Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 3, 2015

"Adakah dia bersih dan suci?”

Panggil Tun M lanun
 | April 3, 2015
Chegubard memperlekeh pentadbiran di bawah Tun Dr Mahathir dan meminta beliau turut disiasat.
chegubard
PETALING JAYA: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sebagai lanun.
Dalam kenyataan yang sama, dia turut membidas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana meminta pertolongan daripada Dr Mahathir berhubung dakwaan penyalahgunaan dana 1MDB oleh pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Saya bersetuju 1MDB perlu penglibatan semua dalam membongkarkan, mencari dan menyeret pesalah ke muka pengadilan kerana wang rakyat memang perlu dikembalikan.
“Bagaimanapun Dr Mahathir bukanlah orangnya. Adakah dia bersih dan suci,” katanya kepada pemberita pada sidang media di bilik gerakan Ahli Parlimen Lembah Pantai.
Rentetan kenyataannya terhadap Dr. Mahathir, dia mencabar ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) supaya membawa isu kehilangan wang di bawah Dr Mahathir untuk disiasat.
“Ya betul pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lemah dari aspek ekonomi tetapi ketahuilah pentadbiran inilah yang terpaksa mewarisi menanggung biawak hidup ciptaan Mahathir dan kroninya,” dakwanya lagi.
Berikutan serangan Dr Mahathir terhadap Najib berkenaan isu 1MDB, Chegubard menyarankan supaya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menolong Najib.
Dia bagaimanapun kesal kerana kebanyakan Parlimen BN dituduhnya sebagai penakut.

2 comments:

  1. sama saja perangai depa tapi lain cerita
    gaduh sama depa lepas tu bila dah ok
    ada yang tak dapat mula buat cerita baru pulak
    pru14 tukar

    ReplyDelete
  2. Che'Gubard bukan ada nama, takat politik budak kanyag marang perapu sepunden parang sekeper boleh la.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa