Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 2, 2015

Cabar Mustafa Ali: Kita tengok Tok Usin ni ceroi atau pekat?

Mustafa Ali sahut cabaran, minta Tok Usin Ceroi tampil di Ibu Pejabat PAS segera
PUBLISHED: Apr 2, 2015 06:00am
KUALA LUMPUR, 2 April:
Jawatankuasa Siasatan (Khas) PAS mengalu-alukan kesudian pengendali akaun Facebook “Tuc Tok Usin Ceroi” untuk tampil memberi kenyataan berhubung aduan terhadap rakaman klip audio yang disebarkan di laman Facebook berkenaan, serta dakwaan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu mendalangi komplot menggulingkan presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Siasatan (Khas) itu, Datuk Mustafa Ali, melalui satu kenyataan ringkas pada Selasa.
“Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa menunggu kedatangan Tuc Tok Usin Ceroi ke Pejabat Agong PAS secepat mungkin.
“Beliau boleh menghubungi saya secara terus atau Khairul Faizi, selaku Penolong Setiausaha Agong dan setiausaha jawatankuasa siasatan untuk menentukan masa beliau yang sesuai untuk menghadirkan diri,” kata Mustafa yang juga Setiausaha Agong PAS
Kenyataan Mustafa hadir setelah dua hari dikritik keras oleh Tuc Tok Usin Ceroi di laman Facebooknya.
Terbaru semalam, Tok Usin Ceroi membidas kenyataan Mustafa bahawa tiada siasatan dijalankan terhadap Mohamad Sabu atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu atas alasan tiada sebarang aduan dibuat.
“Sebab apa tok pa bg alasan takda aduan dan tidak akan dijalankan siasatan terhadap mat SABU???
“Sebabnya jika siasatan dijalankan, ramai lg kepala2 jebon yg akan terbabit dan Salahudin Ayub juga terbabit…
“Tok cabar Mustafa Ali buat siasatan dan tok sendiri akan jadi saksi demi utk perjuangan ini.
“Akhir sekali tok cabaq Mustafa Ali buka kes dan jalankan siasatan…tok usin sendiri akan turun jadi saksi…!!!
Selang sehari sebelum itu, pada 30 Mac lalu, Tok Usin Ceroi yang bertanggungjawab mendedahkan terdapat komplot menggulingkan Hadi dan menjatuhkan kepimpinan ulama menegur PAS Pusat yang disifatkan ‘lembab’ dalam menjalankan siasatan.
Tok Usin Ceroi sebelum ini mengejutkan ahli dan pemimpin PAS apabila mendedahkan satu klip rakaman audio yang mengandungi suara seakan mirip Mat Sabu sedang memberi taklimat berkaitan usaha menggulingkan Hadi.
Susulan itu, Mustafa dalam reaksi segera pada mulanya memberi jaminan Mat Sabu akan disiasat.
Namun sehingga kini, orang nombor 2 PAS itu belum dipanggil untuk siasatan meskipun bukti rakaman audio itu sudah diserahkan kepada jawatankuasa siasatan.
Desas-desus mengenai pergeseran antara golongan ulama dan profesional memang sudah lama kedengaran, namun ia dikatakan semakin serius sehingga timbul cakap-cakap terdapat gerakan dari dalam parti itu sendiri untuk menjatuhkan kepimpinan Hadi.
Sebelum ini, media ada melaporkan beberapa pemimpin PAS termasuk ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membuat dakwaan mengenai komplot menjatuhkan Hadi tetapi tidak pernah menyebut sebarang nama.
Namun pada 8 Februari lalu, Ketua Pemuda PAS Kuantan, Noorzazilafadli Ibrahim menjadi individu pertama tampil membuat dakwaaan secara terbuka mengenai komplot untuk mencalarkan imej Hadi dan ulama dalam PAS, malah dengan berani turut mengaitkan beberapa nama.
Dalam satu demontrasi aman di hadapan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, beliau menamakan Pengarah Pilihan Raya  PAS, Dr Hatta Ramli sebagai dalangnya, selain turut mengedar akuan bersumpah (SD) mengandungi salinan mesej dan gambar yang dikatakan bukti wujud komplot tersebut.
Antara nama lain yang turut dilaporkan adalah Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Khalid Samad dan ramai lagi.
Mustafa Ali (kanan) dalam satu sidang media bersama Mat Sabu (tengah), Salahuddin Ayub (kiri), Dr Zulkefly (kemeja biru di belakang) serta Hanipa Maidin (belakang Mustafa) yang disebut-sebut sebagai antara yang terbabit dalam komplot menggulingkan Hadi.

Noorzazilafadli kemudian dilantik menganggotai Jawatankuasa Siasatan (Khas) namun menolaknya atas alasan keanggotaan jawatankuasa siasatan khas tersebut tidak telus berikutan turut dianggotai individu yang disyaki terlibat dalam komplot itu.
Kes itu seharusnya diserahkan kepada jawatankuasa khas yang berkecuali, atau paling kurang diserah kepada Jawatankuasa Disiplin yang anggotanya bukan dari kalangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang didakwa terlibat secara langsung, kata Noorzazilafadli dalam satu kenyataan selepas hadir ke Ibu Pejabat PAS bagi membantu siasatan, baru-baru ini.
Tuc Tok Usin Ceroi adalah akaun Facebook pro ulama PAS yang semakin popular selepas mendedahkan rakaman audio yang didakwa bukti pembabitan Mat Sabu dalam komplot kudeta Hadi.
Pengendalinya pernah mendakwa menerima ancaman berikutan keaktifan mendedahkan mengenai komplot dalaman itu, serta usaha Mat Sabu menjatuhkan Hadi.
“Masa mula-mula lawan (komplot gulingkan Hadi) dulu macam-macam cabarannya, akaun FB Tok dah 30 kali kena benam  dengan jebon, dan Tok tahu ia angkara siapa.
“Ugutan pon macam-macam dapat masa itu, jebon ugut nak cari dan pukul tu biasa saja masa tu,” dakwanya dalam satu status bertarikh 28 Februari lalu.
Untuk rekod, istilah “jebon” adalah singkatan kepada “Jemaah Buat Onar”, yang merujuk kepada sekumpulan pemimpin PAS pro Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau disebut juga golongan “Anwarinas” yang dikaitkan dengan gerakan menggulingkan Hadi.
Pengendali akaun Facebook itu turut mendakwa terdapat cubaan pihak tertentu yang berusaha membongkar identitinya.
“Ianya akan menamatkan penyiasatan (terhadap mereka) jika identiti terbongkar kerana Tok sering berada dalam program mereka untuk mendapatkan maklumat,” jelasnya melalui satu mesej di Facebook, sambil menegaskan tidak akan mengalah kerana yakin berada di pihak yang betul.
Dalam rakaman audio yang didedahkan pada 23 Februari lalu, suara individu mirip Mat Sabu kedengaran  memberi taklimat untuk memburuk-burukan dan menggulingkan Hadi.
Rakaman berdurasi 2 minit 10 saat itu, suara dikatakan mirip Mat Sabu itu berkata,” Dalam dua tiga hari ini, saya cuba buat ‘counter attack’ (serangan balas) dalam bentuk bertemu individu.
“Semalam saya ke Tanjung Karang bertemu dengan YDP Sungai Besar, bertemu dengan YDP dan jawatankuasanya…dua tiga orang.
“Secara umumnya presiden dianggap ulama hebat dan maksum…perlu denied (dinafikan).”
Selain mirip Mat Sabu itu, terdapat suara lelaki lain yang menyoal balas namun rakaman dikatakan berakhir sebelum tamat taklimat itu. - TRP

3 comments:

  1. Stopa Ali pasti kalah

    Letak Mongkey cabar pon boleh menang...

    Tahun 2015 tahun kemajuan Pimpinan PAS

    ReplyDelete
  2. Dok layan monyet capang (TUC) yang takut kat bayang-bayang sendiri tu buat apa?

    Blogger TUC yang menyamar dengan pelbagai nama dan memasuki alam maya blogger seperti Abe Awe Malaya telah teruk dan kena hantam hingga cirit-birit mulut hingga tak dapat bernafas dan kini minta nyawa kat Lebai Munafik (UG) PAS pula.

    Tak usah dilayan monyet capang tu......Nanti dia akan meloncat lebih tinggi dari monyet yang kena belacan.

    ReplyDelete
  3. apa salahnya nak guling pas yg pro umno, walau pun presiden atau mursyidul am sekalipun!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa