Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Altantuya: Perang IGP-Sirul pulaak!

IGP kata Sirul terdesak, cabarnya dedahkan semua
mk - 10:48PM - 4 Apr 2015

Ketua Polis Negara (IGP) Khalid Abu Bakar hari ini menafikan dakwaan Sirul Azhar Umar bahawa beliau berbohong mengenai siasatan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, Khalid menganggap Sirul seorang yang terdesak dan mencabar SIrul yang mendakwa dia diarahkan untuk membunuh Altantuya, mendedahkan semuanya.

Khalid berkata, Sirul bertindak demikian bagi menyelamatkan nyawanya dan untuk tidak dibawa pulang ke Malaysia di mana dia akan menghadapi hukuman mati.

Dalam satu kenyataan malam ini, Khalid berkata Sirul telah cuba untuk mencemar dan menimbulkan keraguan terhadap siasatan kes pembunuhan itu, sistem keadilan jenayah, serta penglibatannya sendiri dalam pembunuhan itu.

Katanya, daripada apa yang telah dikumpulkan, Sirul tidak menawarkan petunjuk baru yang boleh melepaskannya daripada jenayah tersebut.

Oleh itu, kata Khalid, pihaknya mengalu-alukan cabaran Sirul untuk membuat pendedahan sekiranya dia ada apa-apa mengenainya.

Sirul, dalam panggilan telefon dari Sydney dengan Malaysiakini awal pagi ini, menuduh Khalid berbohong selepas ketua polis itu berkata pegawai telah dihantar ke Australia untuk menemubualnya tetapi tiada petunjuk baru ditemui.

Sirul kini berada di sebuah pusat tahanan imigresen di Australia.

Sirul memberitahu Malaysiakini bahawa tidak ada pegawai polis Malaysia yang pernah menemuinya sejak dia melarikan diri dari negara ini.

9 comments:

  1. matde tak mau pi jumpak crul ke

    ReplyDelete
  2. Sokong Tun m jumpa sirul..dua2 putar alam

    ReplyDelete
  3. Memanglah Sirul tetap bersalah sebab dia melaksankan pembunuhan tersebut tetapiyg kami ingin tahu siapa yg memberi arahan....itu pun pihak mahkamah..pendakwa..hakim2 yg terlibat ygbijaksana..belajar tinggi2 tak faham atau melindungi siapa sebenarnya....Malaysia Boleh...nilah jadinya....cakap lebih 2 kata nanti kena tangkap....tu Tun M cakap tak pula berani tangkap...nak mencarut tapi aku tahan....

    ReplyDelete
  4. Bukan soal siasat ke tidak,soal nya siapa yang bèrbohong .polis pi jumpa ke tidak . Itu tajuk nya

    ReplyDelete
  5. Bukan soal siasat ke tidak,soal nya siapa yang bèrbohong .polis pi jumpa ke tidak . Itu tajuk nya

    ReplyDelete
  6. Bukan soal siasat ke tidak,soal nya siapa yang bèrbohong .polis pi jumpa ke tidak . Itu tajuk nya

    ReplyDelete
  7. Nak tau apa kepentingan ltantuya utk sirul? Byk yg tersembunyi dlm kes ni... Nak tunggu mahkamah yg adil d depan Allah jua.. Sekrg boleh nak putar alam... Tunggu depan Allah semua tertuduh ni dah xda excuses lg...

    ReplyDelete
  8. Yg pentif motif pembunuhan. Motif, motif, motif....sepatutnye ini yg dititikberatkan. Apa motif nye????sekor haram Hakim pun tak tanya apa motif dia.

    ReplyDelete
  9. Anon 7:18 setuju dgn hang....apa pun kes ni memang penuh dgn tanda tanya...kesian keluarga mangsa.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa