Payah nak jangka kerana itulah perangai Mahathir dari dulu....
Salleh bercakap di atas survival politik BN.......yang nyata pemikiran dan sikap penduduk di Semenanjung dan Malaysia Timur adalah berbeza. Ini mungkin perkara yang tidak disedari oleh Salleh
BENARKAH SERANGAN MAHATHIR KERANA IKHLAS ATAU ADA AGENDA TERSEMBUNYI?
1. AKHIR - akhir ini, Tun Dr Mahathir Mohamad makin sinis. Saya baca tulisan terbarunya dalam blog. Sekali lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jadi sasaran kritiknya.
2. Dari pengamatan saya, komen-komen Tun M ini menjurus untuk memberi tekanan kepada Najib. Beliau berulang-ulang bercerita mengenai isu negatif. Inilah cara dan strateginya. Niatnya agar masyarakat mempercayainya. Yang terbaru beliau cerita mengenai isu bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar. Kenapa hal itu dibangkitkan lagi sekarang?
3. Dalam kebanyakan tulisan-tulisan Tun M sebelum ini pun, beliau menyasarkan kepada Najib. Beliau seolah-olah cuba memberi andaian dan persepsi negatif umum terhadap Najib. Sebab itulah, saya katakan bahawa niat Tun M di sebalik tulisannya itu boleh dipersoalkan!
4. Tun M berulang kali dan kerap melemparkan tuduhan terhadap Najib agar masyarakat percaya yang Najib itu sangat teruk. Ini propagandanya semata-mata. Malah, kritikannya hanya menimbulkan masalah tambahan kepada parti dan tidak membantu menyelesaikan masalah parti.
5. Bagi saya, kritikan-kritikan serta serangan Tun M dan kumpulannya yang semakin kuat terhadap Najib akhir-akhir ini ada agenda politik yang besar. Sebab itu, mereka memberi tekanan berterusan kepada Najib dengan membangkitkan pelbagai isu menerusi pelbagai kaedah dan platform.
6. Apapun, saya pasti Najib tidak bersendirian dalam mendepani cabaran ini. Beliau mempunyai cara tersendiri mengurus dan mentadbir negara. Zaman kini berbeza berbanding era Tun M dahulu.
7. Najib memahami keadaan persekitaran dan pasti mengambil kira semua pandangan, termasuk pandangan Tun M dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan Najib sebagai Perdana Menteri sesuai dengan tuntutan semasa.
8. Najib adalah ahli politik yang sudah teruji. Beliau menghadapi suasana politik yang berbeza dan pemikiran pengundi tidak sama seperti dahulu. Dalam keadaan sedemikian, pemimpin yang bergelar negarawan sepatutnya mencari jalan membantu parti. Tuntutan mereka untuk menukar Najib bukanlah satu penyelesaian, sebaliknya akan mencetuskan perpecahan dalam parti.
9. Saya kira bacaan politik Tun M silap dan tersasar. Ini kerana susana politik pada zamannya berbeza dengan sekarang. Hari ini saingan politik lebih sengit daripada zaman Tun M dulu. Pengundi kini mendapat maklumat dari sumber yang pelbagai.
10. Yang pasti, pengundi akan memihak kepada BN kerana mereka boleh melihat parti pembangkang kini dalam keadaan kucar-kacir dan tidak mampu mentadbir negara.
11. Oleh hal yang demikian, Tun M sepatutnya menyokong usaha-usaha mentransformasi negara yang dibawa Najib walaupun dia mempunyai pendekatan yang berbeza.
12. Jika Tun M berterusan mengkritik BN dan Najib secara terbuka, masyarakat akan melihat Tun M seolah-olah bersekongkol dengan musuh-musuh tradisi politik beliau sendiri.
13. Yang jelas, pimpinan Najib jauh mengatasi cara Tun M dahulu. Pimpinan dan pendekatan Najib yang bersifat terbuka disenangi, diminati dan jadi `favourite' orang Sabah dan Sarawak, kerana dia memahami denyutan nadi rakyat di kedua-dua negeri itu.
14. Mengambil kira semua isu ini, maka saya percaya hanya Najib yang terbaik memimpin. Secara peribadi, saya tegaskan bahawa BN akan kalah kalau bukan Najib mengetuai PRU14 akan datang.
15. Sabah dan Sarawak berasa lebih senang dengan Najib kerana beliau memahami aspirasi kami. Beliau mengiktiraf sokongan kami dengan memberi jawatan-jawatan Menteri yang penting kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak, malah memberi peruntukan besar untuk kedua-dua negeri di Borneo ini.
16. Dari persepsi politik, Najib sedar terhadap realiti 56 kerusi Parlimen dari Sabah dan Sarawak membantu bagi penubuhan kerajaan pada hari ini.
SALLEH SAID KERUAK
***Penulis ialah Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak adalah Speaker Dun Sabah, menggantikan Juhar Mahiruddi. Beliau dilahirkan pada 9 Julai 1957 di Kota Belud, Sabah. Beliau adalah Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996.
- sumber
Sudahlah Salleh lalang. Kau nie kan lalang. Sapa naik kau sokong . Janji kantong penoh.
ReplyDelete