Enggan kerjasama lagi
3 April 2015
KUALA TERENGGANU – Pas Kawasan Kuala Nerus memaklumkan pihaknya tidak berhasrat meneruskan kerjasama dengan DAP pusat dan negeri.
Ia berikutan pihaknya kesal terhadap pendirian DAP Terengganu yang mengambil sikap sebagaimana DAP pusat, untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Yang Dipertuanya, M Shukrimun Shamsudin berkata, pihaknya menganggap pendirian DAP pusat ataupun negeri yang meneruskan kerjasama dengan Pas dan ahlinya tidak ubah seperti mengajak ahli Pas memutuskan juga hubungan dengan presiden parti itu.
“Pas Kawasan Kuala Nerus menganggap, sekiranya mana-mana anggota keluarga yang meneruskan kerjasama dengan musuh ‘ayah’ (Abdul Hadi) yang menentang pendirian ayah yang didokong oleh semua anggota keluarga, mereka bersikap kurang ajar dengan ayahnya’,” katanya secara berkias dalam satu kenyataan, di sini.
Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, DAP Terengganu akur dengan pendirian DAP Pusat untuk memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pengerusinya, Ng Chai Hing berkata, pihaknya bagaimanapun tidak akan memutuskan hubungan dengan Pas negeri sebagaimana pendirian dibuat DAP di Sabah dan Sarawak.
Pada masa sama, Shukrimun berkata, pihaknya menyokong penuh usaha Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas untuk meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.
Pihaknya juga menegaskan bahawa ia menjadi kewajipan kepada ahli Pas khususnya di peringkat kawasan itu menyokong usaha memartabatkan syariat Islam.
“Kami dengan ini ingin menegaskan bahawa, haram bagi Pas Kawasan Kuala Nerus untuk tidak menyokong sebarang usaha bagi meninggikan syariat ALLAH di muka bumi ini,” katanya.

Admin, buat apa kamu sibuk dengan hal-hal PAS, kalau admin ahli PAS atau penyokong PAS dan menyampah dengan PAS get out je dari PAS, kalau bukan ahli PAS tak perlu kamu nak tunjuk ajar kat mereka ni lebih baik kamu pimpin keluarga dirumah supaya menutup aurat itu lagi berfaedah.
ReplyDeleteAnon 11:03
DeleteKalau sdra ahli PAS.... Jangan bersikap angkuh dan sombong. Selagi PAS masuk pilihanraya dan mengharapkan undi dari orang melayu Islam yang bukan ahli PAS. Kedua, selagi Islam orang PAS sama dengan Islam orang melayu bukan ahli PAS, kami ada hak untuk mengkritik jika tindakan PAS boleh mencemarkan Islam. Lainlah kalau PAS tak memerlukan undi dari melayu Islam bukan ahli PAS dan Islam PAS tu bukan Islam yang kami anuti......PAS boleh lantaklah nak buat apa yang hangpa suka.
Kalau hang orang UMNO - satu je nasihat kat hangpa. UMNO takkan me jadi kuat dengan tiba2 setelah PAS hangpa hancurkan. Masaalah terok yang menimpa UMNO takde kena mengena dengan orang lain. Ia adalah kerja pemimpin2 hangpa s3ndiri.
Anon 11:03 AM
ReplyDeleteKo ni kalau aku kata ko bodoh ko marah. Bila dah parti politik maknanya mereka dah jadi hak publik bukan hak individu. Dan semua rakyat berhak sama ada nak sokong atau tidak....dan bila dah jadi wakil rakyat, gaji mereka dari rakyat...ada faham labuu?
Hal keluarga aku adalah hak aku dan di bawah tanggung jawab aku....dan suami masing-masing
Yang aku marah ni sebab tong-tong kosong yang mengendali PAS sekarang seolah sama-sama nak mematikan langkah PAS. Parti yang aku habiskan duit dan tenaga aku sejak dari aku remaja, sejak ditendang dari BN dan tinggal 2 nesan di Kelantan sehinggalah tahun 1990.....
Ko jangan buat sama-sama jadi bengong sebagaimana pemimpin kamu!
Nak tanya sikit yang kamu jenis wala' babi buta ni berapa kupang kau habsiak untuk PAS dan berapa banyak masa yang ko gunakan membangunkan PAS?
Saya setuju sangat dengan tuan tanah. Kasi taboh cukup2 tetamu yang yang tak reti adab... terajang sampai dia masuk longkang... nak jadi parti politik tapi tak mau dikritik... Ha ha petanda nak jadi diktator macam umno/bnlah tu.
DeleteSaya sokong tuan admin!
ReplyDeleteKita boleh lihat bahasa puak2 UG gunakan di atas sememangnya hodoh lagi kasar dan menunujukkan betapa buruknya perangai mrk
Admin, kalau ko rasa apa yang mereka lakukan tak betul buat lah sesuatu dari duk memekik kat blog ni buat apa?
ReplyDeleteTong-tong kosong yang ko maksudkan bukan baru jadi pemimpin dalam PAS malah mereka lebih lama dari ko.
Kenapa sekarang baru timbul tong-tong kosong? Tong mana pulak yang berisi? Cuba jelaskan.
Bagi nasihat kat anak-anak tidak salah kalau dah bersuami, termasuk menantu sendiri pun blh dinasihati sebagai bapa mertua, nasihatkan perkara yang baik.
Takkan sebagai bapa mertua kita sanggup melihat menantu kita menaggung dosa yang anak kita lakukan.
Mintak maaf lah admin, ini cuma satu nasihat dari saya, sebagai manusia mungkin admin terlalai sikit.
Admin.. maaf yea..Di kala tn admin ungkap org lain wala' membabi buta kpd seorg tokoh ulamak.. dalam masa yg sama sy terbayang admin juga wala' membabi buta tetapi kpd LKS dan LGE.. sekali lg maaf yea..
ReplyDeletepas terengganu tak boleh dipercayai. sama ada tak cerdik politik atau ejen umno
ReplyDeleteBiar pergi mampuslah PAS ni, ada aku kesah? Aku nak kritik PAS ke apa korang peduli sebab wang aku banyak habis dok derma kat Tin Milo PAS pada setiap ceramah dari tahun 1998 hingga 2012, korang peduli apa aku nak kutuk PAS, parti mak bapak korang ke? Aku juga sokong LGE dan LKS, apa korang peduli? Nak tuduh aku Kafir sebab sokong Cina? Di negara China ada lebih 100 juta umat Islam, kamu nak kata bangsa
ReplyDeleteCina tu Kafir juga? Cukup dengan mengkafirkan orang itu dan ini sahajalah pengikut PAS yang bodoh wal bangang dan tak lebih dari itu. Aku tetap sokong Admin (Pak Din) dan Cikgu Ali (AL-Hussyen) kerana mereka memiliki otak manusia yang normal dan tidak kemetot seperti kaum pengwala' yang dilahirkan dari zaman British di Rusila.
bat8, anon 3:16 dan Monkey Shooter
ReplyDeletePada saya pandangan anda semua tepat. Sebab-sebab itulah kita belasah bukan PAS tetapi peneraju dan juak-juak sehaluan dengannya
Admin, jangan tunjuk sangat kamu wa'la dekat DAP sehingga tiada langsung kritikan terhadap DAP. Tiada ke kemusyikilan kamu dengan DAP ajak UMNO berUG
ReplyDelete" Selamatkan Malaysia dari hudud ". Semua tindakan pemimpin DAP tak pernah timbul keburukan diblog ni sebaliknya pemimpin PAS yang dikritik. Apa yang DAP lakukan semua betul macam ada satu ikatan je admin dengan DAP.
Anon 11:01 PM
ReplyDeleteKalau ko kata aku tak kritik DAP memang ko tak banyak dari N3 aku.
Sememangnya tak banyak aku kritik DAP sebab apa? sebab sememangnya mereka tu kapir/Cina dan India. Walau apa pun mereka kata tentang undang-undang Islam/bukan Hudud PAS itu tak boleh buat apa sebab memang mereka bukannya faham benar tentang Islam. Sepatutnya puak-puak berkopiah dan beserbanlah yang fahamka mereka!
Yang aku banyak belasah bukannya PAS tetapi pemimpin-pemimpin PAS yang beserban dan bekopiah sebab mereka di gelar Ulamak. Mana boleh ULamak bercakap putar alam? mana boleh mereka tak pedulikan rakyat ketika musibah menimpa? Mana boleh mereka menuduh tanpa fakta dan bukti? Mana boleh mereka membaruakan orang? Mana boleh mereka bersikap kasar dan angkoh?
Tengok di masa rakyat bergelut dan protes GST di manakah suara puak-pauk beserban ini?
Kerana aku masih sayangkan Parti PASlah aku belasah puak-puak ni!
Tapi oleh karana melayu ni ramai yang wala' 'blind pig' maka aku dan alhussein pula kena bamboo.
Mungkin wala'berblind pig' ni perangai melayu kot?
Dalam PAS dan dalam UMNO sama saja!