6 orang yang maut
Enam jenazah nahas helikopter akan dibawa ke HKL, kata ZahidPasukan khas ditubuh siasat nahas
4 April 2015
KUALA LUMPUR - Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat punca helikopter AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas di Semenyih dekat sini, petang tadi, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, pasukan itu akan menyiasat dengan menyeluruh termasuk mengambil semua bukti di lokasi nahas itu di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru.
"Pasukan khas ini akan membuat tinjauan di lokasi kejadian termasuk mengambil rakaman kokpit dalam helikopter untuk siasatan lanjut," katanya ketika ditemu bual oleh stesen televisyen swasta, Astro Awani, secara langsung malam ini.
Tiong Lai berkata, kesemua enam mayat mangsa nahas itu akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan pengecaman identiti, yang prosesnya dijangka selesai malam ini.
Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, terhempas di kawasan kebun getah itu pada 4.55 petang.
Saksi yang melihat kejadian itu memberitahu pemberita bahawa helikopter itu meletup di udara sebelum terhempas, dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.
Kesemua enam mayat mangsa nahas itu sudah ditemui pasukan mencari dan menyelamat melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam beberapa jam selepas insiden itu. - Bernama
Lagi berkaitan: PM mahu siasatan rapi kes helikopter terhempas
Orang Orang Kaya mati balik majlis kenduri kahwin beda dengan Rakyat papa kedana
ReplyDeleteHidup kaya ber gaya , ajal maut pun dalam ber gaya juga
Salam Takziah pada waris
Seksa kubor sudah ber mula
Mari lah kita Hisup dalam Kematian , dan bukan Kematian dalam Zkehidupan
Nombor tertera pada badan helikopter tersebut tidak mengikut spesifikasi yg dibenarkan, itulah akibatnya. Minta kementerian pengangkutan menguatkuasakan peraturan supaya saiz nombor pd semua pesawat terbang juga, mestilah mematuhi spesifikasi yg ditetapkan.
ReplyDelete