Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Nahas Heli bawa 6 penumpang: MP Rompin dan SU Sulit PM antara yang maut serta cerita saksi

MP Rompin terbunuh dalam nahas helikopter
mk - 7:31PM - 4 Apr 2015

Bekas menteri yang juga ahli Parlimen Rompin, Tan Sri Jamaluddin Jarjis terbunuh dalam nahas helikopter berhampiran Semenyih petang ini. Beliau berusia 63 tahun.
 
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu Bernama bahawa Jamaluddin adalah antara enam penumpang helikopter malang itu
 
Turut terbunuh ialah Azlin Alias, setiausaha sulit kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Empat orang lagi ialah hartawan Robert Tan - pemilik pusat membeli-belah terbesar di negara ini, Mid-Valley City - kapten juruterbang Cliff Fournier, pembantu juruterbang Ajdiana Baiziera, dan pengawal peribadi Tan yang dikenal pasti sebagai Raskan.
Helikopter itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan anak perempuan Najib di Pekan, Pahang.

Sementara itu, Bernama melaporkan Jabatan Bomba Selangor berkata kesemua enam mayat mangsa nahas helikopter itu telah ditemui.

Helikopter itu yang dipercayai dimiliki oleh sebuah syarikat swasta, terhempas dan terbakar pada kira-kira jam 4:55 petang ini.

Sementara itu, Bernama memetik seorang jurucakap JPAM sebagai berkata nahas itu berlaku ketika hujan dan angin kencang.

Jamaluddin yang merupakan pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), pernah berkhidmat sebagai menteri dan juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat.

Dalam pilihan raya umum 2013, Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Rompin dengan majoriti 15,114 undi, menewaskan calon PAS Nuridah Mohd Salleh.

Jamaludin memperolehi 30.040 undi, manakala Nuridah meraih 14.926 undi. Penggundi di situ terdiri daripada 87 peratus Melayu, 2 peratus Cina dan 8 peratus lain-lain, yang kebanyakannya Orang Asli.

Gambar terakhir JJ di Pekan

Saksi lihat helikopter meletup di udara
mk - 8:40PM - 4 Apr 2015

Saksi melihat sebuah helikopter, yang dinaiki enam orang, meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.Roslan Harun, 54, seorang pengawal keselamatan yang bertugas menjaga stor berhampiran tempat kejadian, berkata kejadian itu berlaku ketika hujan lebat.

"Meletup terus, berkecai di udara, tak jauh dari tanah, kipas dan ekor helikopter terpelanting ke merata tempat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Roslan yang ketika itu  berehat di rumahnya kira-kira satu kilometer (km) dari tempat nahas helikopter itu, berkata beliau cuba memasuki kawasan berkenaan tetapi membatalkan niatnya dan terus menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Menurutnya kawasan nahas itu terletak kira-kira 5 km di dalam kawasan Kampung Sungai Pening, kira-kira 13 km dari pekan ini.
"Nak masuk ke tempat helikopter betul-betul terhempas, kita kena masuk 2km ke dalam kawasan kebun getah," katanya.

Sehingga kini, belum ada mangsa nahas itu yang dikeluarkan pihak berkuasa dari tempat kejadian.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang memberitahu, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi.

Menurut jabatan itu lagi kesemua enam penumpang helikopter itu sudah ditemui.


9 comments:

  1. INILAH SATU BALA YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH SEBAGAI CASH KEPADA NAJIB SERTA KEPPADA SEMUA PEMINPIN BARISAN NASIONAL YANG TELAH MENGINAYAKAN RAKYAT NEGARA INI.HUKUM DHUDUD DIPERSENDAKAN, ORANG YANG TAK BERSALAH DIZALIMI,DANA NEGARA DILENYAPKAN DAN SETERUSNYE RAKYAT HUTANG MEREKA DENGAN PELBAGAI PENINDASAN TANPA ADA RASA SEDIH DAN SIMPATI KAMI RAKYAT MALYSIA TERUTAMA NYE YANG BERUGAMA ISLAM TERASA TERINAYA AKAN TERUSKAN BERDOA SERTA SEMBAHYANG HAJAT SEMOGA SEMUA PEMINPIN,PIHAK YANG BERKUASA ,KRONI KRONI DAN TAK DILUPAKAN KAKITANGAN KERAJAAN YANG BERSENGTONGKOL TERMASUKLAH ZURIAT MEREKA AKAN DIAZAP DIDUNIA LAGISAPERTI JAMALUDIN JARJIS DAN AZLIN INI.MARILAH KITA MENADAH TANGAN YA ALLAH YA TUHAN KU YANG MAHA BESAR YANG MAHA AGUNG KAU LAKHANATKAN LAH LAGI MEREKA SELAKHANAT LAKHANTNYE,HANCURKAN MEREKA INI SEMUA LEBUH TERUK DARI PERISTIWA HALIKOPTER INI.YA ALLAH YA TUHAN KAMI KAMI YANG KERDIL INI DI INAYA DGN BEGITU SENGSARA DAN TERUK SEKALI.TUNJUKAN KEBESARAN MU YA ALLAH YA TUHAN KU TERHADAP MEREKA YANG SOMBONG DAN BONKAK INI YA ALLAH YA TUHAN KU.AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. cornfirm ke.ape ko cakap tu?Allah kongsikan perkara yg terjadi ni dgn ko ke?
      pening tol aku tengok perangai org taksub politik x kira parti ape ni..
      cakap benda patut2 bila ada sedara2 meninggal bukan keluar duit pun..
      sedih tol aku tengok sedaramara aku melayan politik smpai mcm ni..hmpeh tol..
      padahal melayan politik sekular demokrasi dan perlembagaan lord reid je pun..sampai begini jadinye....hadoiii hehe

      Delete
  2. Innalillahirojiun, ada sedikit tanda tanya disini, setiausaha sulit Najib bersama Jamaludin Jarjis dan beberapa peniaga cina satu heli nak kemana? Apasal heli meletup dulu baru terhempas?

    PRK di Rompin adalah PRK GST bagi penduduk rompin. Setuju GST atau sebaliknya? Mari kita sama-sama lihat.

    ReplyDelete
  3. Bentley pun tak boleh bawak masok kubot

    Hidup Mati mesti kaya ber gaya

    Kesian Atok Nenek Felda masih papa kedana

    ReplyDelete
  4. -bila musuh b.n yg muslim(pr) meninggal dunia pentaksub b.n bantai dia..
    (si muslim pr yg meninggal tu..)

    -bila musuh pr yg muslim(b.n) meninggal dunia..pentaksub pr bantai b.n bantai dia..
    (si muslim b.n yg neninggal tu)

    2x5 je bhai oi ape parti pun..

    yg paling best,masing2(parti) ngaku n promot yg parti masing2 lebih suci dari musuh masing2...hehe..

    lawak la bhai..
    tulis mcm ribut..mcm ye2..lawak bhai..

    ReplyDelete
  5. *
    -bila musuh b.n yg muslim(pr) meninggal dunia pentaksub b.n bantai dia..
    (si muslim pr yg meninggal tu..)

    -bila musuh pr yg muslim(b.n) meninggal dunia..pentaksub pr bantai dia..
    (si muslim b.n yg neninggal tu)

    2x5 je bhai oi ape parti pun..

    yg paling best,masing2(parti) ngaku n promot yg parti masing2 lebih suci dari musuh masing2...hehe..

    lawak la bhai..
    tulis mcm ribut..mcm ye2..lawak bhai..

    ReplyDelete
  6. kemungkinan besar ada unsur konspirasi.. Siapa sebenarnya mangsa utama yang lain adalah nasib dia kerana berada di tempat yang sama .. tak tahulah.. yang pasti helikopter meletup di udara.. kemungkinan besar adalah ada unsur sabotaj...

    ReplyDelete
  7. Hehe..lawak bhai...hehe lawak bhai....hehe lawak bhai...eh berapa banyak hehe lawak bhai daaaaaaa...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa