Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, April 3, 2015

Aduuiii......panas punggung, panas kepala dibuatnya!

Ku Li sependapat dengan Dr Mahathir, desak perkara sebenar didedahkan
Astro Awani |Kemas kini:April 02, 2015
(Diterbitkan pada: April 02, 2015 18:24 MYT)

Ku Li sependapat dengan Dr Mahathir, desak perkara sebenar didedahkan
Ku Li sependapat dengan Dr Mahathir, desak perkara sebenar didedahkan
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata sudah tiba untuk kebenaran didedahkan berkenaan skandal dan isu yang menyelubungi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, lapor The Malaysian Insider.

Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad pasti mempunyai asas yang kukuh untuk membuat kritikan paling keras terhadap perdana menteri itu.

"Beliau mencari jawapan, kebenaran, di sebalik segala yang berlaku.

"Kini masa yang tepat untuk jawapan sebenar didedahkan, dan kebenarannya daripada semua (isu) ini," katanya merujuk tulisan Dr Mahathir.

Katanya, sebagai tokoh berpengalaman, Dr Mahathir sudah pasti memahami akar umbi dengan cukup baik, dan mengakui yang sekiranya isu yang timbul tidak ditangani dengan baik, akan sukar bagi sesiapa pun untuk memenangi pilihan raya umum.

"Beliau tahu bagaimana situasi parti politik yang berhadapan PRU. Isu yang tidak selesai, sudah pasti sukar untuk sesiapa sahaja mendapatkan sokongan," kata ahli Parlimen Gua Musang itu.

"Saya pasti ada sebab beliau keluarkan kenyataan itu," katanya lagi.

Dr Mahahir menerusi blognya hari ini membuat kritikan paling keras terhadap Najib dan menegaskan UMNO dan Barisan Nasional akan tewas dalam PRU14 jika Najib masih menerajui parti tu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa