana menurut arahan.
Siapa yang memberi arahan itulah yang perlu disiasat? Jika Sirul menerima arahan daripada ketuanya, siapa pula yang memberi arahan kepada ketuanya itu?
Tidak syak lagi pendedahan Tun Mahathir bahawa Sirul pernah bekerja dengannya adalah sesuatu yang tambah memeningkan lagi kepala Najib ketika ini.
Tambahan lagi dengan ayat maut yang dilontarkannya, "Dia tak bunuh sesiapa pun ketika bertugas dengan saya".
Persoalannya kini ialah apakah Tun Mahathir mempunyai lebih banyak maklumat mengenai Sirul? Apakah selepas ini maklumat itu akan didedahkan satu persatu untuk menekan Najib?
Selain isu 1MDB yang digembar-gemburkan, apakah isu Sirul ini sebenarnya yang lebih dulu membuatkan Najib makin terhenyak kebingunan, lalu akhirnya meletakkan jawatan?
(SH 04/03/2015)
# Baca lanjut: Dr M: Sirul tak bunuh sesiapa ketika jadi bodyguard saya
(SH 04/03/2015)
Pendedahan Mahathir mengenai Sirul yang mengejutkan lagi...
# Baca lanjut: Dr M: Sirul tak bunuh sesiapa ketika jadi bodyguard saya
Kalau Sirul boleh jaga Mahathir tak de masalah , nanpak nya Mat Bahalol memang orang ber masalah
ReplyDelete1 Mat Dah Bahalol tidak ber makna semua Rakyat mesti jadi Bahalol
Mahathir bijak , elok saja Si Mongol pencen cepat.