Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 7, 2015

Rupanya MCA pun 'ular' juga!

KJ: MCA tak bantah RUU hudud dalam Kabinet
mk - 4:18PM - 5 Apr 2015

MCA atau parti komponen BN yang lain tidak membantah rang undang-undang hudud dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua Pemuda BN menegaskan bahawa rang undang-undang hudud itu tidak dibincangkan.
"Ia hanya disampaikan, mengatakan bahawa ini telah berlaku," katanya kepada pemberita di Kuala Langat, Selangor hari ini.

Ini bertentangan dengan dakwaan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Kabinet, pada 20 Mac dan 27, telah membincangkan mengenainya.

Selain Khairy, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Menteri Pelancongan Nazri Aziz juga telah mendakwa kabinet tidak membincangkan isu itu.

Liow telah beberapa kali menyatakan bantahan MCA terhadap pelaksanaan undang-undang hudud.

Khairy bagaimanapun berkata: "Semua perbincangan lain telah dibincangkan di peringkat BN, di kalangan pemimpin BN. Tetapi saya tidak ada di situ."

3 comments:

  1. Bukan mca ular tapi KHAIRY Jimatludin

    ReplyDelete
  2. Bukan mca ular tapi KHAIRY Jimatludin

    ReplyDelete
  3. EKJS II akan mendapat laluan mudah diparlimen kelak, Insha-Allah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa