Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, April 4, 2015

Apa kata Haji Hadi, Haron Din, Nik Amar, Nik Abduh dan yang sealirannya dengannya?

Hanya satu persoalan - Adakah Cina ni bercakap benar?
Adakah kerana itu Najib membisu sehingga kini?

'PM tak perlu kalut, BN sudah tolak hudud'
mk - 3:49PM - 3 Apr 2015

Pemuda MCA mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang lambat mengumumkan pendirian mengenai rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan terhadap pelaksanaan hudud.

Ketua Pemudanya Wong Sin Woon berkata oleh kerana BN sudah menolak pelaksanaan hudud di Kelantan, tiada sebab bagi Najib selaku pengerusi parti itu, tergesa-gesa mengumumkan pendiriannya.
"BN telah pun memutuskan untuk menolak hudud dan ia telah pun dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN. Adakah ada badan lain lebih tinggi daripada ini?

"Kenapa PM mesti segera mengeluarkan kenyataan? BN sudah pun mengumumkan bahawa parti itu menolak hudud," katanya kepada pemberita sewaktu ditanya mengenai perkara itu.

Chong juga yakin anggota parlimen Umno tidak  akan mengundi menyokong rang undang-undang persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Beliau berharap ahli parlimen itu tidak mencontohi ADUN Umno di Kelantan yang sebulat suara mengundi untuk enakmen tersebut.

3 comments:

  1. Mereka tak kata apa, berusaha membawa syariat Islam tidak meeugikan sesiapa, yang rugi ialah pemimpin seperti Najib kerana menafikan hak nya diakhirat.

    ReplyDelete
  2. errr..cina MCA mesti cina baik kan. Perkasa Isma...awak di mana?.

    ReplyDelete
  3. Takpelah Cina MCA tolak hudud asalkan Cina Kelantan sokong..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa