Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 3, 2015

Muncul untuk kembalikan 'negara' yang hilang?

Pada saya perlu diperdebatkan keikhlasan mereka
Ku Li mungkin tapi kalau Mahathir belum tahu sebab sepanjang yang kita maklum semua tindakannya mempunyai muslihat tersembunyi

Regu Dr M-Ku Li muncul untuk kembalikan 'negara' yang hilang
09:30PM Apr 03 2015
oleh pasukan semutharian

KOMEN: Tujuan mereka adalah untuk memulihkan ekonomi yang merudum dan keadaan negara yang terumbang-ambing kepada haluan yang telah ditetapkan oleh Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein.
Satu regu dalam Umno dan politik Malaysia telah muncul – antara bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad dan tokoh yang dahulu pernah mencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah.
Objektif jelas regu ini bukan sekadar menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan Mahathir sebagai terlalu lembap, malah mungkin sebagai penjenayah, dan akan menyebabkan Umno BN kalah dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14. Malah untuk memulihkan, di bawah kepimpinan Tengku Razaleigh, ekonomi yang merosot dan keadaan negara yang seperti tiada nakhoda.
Pada 2 April, sebaik selepas serangan paling tajam Mahathir terhadap Najib, kerabat diraja Kelantan itu menunjukkan sokongannya, dalam satu kenyataan yang dibuat kepada media di lobi Parlimen.
Kombinasi serangan Mahathir dan Razaleigh terhadap Najib memberi petunjuk kepada orang ramai bahawa – ironi untuk Najib, memandangkan beliau adalah anak sulung Tun Razak – pemimpin muda yang muncul di era Razak selepas 13 Mei 1969 kini bergabung untuk memberi kesan kepada haluan Umno dan negara.
Mahathir adalah ahli kanan dalam lingkungan itu, manakala Tengku Razaleigh atau nama timangannya “Ku Li”,  adalah ahli yang lebih muda.
Kedua-dua pelaksana perubahan ekonomi dan politik yang dicetuskan Razak selepas insiden trauma 13 Mei itu bertembung pada 1987, dalam pertembungan merebut jawatan presiden Umno dan kawalan terhadap parti itu.
Ku Li kalah tipis dalam pertandingan itu.
Satu ironi membingungkan dalam keadaan semasa, apabila peralihan sokongan saat akhir oleh Najib, selaku bakal ketua pemuda Umno, daripada Ku Li kepada Mahathir yang membolehkan Mahathir mengekalkan kedudukannya.
Kini Mahathir mahu Najib keluar daripada bilik nakhoda bagi parti dan negara. 
Satu-satunya serangan terbaru Mahathir terhadap Najib adalah berhubung siapa yang memberi arahan membunuh Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang dibunuh kejam di Shah Alam pada Oktober 2006.
Najib tidak disyaki terlibat dalam pembunuhan itu, namun beliau disyaki terlibat dalam usaha menutup kes itu.
Aspek lain serangan Mahathir adalah hujah sama, betapa Najib secara terlampau salah menguruskan ekonomi, terutama berkaitan badan pelaburan 1MDB yang kini menanggung hutang setinggi RM42 bilion, dan juga tindakan Najib yang terlalu menarik sokonga masyarakat Cina dan mengabaikan orang Melayu.
Walaupun dua polis itu disabitkan bersalah kerana membunuh Altantuya, motif tindakan mereka tidak diketahui. Ia adalah “twist” yang membuatkan orang tertanya-tanya, memandangkan pembunuhan biasanya mempunyai motif, dan pembunuhan paling kejam tidak pernah kekurangannya.
Sejak PRU 2008, Ku Li telah menyuarakan kritikan terhadap keadaan politik dan ekonomi negara, dalam ucapannya di hadapan hadirin yang terpilih.
Secara keseluruhannya, ucapan-ucapan itu bersamaan dengan pendakwaan terhadapa keadaan hari ini, serta rayuan untuk mengembalikan warisan yang hilang.
Kedua-dua Mahathir dan Ku Li mungkin berbeza berhubung perincian warisan ini, tetapi bukan tentang tokoh yang bertanggungjawab mewariskannya: Abdul Razak Hussein yang menurut penerus legasinya mengimpikan sebuah negara yang bersatu, setara dan makmur untuk semua menumpahkan taat setia kepadanya.

2 comments:

  1. kuli jangan mudah lupa matde makan dalam tapi selagi bn macam ni jugak la masing masing ada kisah lampau
    nampaknya ini kali bukan soal sapa ketua tapi gaya pimpinan yang tak boleh diharap lagi
    ubah bila sampai pru14

    ReplyDelete
  2. Ha ha ha ha ha...parti yg ditubuhkan sendiri punyalah gah bukan kepalang akhirnya berkubur tanpa nisan, ada hati dan bercita-cita besar nak memulihkan keadaan? Dulu berjanji hanya nak jadi gurkha shj, sejak bila pula sudah tukar janji itu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa