Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, April 2, 2015

Mahathir sudah sentuh 'Altantuya'! Kenapa?

Mahathir: Siapa arah bunuh Altantuya?
mk - 12:11PM - 2 Apr 2015

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kenyataan Sirul Azhar Umar bahawa dia hanya menjalankan arahan ketika membunuh Altantuya Shaaariibuu harus disiasat.

Mahathir berkata, perkara itu melibatkan nyawa manusia dan “amatlah zalim” jika Sirul dibiar menjalani hukuman mati hanya kerana menjalankan arahan.

“Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Datuk Sri Najib (Razak), dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan.

“Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul 'merepek', tidak ada siasatan yang dibuat,” katanya.

Walaupun Mahathir dilihat semakin lantang terhadap pentadbiran Najib, terutamanya  dalam isu 1Malaysia Developement Bhd (1MDB), beliau tidak pernah secara terbuka membangkitkan kes Altantuya.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Esok genap enam tahun Najib bertugas sebagai perdana menteri.

'Saya bukan nyanyuk, tapi terpaksa dedah'
12:42PM - 2 Apr 2015

Susulan serangan kerasnya pada Datuk Seri Najib Razak hari ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau terpaksa bertindak demikian “demi bangsa dan negara”.

Katanya, beliau terpaksa menulis blog berhubung perkara itu memandangkan ramai ahli dan pemimpin Umno yang setia secara buta tuli kepada pemimpin.

“Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya,” katanya.

“Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini. ”

Mahathir juga menegaskan beliau masih belum nyanyuk walaupun sudah berusia 90 tahun.

“Sesiapa yang berkata saya nyanyuk sebenarnya menipu diri,” katanya.

“Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri.”

4 comments:

  1. Setiausaha sulit meninggal

    ReplyDelete
  2. Altantuya adalah senjata terakhir Mahathir untuk Najib meletakkan jawatan.

    ReplyDelete
  3. Hahaha
    Panas betol cuaca skang nih

    ReplyDelete
  4. Bravoo Che Det !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa