Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 1, 2015

Lembaga Pengampunan dipersoalkan?

Apakah hak kita mempersoalkannya?

Keluarga persoal keputusan Lembaga Pengampunan
mk - 11:24AM - 1 Apr 2015

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan keputusan oleh Lembaga Pengampunan yang menolak permohonan untuk ketua pembangkang itu, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun.

Menurut anggota keluarganya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya, Nurul Izzah dan Nurul Nuha serta Anwar sendiri masih belum menerima surat bagi keputusan tersebut.

Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, keputusan Lembaga Pengampunan sepatutnya disampaikan secara bertulis oleh Yang di-Pertuan Agong, yang mempengerusikan lembaga tersebut.

"Dalam soal ini, keputusan itu dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang menolak petisyen itu mengikut Peraturan 113, Peraturan Penjara bawah Akta Penjara 1995.

“Bagaimanapun, keluarga Anwar tidak membuat permohonan rayuan bawah Peraturan 113, yang menimbulkan pertikaian,” katanya kepada pemberita.

Latheefa berkata, oleh sebab itu peguam tersebut tetap memohon untuk mengenepikan keputusan itu agar Anwar dibenarkan menghadiri sidang parlimen.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad bagaimanapun memutuskan untuk menolak permohonan tersebut.

"Beliau turut mengarahkan kos RM3,000 dibayar oleh Anwar,” kata Latheefa.

2 comments:

  1. Bila kawanan keldai santai tetiba datang lah Singa jantan , sudah pasti Keldai ber tukar sikap jadi Unta

    Welcome To The Bahalol Land

    ReplyDelete
  2. Kesian la kat mereka ni, meraka hanya mampu berdoa dan bersolat hajat, lakukanlah dengan penuh rasa rendah diri, minta keampunan dan buatlah apa yang dituntut oleh Allah swt semoga mendapat pertolongan dariNYA.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa