Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 2, 2015

Hudud: Bagaimana penerimaan rakyat Kelantan?

Kajian K'tan: 91.6% rakyatnya sokong hudud
mk - 10:33AM - 2 Apr 2015

Kajian yang dibuat terhadap rakyat Kelantan mendapati 91.7 peratus amat menyokong perlaksanaan hudud, kata ahli panel Jawatankuasa Pelaksanaan Hudud Kelantan, Azhar Abdullah.
 
“Kita telah buat kajian melalui pesanan ringkas SMS kepada rakyat Kelantan yang mana kita menghantar lebih kurang 77 ribu SMS kepada responden.
 
“Soalan kepada responden ialah kerajaan Kelantan patut terus atau tidak (hudud). Semua 29 DUN telah kita hantar SMS dan keputusannya adalah 91.7 peratus amat menyokong," katanya
 

“Ini menggambarkan hasrat rakyat Kelantan yang begitu tinggi terhadap perlaksanaan hudud," kata Azhar (kanan) dalam satu forum hudud anjuran Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya malam tadi.
 
Turut bercakap di forum itu ialah bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga; Exco Pemuda Umno, Fathul Bari dan Dekan Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Prof Nazari Ismail dan Pensyarah Kanan UM, Siti Zubaidah Ismail.
 
Katanya, kelulusan rang undang-undang pindaan hudud Kelantan menunjukkan negeri itu terlalu melangkah ke depan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.
 
“Ini satu sikap proaktif Kelantan, walaupun satu peratus peluang, kita ada semangat untuk menerokai sesuatu yang tak pernah lakukan dalam Malaysia.
 
“Sejak kita merdeka, kita kena akui bahawa kita tidak pernah ada suatu undang-undang hudud. Jadi kita telah membuka satu lembaran baru dalam bidang perundangan untuk kita bincangkan satu isu yang kita tidak pernah ketengahkan,” katanya.
 
Katanya, Kelantan akan mengikut proses demokrasi berparlimen dan memelihara semangat federalism dalam memperjuangkan undang-undang hudud.

3 comments:

  1. Tak payah hudud2 la. Kita jadikan Pasma parti politik. Kita tendang PAS dan gabung dengan DAP/PKR juga dengan parti-parti Sabah/Sarawak.

    Kalau kita menang PRU akan datang, tak apa kalau PM bukan melayu. Memang patutlah bukan melayu pegang PM kalau mereka menang lebih. Baru nampak adil. Yang penting tiada rasuah dan hak sama rata.

    ReplyDelete
  2. Apa kah Orang Orang GAGAL ada kredibiliti dan Wibawa ?

    Kalau lah bijak , mengapa Kelantam dan PAS masih papa kedana ?

    ReplyDelete
  3. Umno kaya pasal rembat harta negara pengundi tegar papa kedana takke gitu anonymous 2:18 pm

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa