Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, April 7, 2015

Misteri yang mengundang persepsi: Wan Kadri kata dia tak kenal Aidana Baizieva

Siapa Aidana Baizieva Masih Lagi Misteri, Gambar Di Media Sosial Dipercayai Bukan Wajah Sebenar
Tuesday, 7 April 2015

Siapakah sebenarnya wanita misteri yang dipercayai bernama Aidana Baizieva yang turut terbunuh dalam tragedi nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu?

Apakah itu nama sebenarnya atau yang terbunuh itu mempunyai nama yang lain?

Dalam nahas itu, enam penumpang yang terdiri daripada Jamaluddin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin, Azlin Alias, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Tan Huat Seang, seorang ahli perniagaan, juruterbang bernama Clifford, pegawai polis yang dikenali Razakan dan seorang wanita yang belum dipastikan identitinya, telah terbunuh.

Semua orang tertanya-tanya siapakah sebenarnya wanita itu dan bagaimana beliau boleh berada diatas helikopter yang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur daripada menghadiri kenduri kahwin anak Najib di Pekan, Pahang itu?

Aidana dipercayai berasal dari Krysgtan, sebuah negara di Asia Tengah, beragama Islam dan masih bujang. Beliau juga dikatakan baru kebih kurang setahun berada di negara ini. Mayatnya masih berada di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur dan belum dituntut oleh warisnya.

Wakil Kedutaan Krysgtan semalam dilaporkan ada mengunjungi Hospital Kuala Lumpur untuk melakukan pengecaman tetapi tidak diketahui apakah hasilnya.

Sebelum ini Aidana dilaporkan adalah pembantu juruterbang tetapi apabila didedahkan bahawa helikopter biasanya tidak mempunyai pembantu, beliau dikatakan pula hanyalah kakitangan Cempaka Helikopter Sdn Bhd, syarikat yang menguruskan pesawat tersebut.

Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai juga semalam mengesahkan Aidana adalah kakitangan syarikat itu, tetapi apa kedudukan, peranan dan  keperluannya beliau berada di atas helikopter untuk ke majlis kenduri kahwin anak Perdana Menteri masih tidak diketahui.

Helikopter juga tidak mempunyai pramugari seperti kapalterbang. Biasanya hanya pilot seorang saja yang mengendalikannya.

Tetapi seorang kenalan yang mengetahui mengenai Cempaka Helikopter memberitahu, syarikat itu memang mempunyai beberapa kakitangan daripada negara blok Asia Tengah itu.

Sementara itu, gambar-gambar Aidana yang banyak tersebar di laman-laman sosial juga bukanlah gambarnya yang sebenar. Rupa dan nama sebenar wanita yang terbunuh itu masih lagi tidak diketahui sehingga kini.

Gambar yang tersebar itu dipercayai dipetik daripada web Krysgtan, gaukhara.com di mana gambar itu serupa dengan nama yang dikenali sebagai Aidana Karabasova. Identitinya ditulis sebagai wartawan.

Bagaimanapun lawan web itu sudah tidak boleh dibuka lagi sekarang ini. Saya yang sempat membuat "salinan" laman itu masih lagi memilikinya dan di situ tertera beberapa remaja lelaki dan wanita yang lain.

Selain gambar Aidana itu dipercayai palsu, gambar yang tersebar luas kononnya Jamaluddin Jarjis sempat berselfie di atas helikopter bersama seorang juruterbang dan dua rakannya yang lain, seorang lelaki dan wanita adalah juga palsu.

Gambar itu bukan gambar terakhir di sebelum mereka terhempas. Ini kerana juruterbang itu bukanlah Kapten Clifford Fournier yang terbunuh dalam nahas tersebut.

Seorang rakan yang terlibat dalam industri penerbangan dan mengenali Clifford mengesahkan bahawa juruterbang yang berselfie dengan Jamaluddin Jarjis itu bukanlah juruterbang yang terbunuh itu.

Ia adalah juruterbang lain dan mungkin diambil ketika penerbangan yang lain.

Tetapi semua ini menjadikan segala-galanya terus menjadi tanda-tanya. Di bursa politik dan perbualan kedai kopi, tersebar pelbagai andaian dan tafsiran mengenai siapakah sebenarnya wanita misteri yang mungkin bernama Aidana itu?

Apakah benar ia kakitangan syarikat helikopter itu dan apa keperluannya menaiki pesawat itu? Jika bukan  kakitangan Cempaka Helikopter pula, yang menjadi persoalan, apakah mungkin beliau mempunyai hubungan dengan salah seorang penumpang yang terbunuh itu?

Seorang wakil rakyat Pahang, Adun Bukit Ibam, Wan Kadri Wan Mahussin yang turut menaiki helikopter tersebut tetapi turun di Kota Bahagia dan terselamat dari nahas, mungkin dapat menjawab persoalan mengenai wanita misteri itu.

Sehingga kebenaran terserlah, semuanya akan terus menjadi misteri dan teka-teki. Di ketika yang sama, perbualan mengenai identiti wanita itu makin rancak di mana-mana ketika ini.

Secara umumnya kita memang agak kurang mengenai banyak negara di Asia Tengah yang kebanyakannya berakhir dengan "Tan". Sebelum ini kita mungkin hanya biasa mendengar nama Kazakhstan, itu pun setelah anak Najib bertunang dan berkahwin dengan lelaki daripada negara itu.

Kini, mungkin nama Krysgtan pula menjadi popular serta meniti di bibir ramai orang. ( SH 07/04/2015)
Inilah wajah Aidana yang dikatakan terbunuh itu tetapi ia sebenarnya diambil dari sebuah laman web dah dipercayai seorang wartawan...

Baca sepenunhnya di sini



Saya tidak tahu siapa Aidana Baizieva
KUANTAN 7 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin salah seorang yang terselamat kerana lebih awal turun di destinasi lain helikopter malang tersebut tidak mengenali wanita di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, Selangor, kelmarin.
Katanya, beliau tidak tahu tentang identiti wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva berasal dari Kyrgystan itu.
“Saya tidak tahu,” jawabnya ringkas ketika diajukan persoalan mengenai status wanita itu, di sini hari ini.
Wan Kadri merupakan salah seorang penumpang helikopter berkenaan, namun beliau turun di Kota Bahagia, Muadzam Shah sebelum helikopter berkenaan meneruskan perjalanan dari Pekan ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 petang itu, Ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis antara enam terbunuh apabila helikopter yang mereka naiki terhempas dan terbakar.
Kesemua mereka termasuk Jamaludin yang juga Penasihat Khas Perdana Menteri menaiki helikopter dari Pekan selepas menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sana.
Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, seorang mangsa wanita yang terkorban dalam nahas berkenaan bukan pembantu juruterbang seperti didakwa, sebaliknya merupakan seorang pekerja di syarikat penerbangan terbabit.
Kata beliau, identiti wanita berkenaan akan diumumkan oleh syarikat tersebut bagi membolehkan waris menuntutnya. Utusan Online

7 comments:

  1. Dia nak naik helicopter tu takkan dia tak tahu saper pompuan tu atau buat2 tak tahu? mcm ada tak kena je..

    ReplyDelete
  2. Kalau kita sama sama Ali Baba 40 Pencuri pun tak akan mengaku sama sama entot kawan kita kan....

    Ini biasa lah

    Arwah datang dan pergi

    Moga2 Arwah insan yang suci

    ReplyDelete
  3. http://pahangdaily.blogspot.com/2015/04/panas-foto-gadis-misteri-minum-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)&m=1

    ReplyDelete
  4. Wan kadri kata awek escort duduk sebelah kapten
    Tapi selfie tan Sri nmpak mcm dok belakang pulak..
    Kalau ini bukan gang bang... Nak panggil apa
    Minister transport tlg komen jgn duk diam mcm Najib... Membisu terus... Menikmati bala yg di turunkan illahi?

    ReplyDelete
  5. Adakah ADUN ini telah meninggalkan sesuatu di atas heli tersebut sebelum turun? Kes Mokhtar Hashim mungkin berkaitan.

    ReplyDelete
  6. Gang Bang dalam Helikopter ?

    Apa pendapat Senior 1 Mat Dah Bahalol dan Razak Baginda ????

    ReplyDelete
  7. ANOTHER STORY SAME LIKE AYANTUYA STORY,
    AIDANA FRIEND OR 2ND WIFE MAYBE TO jj
    WHO KNOWS .TICKET THAT BOTH SHOWN FOR LIMA IN LANGKAWI IS FALSE BY PDRM ONLY
    KNOWS.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa